Menu Utama

Sekolah-Sekolah Tolong Kikis Pendekatan Ala Rejim Menteri Terdahulu

yuran copy

RUNGUTAN ibu bapa tentang jumlah wang yang dikenakan pihak sekolah kepada ibu bapa pelajar untuk membayar, semakin kuat hari ini, bila majoriti sesi persekolahan bermula.  Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu adalah 4 negeri yang memulakan sesi persekolahan semalam.

Yuran PIBG lah, yuran KAFAlah. sumbangan beli van, komputer, buku-buku tambahan yang WAJIB dibeli di koperasi sahaja (siapa pulak yang bekal buku di koperasi berkenaan) dan sebagainya dikenakan, ada antaranya mencecah sehingga RM 300 setahun – nak buat apa semua ni?  Sekolah persendirian boleh faham, ini sekolah bantuan penuh kerajaan.

Ambik yuran KAFA sebagai contoh, kenapa dikenakan bayaran sedangkan ustaz/ustazah yang mengajar tu adalah guru yang sama, bukan bawa tenaga dari luar.  Kalau isunya elaun, bawa kepada kesatuan dan kesatuan bincang dengan kementerian, bukan caj kerja lebih masa ustaz/ustazah berkenaan kepada ibu bapa.

Menariknya, bila ibu bapa merungut, ada di kalangan warga sekolah menyalahkan kerajaan.  Apa kaitan kerajaan dalam hal ini?  Yuran persekolahan telah dimansuhkan, buku teks dah diberi percuma kepada semua, apa lagi yang kerajaan salah?  Kerajaan tak tetapkan yuran PIBG, nak beli van dan apa bala yang lain tu, itu adalah pihak sekolah dan PIBG yang menguruskannya.

Kerajaan peruntuk banyak untuk bidang pendidikan ni.  Menurut maklumat, bagi setiap pelajar, wang yang diperuntukkan kerajaan adalah sebanyak RM 8,000 seorang. berapa juta pelajar kita ada?  Sebab itu ada sekolah yang berusaha mengekalkan kuota pelajar sebab nak kekalkan peruntukan tersebut.

Tapi yang masih tekan ibu bapa ni apasal?  Sengaja nak sabotaj kerajaankah?  Soal peruntukkan turun atau tidak, itu dengan Jabatan Pendidikanlah selesaikan, bukan dengan ibu bapa.

Sekolah-sekolah dan persatuan PIBG ni kena ingat, Menteri Pendidikan yang sekarang sudah baru, bukan Menteri Pendidikan yang dulu-dulu.  Yang dulu, memang sengaja bagi naik darah guru-guru dengan lambakan tugas yang tak sesuai taraf jawatan sebagai guru.  Guru ni nak dipandang tinggi dan mulia sepanjang masa, apa kelas buat kerja kerani kata mereka. – itu yang dalam kepala, tapi yang keluar dimulut, line slowlah, itulah inilah, yang mana memang betul pun.

Jadi corak mentadbir sekolah guna rejim lama ini perlu dihentikan.  Dapatkanlah petunjuk dari kementerian dibawah Menteri Pendidikan yang baru, cara mana nak menguruskan sekolah dengan lebih baik, tanpa menaikkan darah ibu bapa.  Kementerian pun perlu pantau perkara ini, wujudkan talian khas untuk ibu bapa membuat aduan kalau dikenakan caj melampau dan sebagainya.

  • gambar hiasan semata-mata





6 Komen to Sekolah-Sekolah Tolong Kikis Pendekatan Ala Rejim Menteri Terdahulu

  1. Go Pro Bro says:

    Juga terdapat ruang perbezaan yg sangat besar diantara aspirasi pelajar, terutamanya pelajar ditingkatan 3,4 dan 5; dengan pentadbir sekolah dalam beberapa pendekatan seperti komunikasi, ketelusan, pendedahan dunia luar dsbnya. Contohnya jika website sekolah pun tidak dikemaskinikan bertahun2, serahkan saja kepada badan dan persatuan pelajar. Mereka tentunya lebih kreatif dalam usaha membentuk satu budaya yg lebih positif dan interaktif bagi semua pihak dan stakeholders mengikut kacamata mereka sambil diberi panduan oleh guru2.

  2. dkds says:

    Ada juga guru yang kerjanya duk label macam-macam keburukan kerajaan siang dan malam , species ini memang merosakkan lagi sistem pemdidikan negara

  3. omega says:

    Mentaliti Guru yg jiwa kacau dan tidak amanah ini adalah barah yg perlu diberi ubat. Hampir semua jawatan di bidang pendidikan dikuasai oleh mereka yg berlatarbelakangkan pendidikan perguruan takkan tak tahu bagaimana nak mengurus. Mana mana pegawai di jabatan mahupun negeri jika tidak mampu berubah elok dihantar berkerusus semula.

  4. omega says:

    Cikgu yg culas ni ingat depa masih dibawah mahyuddin jadi mereka phobia. Harap Menteri yg baru mampu bawa perubahan yg lebih baik kpd sistem pendidikan negara agar generasi yg akan datang lebih bijak dan tidak mudah tertipu dengan dakyah serta fitnah melalui media sosial dan lain lain. Biar anak murid yg keluar dari alam persekolahan kelak lebih kuat jati diri mereka kepada negara.

  5. sino says:

    Harap sangat2 menteri pendidikan dapat melakukan satu perubahan yg drastik utk menentukan mutu pendidikan negara betul2 bermutu dan seimbang dengan perubahan masa. Tanpa prejudis kpd mana2 menteri sebelum ini taraf pendidikan kita sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.

    Beban tugas guru, kefahaman guru tentang tugas sebagai pendidik, Peranan guru sebagai kakitangan kerajaan
    dan pelaksana dasar dan inspirasi kerajaan SANGAT perlu diberi perhatian. Sesuai dengan pengalaman sebagai bekas pendidik dan pengurus sekolah adalah diharap menteri pendidikan sekarang dapat melakukan sesuatu utk membetulkan keadaan. Jika tidak segalanya akan naik atas kepala kerajaan. Amat malang sekali bagi kerajaan kerana terpaksa terima akibat dari kelemahan sistem di sekolah sebagaimana dibisingkan dlm media sosial.

  6. Hantu Gigi Jarang says:

    Habis kalau DAP boleh…Melayu pun boleh?

Leave a Reply

Threesome