Menu Utama

RM2.6 Bilion Pertahankan Melayu-Bumiputera, Disalak, RM1.2 Bilion Serang Perlembagaan Disorok

dap

Cerita tentang RM2.6 bilion sudah semakin berlarutan. Puak yang sebelum ini, sampai tergeliat lidah menghafal nama-nama syarikat yang dikaitkan dengan Jho Lo, malah ada yang cuba buat gempar kononnya Najib akan ditangkap oleh FBI, didakwa di bawah RICO dan Patriot Act Amerika Syarikat, hari ini sudah mula bersalin kulit. Mereka langsung tidak mengaitkan penyelewengan wang 1MDB dalam isu RM2.6 bilion, sebaliknya mempersoalkan motif Najib menerima wang tersebut dan mengembalikannya.

Orang yang paling kalut tentang RM2.6 bilion tersebut dan cuba untuk mempertikaikannya adalah Tony Pua, Rafizi Ramli sebelum Tun Dr. Mahathir dan puak-puak mereka menyertai aliran besar yang seronok bercakap tentang wang berkenaan.

Apa-apa sahaja penjelasan yang diberikan, tidak satu pun diterima. Malah dikatakan dan dicop sebagai satu pembohongan semata-mata.

Peguam Negara berbohong. PDRM berbohong. SPRM tidak cekap. Pendek kata, segala-galanya negatif!

Namun pada masa yang sama, satu lagi berita yang tidak kurang menariknya, iaitu wang derma yang diterima oleh DAP daripada Zionis Israel berjumlah RM1.2 bilion untuk projek PRU-13 yang digunakan untuk mengubah Perlembagaan Malaysia, khususnya yang membabitkan Artikel 3, Artikel 11, Artikel 32, Artikel 70, Artikel 89 dan yang paling utama, Artikel 152 dan Artikel 153.

Pengakuan yang dibuat oleh Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendakwa dia adalah bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu dalam DAP yang dibuat beberapa tahun lalu selain beberapa pendedahan lain, langsung tidak dipedulikan oleh DAP. Malah, Lim Guan Eng dan kebanyakan pemimpin DAP yang cukup peka untuk menyaman sesiapa sahaja, termasuklah ahli-ahli parti sendiri seandainya pendedahan dibuat, bersikap amat pasif dalam hal ini.

Sebaliknya, DAP lebih berminat untuk memperkatakan tentang derma politik yang diterima oleh Perdana Menteri, mengacau dan cubaan melumpuhkan operasi Lembaga Tabung Haji menerusi hakisan kepercayaan kepada entiti tersebut. DAP sentiasa mencari-cari isu untuk dicungkil dan dipopularkan bagi melindungi cerita tentang Derma Politik RM1.2 bilion yang mereka terima daripada Israel.

Hanya penafian-penafian kecil yang dibuat oleh Lim Kit Siang dan Tony Pua tentang isu RM1.2 bilion. Paling lebih pun, sekadar satu gertakan untuk menyaman Dr. Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang digembar-gemburkan tetapi akhirnya tiada tindakan susulan.

Kalau Najib begitu terbuka dan membenarkan penyiasatan dilakukan kemudian terhasil daripada siasatan tersebut, bukti-bukti ditampilkan bahawa tiada sebarang elemen jenayah rasuah dan salahguna dilakukan, mengapa pula DAP langsung tidak berani meminta agar mereka disiasat bagi membersihkan dakwaan tentang RM1.2 bilion yang didakwa telah didermakan oleh Zionis Israel kepada mereka?

Mengapa sehingga ke hari ini, DAP terus tutup mulut?

Dan mengapa pula, golongan yang begitu kreatif mengorek satu persatu tentang RM2.6 bilion kemudian mempertikaikan tentang pemulangan baki wang yang tidak digunakan dengan menyandarkan kepada diri mereka sendiri, langsung tidak berkemampuan untuk mengorek dan memperkatakan tentang RM1.2 bilion membabitkan DAP?



(Next News) »



16 Komen to RM2.6 Bilion Pertahankan Melayu-Bumiputera, Disalak, RM1.2 Bilion Serang Perlembagaan Disorok

  1. Anak_Nogori says:

    Mana protun?…dah jadi setan bisu yee.

