Menu Utama

Riyadh sokong pemimpin 
Islam sederhana seperti Najib

Dana lebih RM2 bilion oleh Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak me­nunjukkan sokongan Riyadh kepada pemimpin Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam perjuangan mengekang ekstremisme di seluruh dunia, menurut The Telegraph.

Akhbar British itu, dalam laporan oleh wartawan Con Coughlin, berkata banyak negara Arab yang pro-Barat seperti Jordan, Maghribi dan Mesir, sebelum ini merupakan penerima sumbangan Arab Saudi ketika mereka berusaha untuk membendung pengaruh fahaman ekstremisme.

“Ketika ISIL (atau Daesh) menggunakan berjuta-juta dolar yang dirampasnya dari bank-bank Arab yang dijarah dan operasi penyeludupan minyak yang lumayan untuk membiayai penularan ideologi ekstremisme Islam, inisiatif Arab Saudi untuk membiayai pemimpin Islam yang berfahaman sederhana menunjukkan betapa pentingnya untuk membendung pengaruh ekstremis yang menaja keganasan,” kata beliau.

Artikel itu menyatakan bahawa Malaysia, yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam, juga menjadi sasaran kumpulan ekstremis Islam, dan Najib telah diberi pujian atas pendiriannya yang berani menentang ekstremisme.

Ia menegaskan bahawa perdana menteri sendiri adalah antara beberapa orang menteri dari Malaysia yang berada dalam senarai serangan Daesh.

Coughlin berkata Riyadh menunjukkan kecenderungan untuk menyekat pengaruh ekstremisme Islam di Asia Tenggara apabila awal bulan ini, pengganas yang dibiayai oleh Daesh melancarkan serangan bom di ibu negara Indonesia, Jakarta.

Beliau berkata siasatan baru-baru ini, yang membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan dana politik itu, menawarkan apa yang disifatkannya sebagai gambaran menarik mengenai perang rahsia yang dilancarkan oleh Arab Saudi untuk membendung pengaruh ekstremis yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Coughlin berkata sejak kemunculan Daesh di Syria dan Iraq, pengkritik yang berhaluan kiri seperti pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn secara konsisten menuduh Arab Saudi membiayai Daesh dan kumpulan-kumpulan ekstremisme Islam yang lain.

“Tetapi siasatan terhadap Najib menunjukkan keadaan sebaliknya, dan bahawa, kerajaan Saudi secara senyap-senyap menyokong pemimpin Islam yang mengamalkan kesederhanaan di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi ancaman global yang dicetuskan oleh ekstremisme berinspirasi Islam,” tulis beliau.

BERNAMA






Leave a Reply

Threesome