Menu Utama

Pihak tertentu mahu peralat Sirul Azhar untuk tujuan politik

Pihak tertentu sejak beberapa bulan lalu dikesan cuba mempengaruhi dan memperalatkan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bagi tujuan politik di negara ini.

Perbuatan pihak yang terdiri daripada orang perseorangan serta kumpulan itu didedahkan peguam Sirul Azhar, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican selepas dimaklumkan sendiri oleh anak guamnya.

Mereka bagaimanapun buat masa ini tidak bercadang mendedahkan identiti individu serta kumpulan terbabit, tetapi mengesahkan pihak itu telah beberapa kali menghubungi dan cuba menemui Sirul Azhar di Australia.

“Individu dan kumpulan ini mempunyai motif politik. Mereka antara lain cuba menyogok Sirul Azhar dengan menawarkan penyelesaian undang-undang selain mempengaruhi Sirul Azhar untuk menyingkirkan kami sebagai peguamnya.

“Mereka menghubungi Sirul Azhar beberapa kali dari dalam dan luar negara. Cubaan untuk menemui Sirul Azhar juga beberapa kali dibuat tetapi tidak berjaya kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Australia.

“Kami memandang serius dan barisan peguam di Australia sudah memberi nasihat kepada Sirul Azhar. Kami juga sudah menghubungi Sirul Azhar dan jelas dia sangat tidak selesa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang bertindak menghubungi Sirul Azhar serta menemui ibunya, selain terus mengitar semula isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, tetapi bekas anggota UTK itu bertindak melarikan diri ke Australia.

Kepada soalan mengenai keadaan terkini Sirul Azhar, Kamarul Hisham memberitahu, anak guamnya itu berada dalam keadaan sihat dan mendapat layanan baik daripada pihak Imigresen Australia.

“Sirul Azhar dalam proses mendapatkan Visa Perlindungan Australia dan sebab itu, anak guam saya dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenya­taan yang boleh menjejaskan pulangnya mendapatkan visa itu,” katanya.

Utusan






5 Komen to Pihak tertentu mahu peralat Sirul Azhar untuk tujuan politik

  1. dkds says:

    Elok dibawa segera ke Malaysia untuk menyelesaikan hukumanya.

  2. jebon says:

    Cuma nak tanya.

    Apa motif Sirul utk membunuh Altantuya?
    Cemburu?
    Hutang?
    Suka2?

  3. james bond says:

    Disaat kita sibuk dgn berpolitik yang tiada kesudahan, syarikat Cina semakin bertambah banyak di Malaysia. Bila syarikat China bertambah, maka bilangan orang Cina juga akan bertambah. Agak2 diaorang nak pilih Umno ke sebagai pemerintah.

  4. sman says:

    jebon,

    Pembunuh upahan pun tak ada motif terhadap orang yg di bunuhnya.Kalau nak tahu berkaitan dgn kes ini ,bacalah penghakiman penuh mahkamah berkaitan.Dan kalau tak puas hati buatlah lapuran polis terhadap orang yg jebon syaki,kemukakan bukti baru utk menyanggah keputusan mahkamah,jangan di ulang-ulang benda yg sama,2×5 macam Mahathir juga.Bukti tak ada.Kesian sungguh.Tahun baru dah berlalu,Najib tetap PM Malaysia.Kau orang sakit hatikan?.

  5. Memang Terok says:

    Apabila sesaorang telah dituduh atas perbuatan salahlaku seks, walau pun diiring dengan tentangan dan penafian yang kuat oleh pengikut2nya … akhirnya kita lihat tertuduh itu disabitkan juga dan kini sedang menjalani hukuman.

    Dipihak yang lain pula dituduh dengan berbagai2 skandal. Dituduh membunuh, dituduh rasuah, tidak jujur dan amanah. Dituduh seleweng, dituduh memutarbelit. Tuduh2an itu dikuatkan dengan akuan bersumpah (SD) oleh beberapa individu. SD itu pulak telah ditukar berkali2. Diubah isi, SD pertama dibuat untuk membatalkan SD kedua dan begitulah seterusnya berlaku . Namun apa yang kita lihat OKT- orang kena tuduh masih disitu- ditempat sama dimana beliau berada tanpa berganjak walau sedikit.

    Baik, orang akan bercakap bahawa , itu kerana dia orang nombor satu. Bila nombor satu kuasa dia tentu lebih untuk menafi, tukar fakta , tukar pegawai, buang pegawai dan akhirnya tiada apa yang boleh orang buat keatas beliau.

    Tapi dengan ‘kuasa’ nombor satu itu- tidakkah lebih baik keliau terus saja sumbat semua orang yang buat cerita. Terus tangkap master mind yang mula2 sebut tentang hal itu. Kenapa itu tidak dilakukan ??? Kenapa tidak bertindak dengan kuasa yang ada tapi memilih untuk mendengar dan diancam dengan segala tohmahan yang begitu dahsyat sekali sekalanya . Adakah kerana kuasa nombor satu pun terhad ?? Kalau terhad maknanya beliau jugak boleh didakwa atas salah laku (??). Soalannya lagi kenapa masih tiada pendakwaan hingga kini?. Malah apa yang sering didengar hingga kini adalah pengakuan demi pengakuan dari individu yang terlibat iaini, itu sebenenarnya tidak betul. Itu sebenarnya kerana dia disuruh reka cerita dan berbagai lagi .

    Kesimpulan nya disini apa yang berlaku terhadap nombor satu hanyalah pembohongan semata, hanya konspirasi semata yang ingin melihat kejatuhan beliau.Dan kerana ketiadaan fakta lain, kita hendak dan terus katakan begitu.

    Waalahu alam.

Leave a Reply

Threesome