Menu Utama

#PRNSarawak: Berapa Kerusi PKR Hendak Beri Pada PAS dan Amanah?

wanazizah120914

Pada Mac tahun ini, dijangka bakal berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang membawa maksud Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bakal dibubarkan dan rakyat di negeri itu berpeluang untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi penggal berikutnya.

Pun begitu, apa yang bakal berlaku pada PRN Sarawak nanti dikatakan bakal menguji kepimpinan Tan Sri Adenan Satem yang pertama kalinya mengetuai pilihan raya negeri itu buat pertama kali sejak mengambil alih dari bekas Ketua Menteri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ekoran dari beberapa pembaharuan, transformasi, pelan pembangunan dan beberapa isu yang berjaya diselesaikan dengan baik oleh Adenan sejak menjadi Ketua Menteri, dijangka Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi kesukaran untuk kekal sebagai kerajaan yang menabur budi di bumi kenyalang itu.

Sebaliknya pada jangkaan penulis, medan PRN Sarawak kali ini merupakan satu cabaran bagi parti-parti pembangkang khususnya berhubung pertembungan antara parti yang membentuk Pakatan Harapan seperti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan PAS yang kini berjuang secara solo.

Paling genting ialah membabitkan perebutan kerusi yang bakal ditandingi oleh Pakatan Harapan dan PAS. Sebagaimana maklum, PAS telah menegaskan bahawa mereka tidak akan sesekali berkompromi dengan DAP dan Amanah. DAP dan Amanah juga sama begitu, tidak akan bertolak ansur dengan PAS.

PKR pula yang cuba bertindak sebagai ‘hero’ dengan menjadi ‘orang tengah’, kononnya cuba mengelak dari pertembungan tiga penjuru membabitkan Pakatan Harapan, PAS dan BN. Kata PKR, ia masih ‘terlalu awal’ untuk memikirkan tentang pembahagian kerusi…

Pada PRN Sarawak yang lalu, PAS cuma bertanding di 5 kerusi DUN membabitkan Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro. Pada Disember lalu, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee mengumumkan bakal bertanding di 11 DUN pada pilihan raya negeri kali ini.

Antara yang DUN yang disebut Jofri yang dijangkal bakal ditandingi PAS ialah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai,Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa DUN lain yang akan dipertimbangkan. Dari senarai tersebut, cuma DUN Tanjong Batu yang tidak disebut statusnya.

Jofri_Jaraiee_1

Dengan pengumuman tersebut, maka jelaslah bahawa PAS bukan saja bakal kekal bertanding di kelima kerusi DUN yang mereka tandingi sebelum ini, malah menggandakan calon mereka dengan penambahan sebanyak 6 lagi kerusi DUN yang bakal ditandingi.

Maka secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa PAS bakal bertanding lebih dari 6 DUN lain yang memungkinkan berlakunya pertandingan 3 penjuru. Soalnya, kerusi siapakah yang bakal menjadi ‘mangsa’ PAS nanti? DAP, PKR atau Amanah?

Pada pandangan penulis, sudah tentu DAP akan bertanding di DUN yang menjadi kebiasaan mereka dan rasanya PAS pun kurang berminat untuk bertanding di kawasan yang ditandingi DAP memandangkan kawasan tersebut majoriti pengundinya bukan beragama Islam.

Bagaimana dengan kerusi PKR? Sudi ‘berkorban’ kerusi berikan kepada PAS? Berapa banyak kerusi yang sanggup PKR beri pada PAS untuk ditandingi? Lebih dari 6 kerusi? Tidak mengamukkah nanti PKR Sarawak jika ‘dicantas’? Serba salah? Berilah sedikit dari 49 kerusi PKR pada PAS dan Amanah, bolehkan? PKRkan ‘hero’, dari 49 kerusi pun hanya 3 saja yang dimenangi PKR, kan? Bukannya PKR kuat sangat pun di sana…

baru-bian-1

Dan sudah tentunya Amanah juga mahu ‘test power’ di PRN Sarawak kali ini, bukan? Dari siapa Amanah akan dapat kerusi? Dari DAP atau PKR? Rasanya tidak mungkin Amanah cuba dapatkan kerusi dari DAP berdasarkan majoriti pengundi, bukan? Amanah akan dapat berapa kerusi dari PKR agaknya? 3 kerusi DUN? Atau 5 kerusi DUN?

Maksud penulis, berkemungkinan besar PKR bakal menjadi ‘mangsa’ di Sarawak kali ini. Kerusi yang ditandingi PKR mungkin ditagih oleh PAS dan Amanah sekiranya pihak pembangkang cuba mengelak berlakunya pertandingan 3 penjuru. Soalnya, mahukah PKR berikan kerusi mereka kepada PAS atau Amanah?

Pada pandangan penulis, pertandingan 3 penjuru tidak akan dapat dielak pada PRN Sarawak kali ini. PAS nampaknya tidak akan tunduk pada DAP mahupun Amanah, manakala PKR pula bakal menjadi ‘korban’ jika cuba menjadi ‘hero’ dalam kemelut perebutan kerusi nanti. Dan penulis optimis, PKR tidak akan sanggup jadi ‘hero’ pun…

Jadi, tidak perlulah PKR beri alasan kononnya ‘masih awal’ untuk dibincangkan tentang pembahagian kerusi yang bakal ditandingi pada PRN Sarawak nanti. Cakap sajalah Pakatan Harapan, khususnya Datuk Seri Wan Azizah sedang bingung memikirkan soal tersebut, kan?

mat-sabu-gelak

Itu baru soal pembahagian kerusi, tapi sudah pening kepala. Bagaimana hendak hadapi majoriti rakyat Sarawak yang sedang memuji dan begitu selesa dengan kepimpinan Adenan? Bertambah peninglah kepala, bukan?

Mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjerit ‘lawan tetap lawan’ di dalam penjara di Sungai Buloh. Namun harap-harapnya isterinya di luar tidak pula menjerit ‘pening tetap pening’ dan kemudian ‘kalah tetap kalah’ selepas PRN Sarawak nanti, kan?






Satu Komen to #PRNSarawak: Berapa Kerusi PKR Hendak Beri Pada PAS dan Amanah?

  1. Pemerhati says:

    PAS pusat tak payah kata akan pertimbangkan tak payah kata nak kaji dulu, benarkan/luluskan sahaja kehendak PAS Sarawak itu!

Leave a Reply

Threesome