Menu Utama

Siswa Makan Sehari Sekali, Tapi Sudah Mengadu Di Media?

nasi bungkus

Sedang merayap di sebuah laman portal pro-pembangkang baru-baru ini, penulis tertarik pada satu artikel yang ditulis oleh seorang siswa yang merupakan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhaiman Aiman Mohd Nazeri.

Dalam artikel yang bertajuk ‘Hati terusik bila siswa makan sehari sekali’, penulis dapat bayangkan bahawa motif penulisan tersebut adalah berkisar tentang kehidupan pelajar di IPT yang kononnya terjejas gara-gara kenaikan kos sara hidup.

Katanya dalam penulisan tersebut, hatinya selaku ketua pelajar ‘terusik’ kerana ada siswa-siswi yang makan sehari sekali. Tapi katanya pula, ada pula pelajar yang hantar wang pulang ke kampung untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Rata-rata penulisannya menyentuh kesusahan mahasiswa di IPT yang dikatakan terjejas teruk kerana kos sara hidup yang meningkat sekaligus membebankan mereka. Malah meskipun diberi kad siswa dan baucar buku, ia tidak cukup bagi Muhaiman Amin.

Pertamanya, penulis simpati dengan ‘nasib malang’ mahasiswa di zaman ini yang derita gara-gara kenaikan kos sara hidup. Tidak dinafikan, memang ada yang makan sehari sekali, itupun hanya berlaukkan telur dan kuah.

Bukan apa, nasib ‘malang’ mahasiswa zaman sekarang adalah amat berbeza dengan mahasiswa sezaman dengan penulis dulu…

Dulu di zaman 1980’an, sememangnya hidup mahasiswa sangat ‘mewah’. Semua siswa dan siswi diberi biasiswa lumayan. Ada yang dapat ‘RM2 juta’ setahun, namun rata-ratanya terima ‘RM1.5 juta’ setahun. Selain itu, kami semua dulu makan ‘1,000 kali’ sehari. Telur dan kuah? Selalunya kami makan ‘lobster’ dan ‘steak’ setiap hari. ‘Hebat’ bukan?

Pada pandangan penulis, mungkin Muhaimin baru hendak ‘kenal dunia’. Masih mampu makan sehari sekali, tapi sudah pandai hantar keluhan di media. Kononnya prihatin sebagai ketua? Mahu sokong GAMIS buat ‘demo’?

Untuk pengetahuan Muhaimin, mahasiswa dulu jauh lebih perit kehidupannya. Ada yang ditawar biasiswa yang cukup-cukup makan, ada yang tidak. Yang tidak dapat biasiswa itu sudah tentu lebih perit. Di zaman kami tiada sebarang pinjaman ditawarkan seperti sekarang…

Kami dulu ada yang tidak makan dua tiga hari. Ada yang makan sisa kawan yang bersimpati. Malah ada yang terpaksa berhenti belajar di menara gading kerana tidak mampu membiayai kos hidup sebagai pelajar. Hendak ‘photostate’ nota pun terpaksa tebal muka berhutang pada rakan…

Kami dulu tidak mampu miliki telefon bimbit walau sudah terbit pelbagai model. Hanya telefon awam di lobi kolej yang kami gunakan. Itupun perlu beratur. Data internet? Kami gunakan internet di makmal komputer saja, percuma.

Berapa ramai siswa-siswi yang berjalan kaki dan berpeluh-peluh seperti kami ketika tiba di dewan kuliah dulu? Penulis lihat kini ramai yang berkereta, bermotorsikal dan berbasikal. Kami dulu hendak beli basikal pun tidak mampu…

Berapa kali seminggu siswa dan siswi makan di restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC dan Pizza? Berapa kerap menonton wayang dengan awek dan teman lelaki? Nampak asyik sungguh berdua ke hulu ke hilir bersama pasangan dengan kenderaan masing-masing…

Kami dulu tidak sedikit pun mengeluh. Malah kesusahan itulah yang membuat kami lebih akrab membantu antara satu sama lain, susah sama susah, senang sama senang, hingga berjaya menerima segulung ijazah.

Kami tidak pernah merengek-rengek, mengada-ngada meminta itu dan ini. Setakat makan sebuku roti secara berjimat, ia mampu bertahan selama 2-3 hari. Nasi dan telur adalah perkara biasa bagi kami. Kami tidak berdemo kerana nasi dan telur…

Kami tidak menuding jari pada Lembaga Zakat, Kerajaan atau PTPTN. Ada di kalangan kami yang menerima biasiswa yang ditukar kepada bentuk pinjaman di tahun akhir, namun rakan kami itu elok saja lunaskan pinjaman tersebut. Tidak pula dia mengada-ngada minta mansuhkan.

