Menu Utama

Salahkah saya menyokong TPPA – Agus

Baca dan telitilah maklumat asli yang ada di
http://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tppa

. Selepas itu buatlah penilaian.

Meneliti dokumen ini, ada dua kenyataan yang perlu saya buat.

Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan TPPA negara yang telah merundingi hal ini dengan baik. Saya yakin ini bukan tugas yang mudah memandangkan selepas tulisan pertama saya pada tahun 2013, telah banyak perkara yang diperbaiki dalam TPPA ini.

Ini termasuklah addendum khusus tentang Bumiputera, tanah Melayu, Petronas dan lainnya.

Kedua, setelah meneliti dokumen TPPA, saya menyokongnya.

Saya menyokongnya kerana kita tidak boleh mengelak dari hidup dalam dunia globalisasi dan bertindak selari dengan perkembangan semasa. Jika kita tidak menandatangani TPPA, maka kita keluar dari menjadi negara dagang. Mahukah kita?

Selain itu, saya dapati beberapa kelebihan baru TPPA ini.

i. Kita mempunyai empat kawan baru FTA iaitu Amerika, Peru, Mexico dan Kanada.
ii. Kita adalah antara negara pengasas TPPA membolehkan kita mendapat layanan dan pengecualian dalam sektor-sektor sensitif.
iii. Kita akan menjadi negara yang membina daya saing, membina tadbir urus yang baik to comply dengan standards antarabangsa, dan mempunayi barang-barang yang lebih berkualiti.
iv. Kita akan mempunyai barang yang berkualiti dengan import duti yang dimansuhkan dan harga barang yang kompetitif.

Saya menolak hujah jika kita menandatangani TPPA, kita menggadaikan kedaulatan negara. Untuk menjawab hujah ini, saya petik apa yang Tok Pa kata kepada saya. Selain Malaysia ada 11 lagi negara yang menandatangani TPPA. Apakah semua negara tersebut sanggup menjual kedaulatan mereka? Dalam hal ini, saya bersetuju dengan Tok Pa.

Biarpun berkata begitu, saya juga mempunyai kerisauan tentang TPPA.

i. Bimbang tentang keupayaan pelaksanaannya.
ii. Mampukah kita untuk bersaing?
iii. Mampukah kita untuk meningkatkan kualiti barangan dan menjaga alam sekitar supaya dapat mengikuti syarat TPPA ini?
iv. Terdapat 26 akta yang perlu dipinda to comply dengan TPPA.

Inilah yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Kerajaan perlu jujur memberi maklumat tentang kekurangan TPPA ini. Maklumat tentang kekurangan ini, jika ada, jangan disembunyikan.

Dalam hal ini, saya suka memetik nasihat George Santayana dalam The Life of Reason (1905) supaya kita belajar dari sejarah. Katanya: “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.”

Apa maksudnya? Belajarlah dari pengalaman penerangan GST. Dalam kes GST dahulu, kerajaan menyatakan GST menurunkan harga barang, tetapi realitiya apabila dilaksanakan tidak ada satu harga barangpun yang turun.

Jangan ulangi kesilapan ini. Bagitahu betul-betul untung ruginya TPPA ini kepada rakyat dan negara.

Jika rakyat tanya, apakah TPPA boleh menurunkan harga kereta dan menjamin kos ubatan tidak naik, maka jawablah dengan memberikan senario yang benar dan betul. Jangan over commit menyatakan tidak naik jika hakikatnya harga ubat dan kereta ditentukan oleh kausa pasaran.

In Sha Allah, memulakan sesuatu dengan langkah yang betul akan membuah hasil yang baik.

Di akhir analisisnya, saya dapati TPPA bukanlah ancaman untuk negara, tetapi cabaran untuk negara. Dengan hujah ini, saya menyokong TPPA. Salahkan saya?

I stand to be corrected. Salam.
Muhammad Agus Yusoff






3 Komen to Salahkah saya menyokong TPPA – Agus

  1. system baru says:

    Bagi aku akan Malaysia tapi malaysia kilang Malaysia tak boleh lagi bina barang murah kita kena bersiap sedia bina kilang buat berteknologi tinggi Dan bina teknologi baru, Cuba kita tengok APA berlaku kita tanda tangan dengan china pasaran bebas china Malaysia ini dulu ,kilang Malaysia tak lagi menghasilkan barangan murah. Kita akan bersaing dengan Thailand untuk mendapat pelaburan berteknologi tinggi, malaysia kena pastikan kilang milik Malaysia ini mengahasilkan barang berteknologi baru tampa bergantung pada pelabur luar.
    Ikut kajian aku ini barang murah Dari Vietnam Dan china menjadi persaing amerika. Barang teknologi syarikat amerika melabur di Thailand akan menjadi persaing kita. Kita Cuba korang tengok APA rancangan obama itu mereka Cuba kurangkan populasi penduduk amerika dengan perkahwinan sejenis jadi syarikat besar amerika akan melabur luar negara APA bila populasi mereka dikurangkan. Ia juga akan merugikan amerika itu. Bagi aku ubatan-ubat HIV Dan aids mengningkat hasil perkahwinan sejenis itu. Aku minta syarikat farmasutikal bersiap sedia menghasilkan ubat baru tampa bergantung pada ubat syarikat amerika dan euro itu, kerajaan mesti menyedia peruntukan untuk r&d untuk menghasilkan ubat baru tampa bergantung pada amerika Dan euro itu. Bagi syarikat amerika semua telah melabur di Thailand dalam bidang Kecantikan menghasil sabun Dan kebersih diri. Kita mesti mesti farmasutika Dan kercantikan berdaya saing

  2. dkds says:

    patutlah madey meroyan…syarat ketat penghasilan barangan kilang perlulah berkualiti…bila terkenangkan pada proton…mmg cerah nak menjunam ke longkang kalau tak ikut syarat ini

  3. ayam says:

    Btol la…melayu mana reti buat barang2 berkualiti…mmg masuk longkang melayu lepas ni…semua melayu bodo2 belaka. Analisis system baru mmg kelas la…begitu mendalam dgn fakta2 yg konkrit. Populasi akan berkurangan dgn perkahwinan sejenis dan malaysia mesti menghasilkan ubat aids sebagai eksport utama. Ubat2 lain mesti kena ada side effect kote jadi kecit supaya populasi amerika boleh terus dikurangkan. Semua melayu mesti bersiap-sedia dgn r&d utk ubat kote kecit.

Leave a Reply