Menu Utama

ROMBAKAN : UMNO MENAMPAKKAN KESEDIANNYA BAGI MENGHADAPI PILIHAN RAYA

Oleh Dato’ Lokman Adam

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini menyaksikan Parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini mengorak langkah mengukuhkan jentera Penerangan serta pilihanrayanya.

Tan Sri Anuar Musa, Ketua Umno Bahagian Ketereh telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru bagi menggantikan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan yang diberikan mandat baru sebagai Pengerusi Biro IT. Ahmad juga dilantik sebagai
ahli MT bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini pernah ditawarkan kepada Ustaz Kazim Elias.

Selain daripada itu, jawatan Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO yang disandang oleh Dato Sri Shafie Apdal diganti dengan Dato Seri Azeez Rahim bagi memantapkan usaha menambah ahli UMNO dan mendaftar pemilih. Tempat Azeez sebagai Pengerusi Biro Kebajikan diambil alih oleh Dato Samsul Anuar Nasarah.

Bagi memastikan generasi muda diberikan tumpuan yang lebih mendalam, Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, Dato Razali Ibrahim telah dilantik mempengerusikan sebuah biro baru iaitu Biro IPTS. Penekanan juga turut diberikan terhadap pelajar-pelajar Malaysia diluar Negara melalui pembentukan Biro Pelajar Luar Negara yang diPengerusikan oleh Dato Sri Reezal Merican Naina Merican. Timbalan Menteri Kewangan, Dato Johari Ghani pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi UMNO.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi kali ini juga memberikan isyarat yang jelas bahawa Dato Sri Mukriz Mahathir mungkin tidak akan dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Ini memandangkan beliau tidak dijemput menghadiri mesyuarat MT Umno kali ini. Malangnya, walaupun tidak diundang, Mukriz tetap hadir sehingga memaksa Setiausaha Agong mengarahkan agar mereka yang tidak diundang meninggalkan Mesyuarat. Kedegilan Mukriz ini dilihat sebagai satu cubaan untuk menagih simpati seolah-olah beliau dihalau keluar. Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Mukriz bukan Ahli MT, sebaliknya hanya berstatus turut hadir selaku Pengerusi Perhubungan. Jika Presiden mahukan Pengerusi yang baru, maka hilanglah kelayakan beliau untuk menyertai Mesyuarat MT lagi.






5 Komen to ROMBAKAN : UMNO MENAMPAKKAN KESEDIANNYA BAGI MENGHADAPI PILIHAN RAYA

  1. Memang Terok says:

    Bapak Mukhriz sudah bersuara atau belum mengenai anaknya yang semakin hari dilihat semakin melukut ditepi gantang. Itu lah fitrahnya dalam kerjaya politik dan seharusnya tidak ada siapa yang perlu berlagak bongkak jika berada dalam politik.

    Pencaturan kerjaya politik jauh berbeza dengan kerjaya dalam badan kerajaan mahupun firma swasta dimana pekerja diberi kontrak atau surat perlantikan resmi. POlitik walaupun ada perlantikan hitam putih tetapi taraf hitam putih itu taraf lease hold bukan free hold. Termination boleh dibuat atas jurisdiuction ketua dan juga orang bawahan. Dalam kes Mukhriz orang bawah yang singkir dia bukan ketua.

    Akur sajalah. Tak ada siapa yang lebih besar dari suara majoriti dan yang paling perlu diingat jika dia beriman , tak ada siapa yang boleh menidak kehendak Allah.

  2. Memang Terok says:

    Boleh kita andai disini bahawa Mukhriz tidak akan berpeluang selagi PM Najib duduk sebagai PM ? Begitu ? Ye kita memang berharap begitu.

    Mungkin Mukhriz bagus, baik dan berpengaroh tapi harus diingat sebaik mana pun dia boleh terus dilupakan kerana when his father speaks Mukhriz speaks.

    Speaks against Najib, his boss. So what the fook man.

  3. geekpuk2 says:

    PRU14 lambat lagi

    Kalau buat sekarang mampuih kita sebab suaana di akar umbi amat membimbangkan. Penolakan terhadap Presiden adalah amat ketara.

  4. hadi wahab says:

    mana dia sikap budi bahasa org2 melayu.utk org2 di atas sana ini smua tak penting,yg mesti dilakukan ialah menyingkirkan dato sri muhkriz sebagai mb.walaupun apa isu dijemput hadir atau tidak,setidak2nya ada sifat menghormati dato sri sebagai mb kedah skrg.memang bebal pimimpin umno skrg dgn pm najib.klau melihat rombakan biro2 umno lahni,memang ke lubang taik lah umno pada pru 14.muka2 yg terpalit kebencian rakyat masih diberi tugas tersebut.melayu tikam melayu,nilah yg berlaku didepan mata kita skrg.sebab jawatan,cash is king mata smua telah dibutakan oleh allah taala.klau senario ini berlanjutan dlm 2 atau 3 tahun,sad 2 said bye2 umno n bn.

  5. Mazlan says:

    …he thought his boss is his old man, silap langkah…his old man is his father only, not his boss…

Leave a Reply

Threesome