Ada juga rakan kami yang hantar sedikit wang biasiswanya ke kampung untuk menampung kehidupan keluarganya yang miskin. Tapi dia atau kami sendiri tidak pula bising di media tentang kos sara hidup yang membebankan kami ketika itu. Kenapa agaknya?

Majlis Perwakilan Pelajar tiada dana untuk buat program? Mahukan dana? Kami dulu cari sendiri. Jika tiada peruntukan, kami jana sendiri. Kami usahakan menerusi pelbagai kaedah. Ada yang berniaga di kiosk dan ada yang lancar pelbagai karnival untuk menjana pendapatan. Sudah hilang kreativiti mahasiswa di zaman sekarang? Atau memang suka meminta-minta?

Dapat kad siswa dan baucar buku, tapi mahu diperluas kepada peralatan kursus yang lain? Kami dulu tidak dapat kad atau baucar pun, tapi semua elok saja. Macam mana kami buat? Ikhtiarkan sendiri. Tahap IQ mahasiswa perlu pintar menyesuaikan diri mencar jalan, bukan hanya ‘buka mulut minta disuap’ segalanya…

Penulis akui kos sara hidup meningkat. Tapi jika mahasiswa di zaman ini hanya tahu mengeluh, komplen itu dan ini, menyalahkan pihak tertentu dan bersikap seperti ‘anak burung’, tahap IQ sebegitu hanyalah ditahap budak sekolah menengah rendah saja.

Jadi, mungkin kerana itulah ramai yang mengatakan bahawa kualiti mahasiswa di zaman ini hanya tahu ‘bercakap’ dan ‘komplen’ saja, tapi tidak efisien dalam tindakan dan tidak memiliki daya pemikiran yang mematangkan diri, kan? Harap berubah…






12 Komen to Siswa Makan Sehari Sekali, Tapi Sudah Mengadu Di Media?

  1. laut selatan says:

    hahahahahahahahaha…penulis yg masih tak faham…….dulu 80-an pemimpin dan rakyat hidup senang sama senang,susah sama susah….sekarang macam- mana pemimpin negara hidup bermewah,rakyat hidup bersusah……

  2. dkds says:

    Laut selatan , kalau begitulah cara kehidupan sudah tentu Dap , Pas tidak wujud malah parti UMNO tak berpecah dan diharamkan…sudah2lah mengalunkan bahawa kehidupan 80an serba mewah…walhal hakikatnya era itu ekonomi dunia meleset ramai yang menganggur…walaupun lulusan luar negara.

  3. Pemerhati says:

    komen ‘laut selatan’ menunjukkan dirinya tidak pernah mengalami ‘keperitan hidup’ semasa belajar di IPTA/IPTS pada tahun 80’an dahulu, dengan kata lain ‘laut selatan’ tidak pernah pun menjadi seorang siswa

    lebih susah semasa aku belajar di kolej dahulu berbanding sekarang sebab sekarang ini kerajaan ada beri baucar untuk beli buku teks & pelbagai lagi bentuk bantuan & kemudahan…dahulu aku pakai motor cabuk je itupun sekali-sekala pakai untuk pergi ke kolej…kalau tak cari kerja part-time memang le selalu makan sekali sehari kena ‘ikat perut’

    majoriti siswa sekarang ini mampu membawa kenderaan sendiri ke kolej/universiti…pernah anak sedara aku komplen dia kena marah dengan pengawal keselamatan universiti sebab terpaksa(sebab petak parking untuk mahasiswa sudah penuh) parking keretanya di petak untuk reserve V.I.P…maknanya apa?

    kepada siswa yang terlampau mengada-ngada bernama ‘muhaiman’, kalau nak makan lebih sekali satu hari carilah kerja part-time di restoran mamak jadi pelayan ke cashier ke…malu tak nak bekerja dengan warga bangla? buto ko lah ‘muhaiman’!

  4. burrpp.. says:

    Laut selatan, pemimpin susah rakyat susah? Memanglah. Sebab tahun 1980 an negara baru nak bertapak dan bermula sebagai sebuah negara membangun. Pada tahun 1980 an siapa yg mempunyai kereta hatta motorsikal sudah dikira kaya. Golongan kaya amat sedikit pada ketika itu. Mahasiswa ketika itu, juga hidup susah bukan disebabkan kelemahan kerajaan, tetapi mereka boleh survive dan tidak menyalahkan pihak kerajaan. Berbeza sekarang, walau telah diberi pelbagai kemudahan dan masing-masing mempunyai smartphone, namun kerana malas dan ingin berlagak, mula menyalahkan pihak kerajaan. Kami, yg dulu lulusan 80 an dan 90 an lebih struggle, hingga pengsan di dalam sebab tak cukup makan, tidak pernah merungut, kerana kami faham, untuk berjaya dan berdaya tahan tidak memerlukan satu pihak utk dipersalahkan. Saya melakukan kerja part time di kedai photostat, apabila cuti semester pula saya membuat kerja ladang sawit, semata-mata utk belanja sendiri dan membayar yuran pengajian. Siswa kini merungut? Memalukan!!

