Menu Utama

Singkir Mukhriz: Rahim Sahkan Najib Orang Baik

Rahim-Tamby-Chik_najib_600

KATA bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, ada usaha untuk membawa Mukhriz Mahathir ke persekutuan seawal Julai tahun lepas bagi menyelamatkan karier politiknya berikutan kepimpinan yang ditolak di Kedah – cakap Rahim jadi penting sebab dia ni bukan pro Najib sangat pun.

Dia dan seorang lagi pemimpin UMNO Kelantan, diminta Perdana Menteri untuk memberitahu Tun Mahathir mengenai perkara ini dan Mahathir menyerahkan kepada Mukhriz untuk buat keputusan – yang mana akhirnya, Mukhriz menolak, dia nak juga kekal di Kedah, membawalah kepada krisis sekarang.

Tapi isunya disitu ialah, cakap Rahim ini bukti bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak ialah orang yang baik, beliau bukan ketua komplot untuk menjatuhkan Mukhriz (tak perlu pun jadi begitu sebab beliau Perdana Menteri) dan hari ini Rahim mengesahkannya.

Penulis awal-awal lagi dah sebut disini.

Yelah, soal Rahim ada kes ke takde kes, apa kaitan dengan isunya sekarang?  Isunya, di permulaan krisis di Kedah ini pun kita dah sebut, Najib tak terlibat, ia adalah UMNO Kedah sendiri yang taknak kan Mukhriz, bukan Najib.

Tapi yang dikecohkan di media sosial sekarang, Najib yang nak buang Mukhriz dan dengan itu beliau dikutuk sehebat-hebatnya.  Alkisah yang ramai tak tahu, Najib nak selamatkan Mukhriz lagi dengan cuba membawanya ke persekutuan bila dapat tahu orang Kedah dah taknak kan dia.

Sekarang tak hairanlah kenapa Mahathir tidak menghentam Najib dalam isu ini.  Mahathir mesti tak lepas peluang hentam Najib kalau dia tahu betul Najib dibelakang gerakan untuk jatuhkan anak dia.

Rupanya seawal Julai Mahathir sudah tahu Najib sedang cuba selamatkan karier politik anaknya.  Maka itu Mahathir hentam UMNO Kedah yang dikatakan punca Kedah kalah 2008 (bukan Najib) dan hanya anaknya satu orang saja buat kerja sehingga Kedah dapat balik 2013 – siapa bodoh nak percaya ini, teruskanlah.

5 negeri kalah 2008, itu salah Paklah, Kedah dapat balik semula tahun 2013, sebab anak dia – rasa nak mencarut pun ada.






3 Komen to Singkir Mukhriz: Rahim Sahkan Najib Orang Baik

  1. Anak_Nogori says:

    Dah diberi peluang..ketegaq pulak.

    Skrg terima saja lah.

  2. anoi says:

    kan mukhriz anak bapa ea, dia mana ada ketegaq malah reda, kita ja dok sandoi.

  3. James Wong says:

    Malangnya ada juga individu yang mendakwa Najib merupakan dalang menyingkir Mukhriz sebagai MB, sedangkan Mukhriz cuba diselamatkan oleh Najib apabila UMNO Kedah sendiri rata-rata tidak menyokong Mukhriz.

Leave a Reply

Threesome