Menu Utama

Perbahasan mengenai TPPA diteruskan sehingga Malaysia tandatangani pada tahun 2018

Perbahasan mengenai penambahbaikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan diteruskan sehingga negara menandatangi perjanjian itu pada 2018.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat terhadap perkara itu sehingga ia benar-benar dapat diterima demi kepentingan negara secara keseluruhan.

Malaysia masih mempunyai banyak masa untuk mendengar pandangan rakyat sebelum ia ditandatangani pada 2018, namun persidangan khas Dewan Rakyat selama dua hari mengenai TPPA adalah amat penting, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan mengenai penambahbaikan TPPA bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di sini pada Selasa.

“Kita ada masa dua hari, iaitu pada 26 dan 27 Januari depan untuk bahaskan perkara ini (di Dewan Rakyat) sebelum muktamadkan perjanjian ini.

“Kalau dua hari itu kita benar-benar terbuka melihat kepentingan TPPA, ia memadai untuk memberi persetujuan sama ada meneruskannya atau tidak,” katanya.

“Yang penting dua hari ni nak sain atau tidak…selepas itu perbahasan masih boleh diteruskan,” katanya.

Mengenai program malam tadi, Razali berkata ia bertujuan membincangkan bagaimana mereka (NGO) boleh memberi pandangan untuk menerangkan kepada rakyat bukan dalam konteks kerajaan tetapi sebagai NGO.

“Kita hendak cari jalan bagaimana kita dapat berikan penerangan dalam konteks yang mudah dan segar supaya rakyat boleh faham mengenai perjanjian ini,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.
Rundingan TPPA yang dimuktamadkan pada 5 Okt lepas, melibatkan Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Bernama






Satu Komen to Perbahasan mengenai TPPA diteruskan sehingga Malaysia tandatangani pada tahun 2018

  1. rakyat smart says:

    http://fta.miti.gov.my/miti-fta/resources/MITI_TPPA.pdf

    Boleh baca.

Leave a Reply

Threesome