Menu Utama

Sirul Sudah Bersuara, Tidak Perlu Lagi ‘Launch’ Di Australia

sirul

Sudah bertahun-tahun lamanya telah diulangi berkali-kali. Mahkamah pun sudah mengesahkan. Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang ketika itu masih merupakan Timbalan Perdana Menteri pun sudah bersumpah dengan nama Allah berkali-kali bahawa beliau langsung tidak terlibat dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaaribuu.

Namun laporan beberapa media antarabangsa yang menulis kononnya Perdana Menteri Malaysia terlibat dengan kes berkenaan menjadi ‘bukti utama’ pihak-pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Najib. Walaupun sebelum ini terbukti akhbar-akhbar barat ditegaskan berkonspirasi jahat terhadap Najib, mereka tetap enggan percaya.

Malah sehingga kini, masih diulang-ulang tuduhan fitnah tersebut. Ramai yang percaya. Ada yang sebar gambar edit, ada pula yang sanggup terbang ke Australia untuk bertemu Sirul Azhar, walau sebenarnya gagal mengeja perkataan ‘lunch’. Nampaknya tidak perlu lagi ke Australia dan ‘launch’ di sana, Sirul sudah pun bersuara…

Merungkai tuduhan kontroversi tersebut, tiba-tiba Sirul bersuara dari Australia. Memecahkan rahsia sebenar di sebalik tuduhan terhadap Najib. Ringkas, tapi padat. Nama Allah disebut sebagai saksi, Sirul tegaskan bahawa Najib langsung tidak ada kena mengena dengan kes membabitkan mendiang Altantuya. Ikhlas benar Sirul di dalam rakaman tersebut, menandakan dia tidak dipaksa untuk memberi kenyataan itu.

Penulis yakin kenyataan itu akan membuat ramai yang merah padam. Berkemungkinan besar selepas muka berubah menjadi merah padam, wajah mereka mungkin akan bertukar menjadi pusat lesi. Mungkin sekarang mereka tidak tahu mana hendak disorokkan muka.

Agaknya di mana mereka yang pernah berkali-kali menuduh Najib menjadi dalang kes pembunuhan Altantuya? Agaknya di mana mereka bersembunyi? Di bawah meja, di belakang kerusi? Atau bersembunyi di bawah ketiak isteri?

Atau kulit muka mereka sangat tebal untuk berdepan dengan masyarakat yang mereka bohongi? Atau mereka memang tidak punya rasa malu untuk berdepan dengan Najib yang difitnah? Atau mereka fikir mereka kebal dari dosa membuat fitnah?

sirul-in-video-some-tried-to-use-me-to-oust-someone-youtube-thumbnail-300x160

Sekiranya mereka sedar sekalipun bahawa mereka telah melakukan fitnah terhadap Najib, apakah mereka dengan rela hati sanggup berdepan dengan Najib dan meminta maaf kepada beliau? Beranikah mereka berbuat begitu?

Apakah mereka sanggup berdepan dengan rakyat Malaysia yang mendengar ceramah, membaca tulisan mereka dan terpengaruh dengan persepsi jahat yang mereka lemparkan terhadap Najib? Mereka sanggup meminta maaf atas fitnah terhadap Najib secara terbuka di khalayak umum?

Fitnah bukan perkara main-main. Jika Najib tidak saman sekalipun, dosa berkenaan di sisi Allah SWT bukan kepalang besarnya. Malah ia digambarkan dosa yang lebih besar dari perbuatan membunuh. Penulis yakin umat Islam dan segelintir yang bukan Islam juga tahu hal itu.

Malangnya, pihak yang menimbulkan persepsi, persoalan, tanggapan dan spekulasi itu juga ada yang beragama Islam. Ada yang masih bersama PAS, ada yang sudah masuk Amanah, ada yang ahli PKR. Yang tidak beragama Islam dari DAP pula bagaimana?

Itulah yang berlaku di Malaysia di akhir zaman ini. Fitnah ditabur, pihak yang difitnah menafikan. Malangnya masyarakat Malaysia percaya pada fitnah itu walaupun ia disahkan tidak benar, bohong dan tiada asas sama sekali. Agaknya di mana pula mereka yang percaya pada fitnah itu hendak sorokkan muka mereka?

Penulis tidak pasti sama ada Najib sudi memaafkan mereka yang memfitnah beliau. Itu penulis serahkan pada beliau.

Dan paling penulis musykilkan, apakah seluruh rakyat Malaysia yang selama ini terpengaruh dan percaya pada fitnah tersebut sudi memaafkan mereka yang menabur fitnah terhadap Najib itu. Kemaafan tersebut penulis serahkan kepada mereka.

Namun lebih utama, apakah tukang fitnah dan penyebar fitnah itu akan tampil memohon maaf terhadap Najib dan seluruh rakyat Malaysia atas dosa besar mereka itu? Sama-samalah kita tunggu. Itupun jika punya agama dan maruah diri untuk berbuat demikian, bukan?






Leave a Reply