Menu Utama

Setuju, Tapi Tidak Iktiraf, PAS Kena Cucuk Hidung Lagi

 

pas tidak beri laluan kepada amanahMerujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dibahagikan kepada wakil Amanah hasil persetujuan antara PKR, PAS dan DAP.

Amanah mendapat kerusi ahli majlis atas persetujuan bersama. Itu intipati dari laporan ini.

Namun, hairan bin ajaib apabila Pas Selangor kekal pendirian untuk tidak mengiktiraf lantikan lapan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Jika menurut laporan, hasil mesyuarat, mereka bersetuju, tetapi kemudian Pesuruhjaya PAS Selangor membuat kenyataan tidak mengiktiraf. Jadi, apa bezanya? Bukankah Amanah kekal menerima layanan esklusif dari PKR dan DAP?

Sedar atau tidak, senario sebegini sudah lama membelenggu PAS, apabila suara mereka sering dianggap “kelas kedua” oleh sekutu-sekutu mereka. Bagi PKR dan DAP, apa jua keputusan boleh dibuat secara bersama tanpa PAS, kerana akhirnya PAS pasti akan akur, persis “samikna wa atokna”.

Waima wakil PAS ada di dalam mesyuarat pun, PKR dan DAP tetap dan mampu berbuat semahunya. Untuk PAS, ada seperti tiada, jasad wujud kalam kelu ketika bermusyawarah untuk mempertahankan haknya.

Mungkin ada ahli PAS yang dapat menerima hakikat pemilikan lapan kerusi PBT oleh Amanah kerana tidak mengorbankan kerusi-kerusi yang dimiliki oleh PAS sebelum ini. Namun, apa yang mereka tidak faham ialah bagaimana parti mereka sebenarnya terkeluar dari sifat “kebersamaan”.

Segalanya hanya berkisar tentang PKR dan DAP. Jika PAS terpecah lagi kepada satu lagi parti selepas Amanah, nescaya parti baru tersebut akan turut menerima layanan esklusif seperti Amanah.

Pecah dan perintah, itu yang sedang berlaku ke atas PAS.

Angguk-angguk, geleng-geleng.






Satu Komen to Setuju, Tapi Tidak Iktiraf, PAS Kena Cucuk Hidung Lagi

  1. ayam says:

    PAS lembu

Leave a Reply

Threesome