Menu Utama

Sukar untuk Mukhriz menentang arus

Ab Jalil Backer

Bukan mudah untuk menukar seseorang menteri besar yang baru memerintah tidak sampai sepenggal dan dilihat agak popular di kalangan rakyat biasa dan orang muda seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Namun seakan tiada pilihan lagi apabila kelmarin 14 daripada 15 ketua Umno bahagian dilaporkan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah.

Menurut Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.

Alasan lain diberikan Adun Bakar Bata itu termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi PRU14 serta kegagalan Mukhriz mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.

Sidang akhbar kelmarin, mungkin tidak dijangka oleh orang ramai memandangkan suhu politik negeri Kedah sudah agak biasa-biasa sejak memasuki tahun baharu ini, namun ia bukan sesuatu yang luar biasa.

Ramai berpendapat kedudukan Mukhriz mulai terjejas selepas beliau berpihak kepada bapanya dalam perseteruan antara Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Namun hakikatnya, krisis kepimpinan negeri Kedah bermula lebih awal iaitu sekitar awal 2014, cuma ia tidak begitu diketahui umum kerana Umno mahu menyelesaikan secara senyap dan tertib.

Setahun selepas PRU 2013, Mukhriz hampir berhadapan dengan undi tidak percaya oleh Adun-Adun BN dan majoriti ketua Umno bahagian di Kedah.

Pada ketika itu, seorang Adun muda yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat antara paling lantang mengumpulkan Adun lain dan bersedia membawanya ke Dun Kedah jika direstui Perdana Menteri.

Beliau tidak berpuas hati dengan sikap leka Mukhriz dalam pentadbiran negeri dan politik Umno yang boleh menjejaskan kedudukan Umno dan BN dalam pilihan raya kelak.

Sama ada Mukhriz tahu atau tidak, Najib menyelamatkan beliau dengan menolak permintaan kumpulan ini untuk menukar Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah ketika itu.

Najib beranggapan, Mukhriz perlu terus memimpin dan memperbaiki kesilapannya kerana semua orang ada kelemahan, apatah lagi Mukhriz tiada pengalaman memimpin bahagian atau jentera parti yang besar sebelumnya.

Sungguhpun terdapat beberapa perubahan kemudiannya, ia masih tidak cukup meyakinkan Umno dan BN Kedah mampu bergerak sebagai sebuah jentera yang mantap di bawah kepimpinan Mukhriz.

Ini berbeza sebelum PRU 2013 apabila Ahmad Bashah yang merupakan Pengerusi Umno Kedah ketika itu telah menyusun kemas jentera parti bagi merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat.

Kalau kita percaya sebahagian besar kemenangan dalam politik bergantung kepada kekuatan jentera dan dan sebahagian lagi kerana aura politik, maka Ahmad Bashah merupakan orang yang menjayakan jentera tersebut dan Mukhriz orang yang menjayakan unsur aura.

Namun kekuatan jentera parti sudah tidak jelas selepas pilihan raya 2013.

Seorang Adun merumuskan bahawa Mukhriz seorang ikon anak muda yang yang hebat tetapi bukan seorang pemimpin yang berkemampuan menguruskan parti dan negeri.

“Kita hanya melihat Mukhriz sebagai ikon media sosial yang popular tapi hakikatnya pentadbiran negeri tidak ke mana, jentera parti masih lesu, jumlah daftar pengundi juga tidak signifikan. Popular di media sosial sahaja tidak boleh memenangkan parti. Arwah Ustaz Azizan lebih kerap ke surau dan masjid serta lebih zuhud dari imej Mukhriz, namun akhirnya Pas tumpas juga,” katanya.

Sesuatu hal yang tidak wajar dilakukan oleh mana-mana menteri besar ialah melakukan penentangan secara terbuka kepada presiden parti. Sepanjang enam bulan lalu, tidak kurang 10 kritikan terbuka Mukhriz ke atas Najib melalui ucapan-ucapan dalam majlis politik dan kenyataan kepada media massa.

Malah semasa Perhimpunan Agung Umno yang lalu juga Mukhriz memilih mengadakan satu jamuan makan malam bersama perwakilan dan mengkritik Najib secara terbuka sebagai tidak menjawab soalan.

“Jadi tak berapa gunalah kalau kita kata dia ini bengap atau apa. Tanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Yalah, soalan yang sama ditanya berulang kali sebab jawapan diberi tak menepati soalan tersebut,” sindir Mukhriz ke atas Najib dalam majlis tersebut.

