Menu Utama

Satu Lawan Satu? Apa Yang Azmin Merepek Ni?

azmin ali

Sebenarnya penulis tidak tahu apa di dalam benak fikiran Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali apabila beliau tetap menegaskan pendirian PKR di negeri pimpinannya untuk pertahankan prinsip satu lawan satu dan mengelak pertandingan tiga penjuru.

Beliau tahu bahawa PAS sudah bersedia untuk berdepan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengkhianati parti itu dan DAP yang sebelum ini bermati-matian menghina serta memperlekeh PAS, tapi Azmin tetap pertahan prinsip satu lawan satu?

Azmin juga tahu bahawa DAP sudah menegaskan pendirian mereka yang sedia ‘berperang’ dengan PAS dan begitu juga Amanah yang ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan PAS, beliau masih lagi optimis dengan tiada pertandingan tiga penjuru?

Penulis tidak tahu di mana realistiknya kenyataan Azmin itu. Pada perkiraan penulis, apa yang Azmin katakan itu hanya boleh berlaku sekiranya segala pergaduhan dan ‘peperangan’ yang berlaku antara PAS dengan DAP dan Amanah itu hanyalah sekadar lakonan belaka…

Sekiranya semua itu lakonan, penulis yakin rakyat akan bertepuk tangan dengan drama tersebut. Tapi jangan harapkan untuk rakyat berikan undi pada mereka kerana kami semua tidak mahu perjudikan masa depan negara dan negeri di tangan para pelakon yang handal menipu dengan lakonan mereka…

Pada pandangan penulis, pertandingan tiga penjuru di Selangor tidak mungkin dapat dielak lagi. Di negeri itu terdapat beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang diwakili oleh wakil rakyat Amanah di mana kerusi tersebut diperoleh ketika mereka menang pilihanraya di atas kerusi PAS.

Sebagai contoh, Parlimen Shah Alam yang diwakili Khalid Samad. Penulis yakin bahawa kemenangan Khalid di kerusi parlimen itu sedikit sebanyak disumbang oleh ribuan penyokong PAS di situ. Jadi, siapa yang tidak sakit hati bila undi mereka dikhianati, bukan?

Khalid-Samad

Justeru itu, berkemungkinan PAS akan bertindak meletakkan calon mereka dikerusi DUN dan Parlimen yang diwakili Amanah nanti untuk menuntut hak parti mereka kembali. Apakah Azmin mampu untuk menahan PAS dari merampas kembali kerusi-kerusi tersebut?

Tergamakkah Azmin untuk ‘mengarahkan’ PAS supaya menarik diri dari bertanding di kerusi-kerusi tersebut sedangkan PAS banyak berjasa padanya, terutama dari sudut mencalonkan nama beliau kepada Sultan Selangor untuk jawatan Menteri Besar? Azmin mahu lupakan jasa PAS tersebut?

Selain itu, sekiranya PAS enggan menarik diri dari bertanding di DUN dan Parlimen yang kini diwakili Amanah, apakah Azmin fikir beliau boleh melarang parti pimpinan Mat Sabu itu dari mempertahankan kerusi mereka di situ?

Jika Amanah tidak bertanding di kawasan-kawasan tersebut, di mana lagi mereka hendak bertanding di Selangor? Apakah Azmin sanggup serahkan kerusi PKR kepada Amanah nanti dan berdepan dengan kemarahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Dato’ Seri Wan Azizah?

azmin anwar

Apatah lagi sekiranya DAP turut masuk campur dan bertindak ‘cucuk jarum beracun’ terhadap Azmin untuk tidak menyebelahi PAS, apakah tindakan yang akan dilakukan Menteri Besar itu? Silap-silap bukan saja beliau tewas, kalau menang pun payahlah untuk kembali menjadi Menteri Besar, bukan?

Kerana itulah maka penulis menjangkakan bahawa angan-angan Azmin itu hanyalah sekadar kata-kata retorik pemimpin politik untuk menyedapkan ‘halwa telinga’, sedangkan ia adalah bertentangan dengan realistik kemelut politik antara blok Pakatan Harapan dengan PAS yang terpinggir.

Justeru itu, penulis berharap supaya Azmin belajar untuk tidak menipu rakyat. Beliau boleh menipu diri sendiri, namun rakyat di bawah melihat kepincangan yang berlaku di Selangor. Tidak mustahil nanti Pakatan Harapan akan ‘diajar’ habis-habisan oleh rakyat Selangor yang sudah bosan, kan? Fikir-fikirkanlah…






3 Komen to Satu Lawan Satu? Apa Yang Azmin Merepek Ni?

  1. Anak_Nogori says:

    Apa yg saya lihat…azmin seboleh bolehnya tidak mahu berlaku pertandingan 3 penjuru krn siapa yg pkr akan bantu sekiranya pertandingan itu antara pas dgn dap atau antara pas dgn pan?.

    Sekiranya pkr gerakan jentera piliharayanya membantu pas…apa kata dap dan pan?…dan sekiranya pkr bantu dap dan pan…sudah tentu pas akan merasakan diri mereka dikhianti…ini yg mengusarkan azmin.

    Sekiranya diberi pilihan..siapa agaknya pkr akan bantu?.

  2. geekpuk2 says:

    Marilah kita sambut saranan perpaduan presiden parti kita. Pintu penyatuan dan kerjasama UMNO-PAS terbuka luas

    Moga disegerakan perbincangan pengagihan kerusi antara kedua parti kita bagi menghadapi Pakatan Haram masa PRU14 kelak

    Marilah bersatu demi agama, bangsa dan negara

  3. bajak says:

    amin…Marilah bersatu demi agama, bangsa dan negara

Leave a Reply

Threesome