Menu Utama

SPRM tidak pertikai keputusan Peguam Negara bersihkan Najib – Abu Kassim

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang pertuduhan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata langkah merujuk keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi SPRM merupakan prosedur operasi standard (SOP) untuk menutup mana-mana kes.

“Demi kejelasan, kuasa menurut budi bicara Peguam Negara mencakupi semua prosiding jenayah diperuntukkan kepada beliau mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini adalah bersifat mutlak tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan media hari ini yang mendakwa bahawa kakitangan SPRM telah memberi taklimat tanpa kebenaran kepada media dan membuat pelbagai dakwaan.

“Saya ingin menjelaskan – jika ini benar, ia tidak akan dibiarkan dan tindakan akan diambil. Saya mengarahkan supaya laporan polis dibuat supaya siasatan secara bebas dapat dijalankan mengenai perkara ini,” katanya.

Abu Kassim menegaskan bahawa pegawai SPRM mesti mendukung standard etika paling tinggi dan bertanggungjawab kepada sumpah jawatan yang mereka lafazkan.

“Justeru, tiada apa-apa kenyataan oleh mana-mana individu harus dianggap oleh media sebagai pendirian rasmi SPRM terhadap kes-kes ini kecuali ia telah dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik rasmi SPRM selepas mendapat kelulusan saya,” kata beliau.

Pada Selasa lepas, Peguam Negara membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Pada Selasa lepas, Peguam Negara membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Bernama



« (Previous News)



3 Komen to SPRM tidak pertikai keputusan Peguam Negara bersihkan Najib – Abu Kassim

  1. Meriam Buluh says:

    bahri mohd zin ikut sunnah rapizi al kazzab

  2. Jack says:

    Dah nampak takde chance nak tumbangkan pm baru la si kasim selamat ni buat u-turn. Impossible dia tak tau apa mereka nak buat press conference.

  3. Jack says:

    Kassim selamat nak selamatkan tengkuk dia sorang je

Leave a Reply