Sudah tentu ini bukan peribadi dan ucapan yang baik dari seorang menteri besar dan pengerusi Umno negeri yang diharap membantu presiden mengukuhkan parti.

Mukhriz boleh sahaja menyarankan rakyat menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mukhriz boleh sahaja memberitahu bahawa Najib tidak boleh mengulas banyak kerana ia perkara dalam siasatan SPRM, namun beliau memilih untuk membuat jenaka dan menghina presiden Umno secara terbuka.

Mukhriz mencipta takdir sendiri apabila memilih mengutuk dan menghina presiden parti. Ada beza besar antara tidak bersetuju dengan presiden, dengan merendah-rendahkan presiden dan menyokong gerakan menyingkirkannya.

Mukhriz mungkin salah percaturan apabila cuba meraih populariti dengan cara menentang presiden.

Dalam pelantikan jawatan menteri besar, ia ditentukan presiden parti yang menang dengan dipersetujui oleh majoriti Adun dan perkenan Sultan Kedah mengikut urutan dan konsesus.

Apabila Mukhriz mendakwa jawatan tersebut dipilih atau ditentukan oleh rakyat, maka jelaslah beliau tidak memahami realiti politik demokrasi Malaysia.

Di Malaysia, rakyat memilih Adun dan ahli Parlimen bukan menteri besar dan perdana menteri. Jadi kedudukan mereka bergantung kepada parti dan Adun atau ahli Parlimen.

Dalam konteks Kedah, peranan Kedah Civil Services (KCS), Istana Anak Bukit dan ketua-ketua Umno bahagian dalam politik Kedah memainkan peranan sama penting dengan sokongan Adun dan presiden parti.

Terdapat beberapa Menteri Besar Kedah terpaksa pergi apabila pentadbiran mereka mula ditolak oleh KCS.

KCS merupakan antara perkhidmatan tertutup yang tidak berhubungan dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Sebarang perselisihan Setiausaha Kerajaan Negeri dan menteri besar boleh memberi banyak implikasi jika istana memihak kepada KCS.

Ada juga menteri besar terpaksa berundur apabila sudah tidak mendapat perkenan istana.

Dalam konteks Mukhriz khabar angin bertiup kencang ia bermasalah dengan pelbagai pihak. Namun kerana Umno Kedah baru pulih, semua perkara-perkara ini disimpan di dalam selimut jauh dari pengetahuan umum.

Mereka yang mengikuti cerita-cerita belakang tabir politik kedah sudah boleh baca takdir Mukhriz sejak setahun lalu. Sebahagiannya sudah tidak manis disebut kepada umum.

Hakikatnya krisis Menteri Besar Kedah bukan sekadar Najib ‘versus’ Mukhriz semata-mata seperti mana tanggapan umum.

Dalam politik, ia bukan sekadar apa yang kita nampak, tetapi lebih kepada apa yang kita tidak nampak. Yang menentukan perjalanan politik ialah apa yang di belakang tabir.

Apa yang terpapar hanyalah sebab yang telah ditentukan untuk perubahan. Sayangnya, tidak ramai yang mengetahui perkara-perkara di belakang tabir menyebabkan niat baik ketua-ketua Umno bahagian ini disalah tafsir.

Jika kita baca kenyataan Rabu lalu, isu-isu yang disebut Ahmad Bashah tidak diketahui umum, hanya dirasai oleh mereka yang menggerakkan parti.

Jika Najib menerima saranan ketua-ketua Umno bahagian untuk menggugurkan Mukhriz dari jawatan menteri besar dan pengerusi Umno negeri, ia bukan sesuatu yang bakal mengakhiri masa depan politik beliau.

Tun Dr Mahathir pernah dipecat daripada Umno akhirnya kembali menjadi perdana menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dipenjara akhirnya kembali menjadi Ketua Pembangkang paling berpengaruh dalam sejarah politik negara.

Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah disisihkan dari Kabinet selama sepenggal kerana bersama Tengku Razaleigh Hamzah menentang Mahathir, akhirnya menjadi perdana menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah dianggap “sudah mati dalam politik” selepas krisis politik 1998, kini timbalan perdana menteri.

Allahyarham Datuk Harun Idris satu figura popular melebihi Mukhriz, akhirnya pudar apabila salah percaturan selepas keluar penjara.

Justeru masa depan Mukhriz bergantung bagaimana beliau mahu menutup episod kemelut politik negeri Kedah ini.