  2. system baru says:

    Paderi LGBT yg yahudi beli nak murtad kita pederi berasal Dari amerika. Ada seorang paderi Kristen Ortodoks Russia menasihat supaya rakyat amerika berhati2 Golagan mengunakan beragama untuk kepentingan LGBT, Cuba kita tengok baru ada golongan LGBT nak berkahwin sejenis di gereja di Malaysia nasib baik perkara ini di halang oleh Rakyat malaysia. Cuba tengok siapa pejuangan LGBT semua Dari dap, mereka Cuba mengunakan agama untuk kepentingan pribadi. Aku tak rasa heren jika father gay,Ustaz gay berasal Dari dap itu muncul. Kita berhati2 dengan nya.

    Aku rasa rancangan dap nak lahirkan golongan liberal agama dan benarkan LBGT di benarkan
    Oleh itu kita berhati2 tak mustahil ada father gay ada di kalangan pemimpin dap itu
    Sebagai orang Islam kita tak mahu budaya empayar rom demokasi amerika merebak ke Malaysia ini
    Dap ini telah tunduk pada yahudi lihat apa belaku di amerika agama Kristin mainkan sampaikan LGBT benarkan di amerika. Korang tengok apa terjadi golongan agama dibeli oleh yahudi amerika itu

  3. Gengrembau says:

    Bile ye arab saudi dah sahkan? Ade rujukan ker? Sapa mamat yang sahkan tu?
    Nak tau jugak aku.. Kalu setakat source yang boleh dipercayai.. Rakyat smart sure nyampah nyer.. Dier nak nama dan jawatan mat arab yang sah kan tu.. Tak caya tanyer rakyat smart yang makan dedak tu….

    Bab dap dan israel ni memang gampang…aku sokong lawan dier org.

  4. Pemerhati says:

    tu lah makan lagi babi banyak2 kan bodoh ‘gengrembau’

    semasa membuat sisatan SPRM ada menghantar pegawai mereka pergi berjumpa si penderma, jumpa penderma untuk apa? cuba ‘gengrembau’ jawab?

    SPRM hantar pegawai pergi jumpa si penderma selepas itu mengesahan RM2.6 bilion itu dari sumbangan kerajaan Arab Saudi…pengesahan ke 2 dibuat oleh kerajaan Arab Saudi menerusi BBC yang sudah tentu luas publisiti(antarabangsa) mengenai pemberitahuannya atau boleh dikata pengesahannya

    nak suruh mamat mana pulak sahkan lagi? nak suruh mamat yang main burit omak ‘gengrembau’ sahkan ke?

  5. Gengrembau says:

    Hehehe

    Biasalah pemakan dedak dah tak leh spin
    Mencarut la macam biasa.
    Bukan aku tanyer la.. Tapi rakyat smart .. Geng dedak hang la
    Pi la carut kat dier
    Heheheheheehe
    Dedak kurang so start cakar cakr la ni…
    Hehehehe.
    Nasdaq pun luas gak publisiti dier.. Nasdaq quoted ministry saudi kater dier org tak penah buat masukkan duit dlm personal account ketua negara.. So bole le pakai la yer
    Hehehehe

  6. Anak_Nogori says:

    Yg madey p8 mana plak..takkan jd setan bisu gak.

  7. Pemerhati says:

    kalau tak ambil mudah je DAP nak suruh israel nafi ada beri RM1.4 bilion…kalau tak nak guna media terkenal antarabangsa seperti BBC, WSJ dll untuk membuat penafian, DAP boleh menyuruh israel guna media lidah rasmi mereka juga di Malaysia untuk membuat penafian…tak pun, guna mamak kutty madey sudah boleh boleh, apa susah sangat?

    tak faham aku kenapa bapak babi, anak babi & babi2 dalam DAPigs begitu bodoh tak tahu nak buat ‘penafian menyakinkan’ guna cadangan yang aku berikan diatas

  8. Pemerhati says:

    ‘rakyat smart’ tu nenek ‘gengrembau’ ke? takde pun aku tengok ‘rakyat smart’ ada buat komen(pertanyaan) dalam artikel ini…ni mesti ‘gengrembau’ mabok todi

  9. system baru says:

    grembau versi nama abuya ayam baru tak korang tak faham tengok tulis dia je dah tahu.
    Sepatut ayam Tanya kenapa terisa kok, kenapa masuk duit ke akuan peribadi. Kalau orang sokong calon bukan sokong parti, dia akan masuk Wang itu pada akuan peribadi itu, dia punya hak lah. Di amerika pun benarkan mana2 calon buka akuan pribadi untuk dia bertanding jawatan president Dan jawatan printing di amerika, sebab itu isreal ambil peluang labur duit untuk sokong parti dua2 parti akan lindungi isreal itu. Masalah adakah dap benarkan ke?akuan pribadi dia tengok oleh sprm jika itu,

    cadangan aku individu nak bertanding untuk gunakan akaun pribadi mesti di benarkan dilihat akuan di sprm Dan spr aku tengok dap sokong tak undang2 itu

    Dalam undang2 tak salah Sebab aku setuju akaun pribadi di gunakan untuk berkempin. Tapi kena ikut peraturan. sampaikan dap hubungan dengan negara haram isreal ,tak akan kita biarkan dap iktiraf isreal negara haram , dap tak tahu undang2 negara ,palimen malaysia telah menentukan isreal adalah haram tak harus ada hubungan, ia telah tetap oleh palimen dulu lagi

  10. Burung Kakak Tua says:

    Pemerhati. Banyak bersabau.