  5. syaa says:

    nak kata dulu brg murah memang la murah.gula sekilo 80 sen tepung sekilo 60 sen.itu pun nak beli hutang masuk buku tiga lima sbb tak mampu.dulu brg murah gaji sebulan rm300 org bersyukur.sekarang gaji rm5000 ke rm7000 ker tak bersyukur.tuggu tuhan tarik balik nikmat kena musibah banjir baru nak ingt bersyukur pd tuhan.tapi klu kafir lahnat sampai mati tak reti bersyukur.

  6. dr murni says:

    Kesian dengan adik ini. makan sekali sehari . dulu masa tahun 80an semasa akak belajar pun gitu juga dek. susah bangat . biasa pada masa itu kami selepas kuliah keluar kampus bekerja di restoran makanan segera dan pam minyak. di masa senggang kami ambil kesempatan baca nota kuliah. ramai drp kalangan sahabat akak yg dah jadi Public figure hari ni juga melalui nasib yg sama .

    moral of the story – berusaha dan ikhtiar untuk survive .

    Dr Murni.

  7. koko says:

    aku rasa bukan pelajar saja terjejas..tapi semua golongan b40 terutamanya..golongan sederhana ke bawah..pihak berwajib..perlu lebih keras dlm hal2x penguatkuasaan utk mengawal harga barangan dan perkhidmatan..

    dlm ekonomi kapitalis pasaran terbuka yg adil dan mesra peniaga kononya tu rakyat akan sentiasa terdedah dgn manipulasi kepengunaan..sebab rakyat adalah pasaran..contoh pihak peniaga yg ambil kesempatan naikkan harga..peniaga yg aku maksudkan ini bukanlah mak cik2x penjual nasi lemak atau yg ada kedai runcit tu tpi tauke2x besar yg mengawal pengeluaran dan pengedaran bahan mentah stok makanan dll..syrikat besar yg sahamnya dimiliki oleh jutawan kroni2x org politik tertentu..mereka ni kbykannya suka monopoli pasaran dan akan mencantas peniaga2x lain yg boleh beri harga murah kpd pengguna..kesannya rakyat tak byk pilihan..dan asyik menghadap manipulasi mereka saja.

    jutawan2x kaya ini kebykannya mentaliti mereka adlah profit semata2x..keuntungan..kalau balik modal pun itu dah kira teruk dan lemah..inilah masalahnya bile mereka2x ni yg mengawal ekonomi..

    mereka beranggapan mereka seolah2x memberikan harta keluarga mereka kpd org lain..kononya mereka berusaha rajin bekerja sebab itulah kaya..statement yg biasanya aku tengok suka digunakan oleh org2x mcm syed akbar ali dlm blog outsyed the box..seolah2x rakyat2x marhain yg masih2x tak kaya2x ni tak pernah membanting tulang bekerja utk keluarga mereka..padahal ini semua hanyalah pandangan bias org2x yg berkepentingan peribadi..takde siapa yg suruh org2x kaya ni mengawal ekonomi kerana ekonomi kalau ikut teorinya boleh berfungsi dgn sendiri atas dasar supply and demand..tpi mereka tahu kalau mereka yg mengawalnya maka mereka boleh jana pendptan berlipat ganda hanya dgn manipulasi pasaran.

    manipulasi pasaran ni byk caranya spt menaikkan harga sesuatu barangan atau servis..dgn cara simpan stok smpi terhad..pdhal mereka smebunyikan kemudian bile timing dah kena keluarakan dgn harga kaw kaw..walaupun mereka kata yg kawal ekonomi adlaah pengeluaran dan permintaan supply and demand..basic economy theory.

    bile rakyat marah kalau ada kenaikan mereka akan salahkn dasar kerajaan..kerajaan memang selalunya akan buat dasar yg memberi manfaat kepda rakyat..kerana bile rakyat rasa terbela mereka akan terus sokong kerajaan..tetapi bagi puak2x kapitalis ni..manfaat kepada rakyat bermakna meraka kena ikut peraturan dan berniaga lebih berorientasikan rakyat..bukannya keuntungan..jadi mereka tak boleh manipulasi pasaran utk mengaut keuntungan msesuka hati..tak boleh mengambil kesempatan di atas org lain..mereka tak minat dgn soal kebajikan rakyat..mereka hanya nak untung saja.

    jadi aku rasa kerajaan harus lebih tegas dlm hal ni..contoh mcm kes mara digital mall..dlm akbar2x cina majoriti mereka mengecamnya sebagai sesuatu yg rasis kerana membantu peniaga melayu..hakikatnya bgi pengguna mereka dpt pilihan lain dgn harga yg lebih munasabah atau istilah ekonominya harga yg kompetetif dan apa slahnya peniaga melayu dibantu..itu dasar kerajaan..kalau mereka tak suka boleh mampus..tpi kita tahu puak2x ni di back up oleh siapa?..jutawan2x kroni yg sebenarnya tak suka persaingan terbuka.