Mukhriz boleh memilih jalan damai dengan menghubungi Najib menawarkan untuk meletak jawatan bagi memulihkan suasana politik negeri Kedah. Ini akan mengurangkan ketegangan di Kedah dan mengekalkan jambatan politik antara beliau dengan Najib.

Ia akan membuka ruang kemungkinan suatu ketika nanti beliau akan diberi peluang lagi untuk berkhidmat kepada rakyat, parti dan negara. Beliau akan dikenang sebagai pendamai parti.

Siapa sangka Tun Abdullah suatu ketika dahulu menentang Mahathir akhirnya dipilih oleh Mahathir untuk menggantikan beliau.

Mukhriz mungkin memilih jalan kedua mewujudkan simpati dan cuba menekan Najib sekuat mungkin untuk tidak menggugurkan beliau. Beliau akan menjadi hero sementara waktu, namun tidak mungkin mengekalkan jawatannya.

Najib bukan sahaja mendapat sokongan ketua-ketua Umno bahagian dan Adun tetapi dipercayai mendapat sokongan KCS dan istana.

Jika Mukhriz memilih jalan konfrontasi ini, laluannya kembali ke politik arus perdana melalui Umno agak sukar selagi Najib presiden parti.

Kadang-kadang ular menyusur akar tidak akan rugi apa-apa berbanding harimau yang mengaum setiap masa.

Sinar Harian






16 Komen to Sukar untuk Mukhriz menentang arus

  1. ayam says:

    Alaa…berjela2 panjang pulak posting kali ni…cakap je la mukhriz kena letak jawatan sebab ada penyamun2 nak ganti. Politik melayu nie bodoh sgt la…mcm bebudak sekolah nakal berebut jadi ketua geng penyamun tempatan. Takde apa sangat pun contoh maju melayu2 nie melainkan berdegar2 berucap diam2 merembat balak la…duit la..sedar2 perot kurus jadi buncit. Masa zaman dr m ada la jugak contoh maju2 ni…at least ada la buat advanced thinking awareness utk masyarakat melayu melangkah maju vision 2020. Zaman dollah dan najib penuh dgn retorik yg merugikan org melayu keseluruhannya.

  2. Simon says:

    Setujuu..

  3. burrpp.. says:

    Wow, ayam bercakap pasal retorik politik, padahal dia sendiri beretorik dengan menuduh sebarangan dan melabel orang lain sebagai penyamun. Mungkin si ayam berada di dalam barisan kepimpinan politik negeri Kedah hingga boleh mengetahui siapa si penyamun, siapa si mulia, siapa si perembat balak dan duit rakyat. Ayam menyelar politik melayu namun apa beza dengan si ayam yg berkokok berdegar namun ekor bergelumang..

  4. ayam says:

    aku nengok perot ler…semua gemuk2 sihat…paling kuat berkokok tapi diam2 rembat. Bila tanya sikit mana dapat duit…waaaa bukan main lagi kata bisnes…derma..angpau. Ok la…aku buruk sangka sebab rata2 aku nengok kaya2 YB2 melayu kita tak kira umno ke pas ke dap ke..tua atau muda2 belia mcm KJ…takan kau tak perasan kut. Jgn tipu la.

  5. kakak says:

    Sila lihat mengapa DS Mukhriz tidak berminat dengan mendalam untuk jadi seorang MB

    http://www.malaysia-today.net/mukhriz-mahathir-is-a-part-time-mb/

  6. Anak_Nogori says:

    Kalau dah tahu kena undi tak percaya dari 14 ketua bahagian umno kedah..yg mukris tak tahu malu lagi ke?..org tahu malu…dia sendiri undur diri..sbb org dah tak percaya dia dah.

    Jika mukris bertahan pun..habis2 pun smpi pru14 je..nak sampai pru14 tu, sanggup ke dia berdepan dgn ketua2 bahagian tu?..lepas tu apa?..boleh mukris tersenggeh mcm kerang busuk lagi je?.