    Memang Terok dah bagitau dua golongan yg tak perlu d layan sebelum ni, dia terlupa ada satu golongan Ahmad Nisfu dalam cerita P. Ramlee – Antara 2 Darjat. Golongan ni buat abih kan boreh je berhujah dgn depa. Almaklum la , Kepala dah masuk air. ROTFL

  11. Gengrembau says:

    Hehehehe
    Pemerhati tau baca satu article aje.
    Rakyat smart geng makan dedak mcm dier pun dia balun jugak
    Hehehehe
    Lepas itu burung kakak tua… Retrorik.. Mmg mcm burung tu
    Hehehehehehe
    Burung kakak tua pun makan dedak jugak??? Ish ish ish

    Tulah korang. Penyamun depan mata sokong.
    Sepatut tangkap aje penyamun tu..
    Ha sekarang … Kalu kamu tak geng penyamun
    Seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan.
    Dinturtle blog dah kene block dah…
    Hehehehehe
    Kalu pak lah half past six
    Sekarang cash is king.. Yeah dedak banyak 2.6billion butir… Hehehehehe

  12. jebon says:

    DAP mmg dah lama dapat tajaan puak kafirun dan Yahudi, itu dah pasti dan rakyat mmg dah tahu.

    2.6b, ini melibatkan pemimpin negara tertinggi, seorg Islam.

    Tapi penjelasan Najib drpd hari pertama WSJ pecah tembelang, nampak sgt menipu dan merapu.

    Adakah Najib yg kita harapkan sebagai pemimpin rakyat juga berperangai mcm syaitan2 DAP dan puak liberal?
    Kalau begitu, di mana bezanya Najib dgn puak lahanat tersebut?

    Rakyat bertanya, menegur, kritik adalah bersebab kerana mereka bimbang, kuasa Melayu, maruah Islam dan negara akan tumbang jika tidak dikendali dgn betul.

    Bukti2 banyak menunjukkan Najib memang gagal dlm integriti dan daya kepimpinan.
    Lihat saja keputusan PRU13.
    Lihat saja di FB Najib sendiri.
    Turun saja ke kelompok2 marhaean, tinjau apa pendapat mereka ttg prestasi Najib.

    Adalah sgt bodoh memburuk2kan DAP dan sekutu2nya, tapi dgn terang lagi bersuluh, Najib telah memberi ‘lesen’ besar kpd celaka2 ini menghina Islam, Melayu, Sultan2 dan perlembagaan negara dengan memansuhkan ISA.

    Paling lawak, barisan Baju Merah tajaan Najib, buat usul dlm resolusi, minta Najib kembalikan ISA.

    Macam sial bunyinya.

  13. Mazlan says:

    …WSJ cakap 100b hilang masa zaman mahafiraun…tak menyalak pun anjing2 ka atas…

  14. Meriam Buluh says:

    jebon wrote:
    “Bukti2 banyak menunjukkan Najib memang gagal dlm integriti dan daya kepimpinan.
    Lihat saja keputusan PRU13.
    Lihat saja di FB Najib sendiri.
    Turun saja ke kelompok2 marhaean, tinjau apa pendapat mereka ttg prestasi Najib.”

    kat atas ni bukti kemahiran berfikir aras lutut seorang penyibuk mykmu bernama jebon.

  15. rakyat smart says:

    Benda wang Arab Saudi ni benda sensitif. Aku pun mengaku benda ni dalam grey area sebab melibatkan agenda politik antarabangsa.
    Jadi dengan tidak ada penafian daripada Arab Saudi cukup untuk kita simpulkan memang terjadi. Senyap maksudnya ya.

  16. system baru says:

    Kalau guna nama beza2 ,orang sama itu pandai menipu,itu cara jebon Dan ayam seangkatan dengan nya, macam kita orang tak tahu tahu cara ayam itu tengok tulis pun dah tahu orang cara sama gunakan.

Leave a Reply

Threesome