  8. anoi says:

    pihak kerajaan ada sediakala baucar percuma bernilai rm2000 setiap bulan, nape tak mohon untuk b40 & golongan mahasiswa, poe la mohon nape bising2

  9. Memang Terok says:

    Penulis ada seorang rakan bekas siswa USM P.Pinang banyak tahun dulu. Rakan yang dari keluarga susah dari Sarawak ini sering berceritakan kisah hidup dia zaman lampau.

    Dia bercerita tentang bagaimana dia adik beradik tidor bersama keluarga dikampung tiap malam. Tempat tidornya bertukar2 kadang2 tepi dinding sebelah kiri, kadang2 kanan, kadang2 ditengah rumah. Ini kerana rumah mereka tiada bilik cuma satu utk orang tua mereka saja. Apabila hujan mereka beralih tempat tidor kerana ada bahagian yang atapnya bocor. Kesekolah dia diberi duit secukup untuk tambang bas. Untuk jimat 5 sen dia akan berhenti disatu bus stop yang dia terpaksa berjalan kaki jauh dengan sekolah. Padanya tidak mengapa asalkan dia dapat jimat 5 sen untuk guna besok hari.

    Di USM dia beli stock mee segera untuk tahan sebulan. Bukan maggie mee kerana maggie lebih sikit harganya. Dia beli cintan mee yang lebih murah dan itulah yang dia makan untuk hidup. Tamat pengajian dia terus menetap di semenanjung makan gaji dan kini ada syarikat sendiri meneruskan kepakaran dalam jurusan yang dia ambil di USM. Dia terlalu berjaya sekarang tapi masih seronok bercerita kisah lama. Bukan mengeloh tetapi sebenarnya dia berbangga sekali keatas pengalaman yang dia perolihi .

  10. Memang Terok says:

    Penulis pernah miliki sehelai baju sekolah sahaja dalam satu tahun yang sukar. Baju dipakai Isnin dan selasa. Petang selasa cuci dan gantung bawah kipas untuk pakai esoknya pulak selama 3 hari. Duduk dihostel, makan minum semua bagus. Cuma selalu nya apabila malam selepas keluar kelas mugging, semua kawan lain terus ke tuckshop untuk beli makanan ringan saperti roti, biskut, aiskrim dll. Penulis tak perlu itu semua terus naik kebilik sedia untuk tidor.

    Disekolah tak pernah ada duit belanja waktu rehat. Penulis samada duduk tepi dinding atau tepi padang ambil angin. Dalam kelas tak boleh duduk waktu rehat.

    Namun semua itu pengalaman yang terlalu berharga sebenarnya. Ia mengajar kita mengenali siapa kita , apa kita mahu dalam hidup. Sebab itu kita akan menjadi risau jika anak2 kita yang bersekolah kekurangan duit. Alhamdulillah , kita diberi rezeki dan anak2 kita makmur sekali dengan penghidupan mereka.

  11. anakbochek says:

    Maso den kek UKM tahun 88-92 dulu, den carik 6 orang lopeh tu kito sumbang sorang RM50. Jadi dapek RM300 sebulan. Kito masak nasi sendiri dan lauk pulak memang bajet. Ikan boli 3 ekor sajo makno eh sorang makan separuh yo. Alhamdulillah konyang jugak. Breakfast pulak makan roti dengan planta dan nescafe bancuh sendiri kat bilik. Alhamdulillah konyang jugak. Nak tambah pendapatan den ambik upah taip esei dengan projek paper, lopeh la buek makan tomyam atau nasi paprik.

    Apo yang den nak cakap kek sini ialah ado caro untuk berjimat, anak den masuk U pun den bekalkan dengan deep fryer untuk mudahkan dio goreng ikan, telur atau ayam. Kalau student sekarang dapek buek apo den buek dulu den raso perbelanjaan makan diorang boleh dibajet sekitar rm150 je sebulan. Insyaallah.

  12. koko says:

    anoi..bukan bising2x..kita bagi pandangan utk penambahbaikan..pengawalan harga juga penting..pemberian baucer itu langkah yg baik dan sebenarnya positif utk perkembangan ekonomi individu dan ekonomi secara keseluruhannya..tapi perlu juga disusuli dgn penguatkuasaan yg tegas terhadap harga..kalau tak iklim ekonomi secara keseluruhannya tidak sihat..tu yg jadi pdptan tak berkembang..inflasi..dll.

Leave a Reply

Threesome