Menu Utama

Salahguna Ayat Al-Quran: Bila Ahmad Awang Mahu Tempelak ‘Ustaz’ DAP Dan PKR?

ahmad awang amanah1

Penulis amat berminat dengan kenyataan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah), Ahmad Awang, yang tiba-tiba saja menyerang beberapa ‘ustaz’ dan ‘ulama’ yang dikatakan telah menghentam partinya dengan ‘menyalahgunakan’ ayat-ayat Al-Quran dan hadis.
O
Penulis bersetuju dengan kenyataan bekas Naib Presiden PAS yang ‘dinaikkan pangkat’ oleh Mat Sabu di dalam parti baru itu kerana firman-firman Allah mahupun hadis Rasulullah SAW itu tidak sepatutnya dijadikan senjata permainan politik yang bersifat duniawi.

Cuma apa yang penulis peliknya, setelah berpuluh tahun PAS menggunakan modal tersebut untuk mengelirukan fahaman dan ‘membeli undi’ dari umat Islam di Malaysia, baru hari ini Ahmad berkata begitu?

Berpuluh tahun Ahmad bersama PAS, baru semalam dia sedar? Itu pun setelah dihentam teruk oleh ‘ustaz-ustaz’ dan para ‘ulama’ berkenaan? Siapa agaknya gerangan ‘ustaz-ustaz’ dan ‘ulama’ yang dimaksudkan Ahmad itu? Boleh Ahmad jelaskan?

Sayugia sementelah Ahmad beretorik melepaskan amarahnya tentang ‘penyalahgunaan’ ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan hentam-menghentam dalam permainan politik itu, apa salahnya jika beliau melihat terlebih dahulu pada sahabat karibnya, DAP.

Pada PRU ke-13 dan pilihan-pilihan raya kecil sebelum ini, penulis melihat para pemimpin DAP begitu galak sekali menyalahgunakan firman-firman Allah dan hadis untuk menghentam musuh politik. Apatah lagi ia dilafazkan oleh pemimpin DAP yang bukan Islam!

nga baca al-quran

Penulis menyarankan supaya Ahmad bertanya pada ‘sahabat-sahabat sekapalnya’ itu apakah mereka mahir dengan ilmu tafsir Al-Quran dan hadis sebelum menyelitkan ayat-ayat suci dan sabda Rasulullah SAW itu ketika berceramah di pentas politik.

Sekiranya ‘ustaz-ustaz’ dan ‘ulama-ulama’ itu berani ditempelak Ahmad, apakah selaku Penasihat Umum Amanah maka beliau ‘bacul’ untuk membidas para pemimpin DAP berkenaan? Atau apakah Ahmad hanya mengamalkan ‘double standard’ beragenda tertentu dalam tempelaknya?

chan ming kai

Pada pandangan penulis, selaku seorang ‘ulama’ yang dikira sering menjadi ‘rujukan’ atau ‘marjaq’ Mat Sabu di dalam soal kefahaman agama, Ahmad perlu berlaku adil dalam mengatakan yang benar dan menidakkan yang batil. Bukan begitukah sepatutnya?

Atau disebabkan hal ‘politik’, maka Ahmad kecam ‘ustaz’ dan ‘ulama’ yang menghentam Amanah, tapi menghalalkan tindakan biadap pemimpin DAP dan PKR yang bukan beragama Islam yang sebelum ini ‘pelat-pelat berterabur’ melafazkan firman-firman Allah dan sabda Rasulullah SAW?

Justeru itu penulis memohon selaku seorang ‘ulama’ di dalam Amanah, Ahmad juga wajar menempelak mana-mana pemimpin DAP, PKR mahupun Amanah sendiri yang menyalahgunakan ayat Al-Quran atau hadis bagi tujuan menghentam seteru politik mereka.

Itu pun kalau tuan Penasihat Umum Amanah itu ‘adil’ dan berintegritilah dalam teguran beliau. Jika tidak mahu tempelak pun tidak mengapa. Namun kita ‘tahulah’ siapa Ahmad Awang yang popular dengan ‘tempelak berpilihnya’ itu, bukan? Ada berani tempelak?






Leave a Reply

Threesome