Menu Utama

Singkir PAS: DAP Sudah Lama Bersedia

DAP_PAS.transformedPlot-plot cerita tentang bagaimana PAS dilayan sejak bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR sudah lama diketahui ramai. Sungguhpun cuba diselindungkan, mana mungkin bangkai gajah mampu disorokkan dengan sehelai daun pisang.

Akhirnya, PAS memilih untuk bermufarakah dan meletakkan DAP sebagai musuh, begitu juga sebaliknya.

Mengapa DAP tidak khuatir malah menyahut permusuhan yang diumumkan oleh PAS?

Secara politiknya, penulis melihat bagaimana DAP bijak membaca perjalanan politik mereka dengan senario-senario yang berlaku sewaktu bersama di dalam Pakatan Rakyat. DAP tahu bahawa tahaluf siyasi hanyalah bersifat sementara dan sandiwara, apatah lagi mereka tidak memiliki “executive power” kecuali di Pulau Pinang. Dan, nikmat kuasa di Pulau Pinang menjadi motivasi, bahawa DAP perlu menjadi kuasa penentu di dalam gabungan Pakatan.

DAP tahu, untuk mendapatkan sokongan padu dari PAS, ialah menguasai PAS dari dalam, melalui pemimpin-pemimpin yang pro kepada mereka.  Usaha tersebut gagal, setelah Mat Sabu dan rakan-rakannya kalah pada muktamar yang lalu. Hasilnya, tertubuhlah Parti Amanah Negara, yang penulis lihat sebagai satu cara “pecah dan perintah” yang dikenakan ke atas PAS.

Strategi tersebut bukanlah satu-satunya cara, kerana lebih awal dari itu, gerakan politik DAP bermula dari pengkaderan anak muda Melayu untuk mewakili parti itu. Apa juga alasan yang diberi oleh DAP tentang pengkaderan ini, PAS perlu terima hakikat bahawa DAP tidak mahu bergantung kepada parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO itu dalam mendapatkan undi orang Melayu. Strategi ini juga telah membawa DAP di Timur Tengah, yang seringkali menjadi kolam pengkaderan PAS selama ini.

Setelah berpatah arah berkerat rotan di Selangor, DAP dengan keyakinan mengumumkan akan bertanding 8 dari 15 kerusi PAS di Selangor.

DAP langsung tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Pesuruhjaya Selangor, kerana sememangnya mereka sudah bersedia untuk merenangi gelora politik negara tanpa PAS disisi. DAP punya Amanah dan PKR, sementara PAS pula dilihat terkial-kial mencari formula untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.






2 Komen to Singkir PAS: DAP Sudah Lama Bersedia

  1. cina malaysia says:

    dap dan pas tidak bersetuju dalam isu hudud maka mereka berpisah…..dalam isu ini tiada apa-apa muslihat…….penulis sepatutnya menjelas kepada kita kenapa pas enggan menyertai bn walaupun dikatakan dipinggir parti pembangkang…….

  2. RK says:

    Cina Malaysia… Walaupun Umno menyokong penyatuan tetapi PM juga ambil masa yg lama memikirkan. Hanya semasa PAU barulah dia buka perbincangan. Maaf ya, majoriti komponen BN tidak dpt menerima PAS terutama di Sabah Sarawak, kubu kuat BN. Jadi kerjasama secara yg dipersetujui adalah jalan terbaik. Satu persetujuan hanya islam yg layak memerintah negara. Terimalah hakikat tanpa PAS, BN sudah cukup kuat utk memerintah. Tetapi kita masih harap ada ruang segi kerjasama kerajaan campuran.

Leave a Reply