  7. ayam says:

    aku cerita berkenaan ketulusan mau membela rakyat…undi percaya ke tak ke yg penting rakyat kedah sudah pilih mukhriz….percaya kat dia dgn memberi kemenangan kepada umno melalui salah satu janji najib sebelum pru 13 yakni melantik mukhriz jadi MB. Jadi sokong aje la mamat tu sampai pru 14…pandai2 la dia kena tendang dgn rakyat kedah kalau benar dia gagal mentadbir negeri dia.

    eh…cerita pasal tak tau malu nie…najib tanak undur ke? silap2 dgn dia sekali bungkus pru14 nanti.

    kakak…malaysia to die tu apa2 pun dia akan tulis…mcm harakah dan roket ler

  8. system baru says:

    Ingat tak lagi ayam bin azmi cakap ketua bahagian umno Kedah setegah tak hadir mesyuarat adakah mukhriz patut pecat’ bikin malu ayam gay obama. 14 cawangan setuju mukhriz di pecat hanya satu cawangan berkecuai. Di Kedah hanya ada 15 cawangan umno.
    Apa kau boleh buat ayam. Ayam jadi anjang pun tak boleh ubah apa2 pun

  9. ayam says:

    Gay..kedah takan 15 cawangan jer? Bukan ada beribu2 ke jumlah kt kedah? Yg 14 cawangan tu mana kau tau semua sokong pecat? Yg aku baca la ada 260 org dipanggil terdiri drp ajk dan ketua2 umno bahagian tapi yg datang dlm 54 org jer. Pastu cuma 6 drp 14 umno bahagian yg memberontak tu bersetuju…yg lebih tu mendakwa ditipu. Yg najib paling angin tu bila ramai tak datang. Yg beriya2 semua ketua bahagian yg gemuk2 gedempol yg buat malu presiden sebab tak pasal2 glamer balik najib sebab org kata dia yg suruh pun. Aku rasa kau hentikan la aktiviti gay kau kejap dan pikir balik analisis kau. Merapu la gay…

  10. ToraTora says:

    hehehehehehe….6

  11. Pemerhati says:

    nampak sangat ‘ayam’ masih mentah tak tahu & tak faham apa2…you better watch out ‘ayam’! jangan buat aku troll & buat ko terpaksa kacau taik ko sendiri lagi

  12. ayam says:

    Ikut suka la apa aku nak cakap…mentah ke masak ke…troll ke…watch out menda…mcm samseng la kau. Cyber bully eh? Aku tanya jer ada 15 cawangan ke bahagian? Tu pun aku tanya sistem baru…bukan kau! Mcm beriya2 geng kau tu nak tegakkan benang basah dlm isu kecik nie. Jawab aje la

  13. Pemerhati says:

    ayam says:
    January 24th, 2016 at 11:12 PM

    “Ikut suka la apa aku nak cakap…mentah ke masak ke…troll ke…watch out menda…mcm samseng la kau. Cyber bully eh? Aku tanya jer ada 15 cawangan ke bahagian? Tu pun aku tanya sistem baru…bukan kau! Mcm beriya2 geng kau tu nak tegakkan benang basah dlm isu kecik nie. Jawab aje la”

    terang2 dalam semua berita media(arus perdana & pro pembangkang) kata bahagian bukan cawangan, yang ko bodoh sangat tanya cawangan atau bukan kenapa ngok…bodoh talak guna punya ayam!

  14. ayam says:

    Aku marah dekat system baru la ngok sebab sedap mulut dia je kata aku nak bodohkan org…mcm la dia sorang je tau google…siap bagi link yg terang2 kata bahagian tapi tuduh aku kata nak bodohkan org. Aku saja la nak nengok tahap gaban mcm mana hipokrit malaun2 melayu yg konon pandai sangat buat komen mcm dia punya jer yg betul. Bila dah salah atau silap mengaku je la.

    Mcm kau pulak aku dah agak dah…geng2 yg sama dok maki hamun orang mcm takde agama…madey kucing kurap la..apa la..aku ingat mmg budaya mykmu la kut kena mencarut dan maki hamun sapa2 yg tak sependapat. Semua orang komen pakai menda yg sama encik google…lepas tu gebang2 mcm pakar analisis politik. Aku ikut je la budaya kat sini…mencarut dan memaki sapa2 yg tak sependapat dgn aku.

  15. ayam says:

    Ni haa…budak gay tu sedap mulut je cakap…

    system baru
    January 24th, 2016 at 3:07 PM
    He.he.he dap ayam gay nak bodoh orang. He.he.he nak berdebat orang he.he. he tengok diri kau sendiri
    Kedah ada 15 cawangan
    http://www.umno-online.my/direktori/ibu-pejabat-umno-malaysia/kedah/

  16. Pemerhati says:

    sudah tu ‘ayam’, apalah pasal bahagian & cawangan pun nak gaduh
    takmo gaduh2, jom tengok & dengar lagu dalam video ni….

Leave a Reply

Threesome