Menu Utama

SJKC Pai Chee: Terima Kasih Kementerian Pendidikan Atas Tindakan Pantas

sjkc pai cheeMelentur buluh, biar dari rebungnya. Begitulah istilah yang sering diungkapkan oleh masyarakat kita di dalam usaha untuk memupuk amalan murni di kalangan anak-anak kecil. Menyebut tentang anak-anak kecil, ia tentunya membawa kepada sesi persekolahan awal, tahap awal pendidikan seperti sekolah kebangsaan yang dasarnya berteraskan Perlembagaan.

Apa yang berlaku kepada beberapa orang guru di SJKC Pai Chee sesungguhnya amat mendukacitakan. Jika benar apa yang berlaku seperti mana yang tersebar di laman-laman media sosial dan aplikasi WhatsApp, maka ianya adalah kes yang jelas untuk menafikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Faham tentang kemajmukan yang dimiliki oleh negara, kerajaan terus bersikap toleransi bagi mengekalkan tradisi, budaya dan bahasa yang pelbagai malah menzahirkannya dengan mengiktiraf kewujudan SJKC.

Berdasarkan apa yang penulis baca, dengan penuh rasa hormat, guru-guru yang terbabit perlu diberi pujian atas kesabaran yang tinggi dalam menjalankan amanah yang diberi.

Pujian harus diberikan oleh Kementerian Pendidikan yang pantas mengambil tindakan awal dalam menyelesaikan masalah ini. Kita yakin, bahawa ianya adalah kes-kes terpencil dan tidak mewakili suara seluruh SJKC yang ada. Jangan hanya kerana seorang, maka seluruh terpalit dengan pengkhianatannya kepada bahasa kebangsaan.

Penulis pasti, kita semua berharap dan berdoa agar ianya dapat diselesaikan segera, serta memastikan kejadian yang sama tidak berulang lagi di negara ini.

Kejadian seperti ini sebenarnya menguatkan lagi pendapat netizen tentang keperluan sekolah satu aliran.






Satu Komen to SJKC Pai Chee: Terima Kasih Kementerian Pendidikan Atas Tindakan Pantas

  1. semangat dato' haron says:

    Ini ke konsep Bangsa Johor yg diagung2kan tu? Hari tu baju merah dikatakan racist tp sekurang2nya x de lah cina diserang tp di SJKC Pai Chee melayu diserang. Hakikatnya racism is relevant. Menafikannya adalah membawa padah. Menghapuskan puncanya adalah penting. Tutup dan haramkan sekolah cina termasuk sekolah persendirian. Kalo LLY bole buat di Singapore, ada yg istimewanya x bole hapuskan di Tanah Melayu. Lihat bgaimana LKY menghapuskan sekolah cina dan menghapuskan sikap extremist cina.

Leave a Reply

Threesome