Menu Utama

PM Perlu Dengar Nasihat Dari ‘Pakar Ekonomi Dunia Dr Mahfooz Ibnu Omar’ Ini…

ekonomi-Malaysia

Seorang ‘pakar ekonomi bertaraf dunia’ yang dikenali sebagai ‘Profesor EmeRatus Ribu Trilion Dr. Ir. Mahfooz Ibnu Omar’ mempertikai langkah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mahu menyemak semula Bajet 2016 ekoran kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.

Kata ‘pemegang 800 ijazah sarjana muda Ekonomi, 400 ijazah sarjana dan 200 ijazah kedoktoran dari Yale, Harvard, Oxford, Cambridge dan ratusan universiti terkemuka dunia’ itu, Najib dan kabinetnya gagal membuat jangkaan ekonomi yang tepat ketika merangka bajet walaupun memiliki pelbagai agensi kerajaan untuk membantu.

Kerana itulah ‘pakar ekonomi’ itu mengatakan kononnya kabinet Malaysia dipenuhi oleh ‘tikus dan lipas’. Lebih kurang begitulah yang penulis baca tentang ‘serangan’ hebat dari ‘pakar ekonomi’ yang menjadi rujukan seluruh universiti di dunia itu dari sebuah portal pro-pembangkang…

Pada pandangan penulis yang hanya belajar ‘ekonomi rumahtangga’, kenyataan Mahfooz itu perlu di’take note’ oleh semua sarjana dunia dalam bidang ekonomi kerana ia sangat berbentuk akademik dan berasaskan fakta yang sangat tepat.

Pada pandangan penulis lagi, tokoh ekonomi seperti inilah yang diperlukan negara dunia sebagai ‘Menteri Kewangan’ ekoran kebolehannya yang mampu menjangka sebarang jangkaan ekonomi sama ada makro atau mikro dengan menggunakan ‘mikroskop’.

econs

Penulis yakin bahawa beliau mampu meramal dengan tepat tentang turun naik harga minyak di pasaran dunia. Jika tidak percaya, sesiapa saja boleh tanya beliau tentang harga minyak dunia pada tarikh 1 Februari ini atau 1 Februari 2017. Penulis yakin bacaannya ‘tepat’, tidak lari satu sen pun!

Selaku seorang ‘pakar ekonomi tersohor di antara planet dan cakrawala’ dan bijak mengeja ‘lunch’ menjadi ‘launch’, segala jangkaan beliau tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak dan tidak boleh dikaji semula. Muktamad dan tidak ada dakwa-dakwi, atau semakan semula.

Dahulu sewaktu beliau menjadi ‘pakar politik’, beliau pernah menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat akan bersemi selama-lamanya dan beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan tempat Najib.

Namun entah apa yang terjadi dan di mana silapnya, tiba-tiba saja Pakatan Rakyat dilaporkan telah ‘ditalkinkan’ dan ‘dikebumikan’ oleh DAP. Bukan itu saja, malah sahabat-sahabat karibnya ramai yang keluar parti dan menubuhkan parti baharu yang namanya amat sinonim dengan Amanah Saham Nasional (ASN).

econs1

Pada pandangan penulis, sesiapa pun tidak dapat meramal masa depan dengan tepat kecuali Allah SWT. Begitu juga dalam meramal harga minyak di pasaran dunia dalam keadaan ekonomi antarabangsa yang tidak stabil.

Apatah lagi Bajet 2016 itu pun antara maksudnya adalah anggaran perbelanjaan tahunan negara, bukan? Bila wujud perkataan ‘anggaran’ dan ‘jangkaan’, maka sudah tentu ia merupakan sesuatu yang bersifat subjektif dan berkemungkinan berubah.

Jadi, bagi memastikan keadaan ekonomi negara mengikut landasan yang tidak betul dan tidak menjejaskan rakyat pada tahun-tahun berikutnya, apa salahnya jika Najib menyemak semula Bajet 2016?

Pada pandangan penulis, jika bajet Kohilal pun tidak mampu diuruskan dengan baik, maka simpanlah ‘tikus, lipas, cengkerik dan cacing kerawit’ itu di dalam kabinet dapur di Pokok Sena. Sekurang-kurangnya boleh juga dibuat umpan mengail ikan kaloi di belakang rumah, kan?






4 Komen to PM Perlu Dengar Nasihat Dari ‘Pakar Ekonomi Dunia Dr Mahfooz Ibnu Omar’ Ini…

  1. gengtu says:

    Hello!! Hello! Hello sirul…

  2. Safar says:

    Kalau kita ikut cakap pakar serba tahu ni satu kerja pun tak jadi. Cakap je berdegar-degar tapi ekor penuh n………s!!!!!!

  3. Pemerhati says:

    toyol pun dia biasa simpan dalam kabinet dapur sebab itu duit kohilal hilang….simpan tikus, lipas, cengkerik & cacing kerawit tu bagi upah makan snek pada toyol kat dalam kabinet dapur juga

    senyap pulak musibat itu tak hello hello lagi pada sirul di ostalia

  4. Jack says:

    Prof Dr Mahfooz?? Oooo baru ingat. Prof Hello hello Sirul hello hello tu ke. Bukan haritu dia kata Budget 2016 tak betul ke. Sekarang dah tak bagi tukar pulak?

Leave a Reply