Menu Utama

PENJELASAN ISU SURAT YANG KONONNYA DARI ZETI KEPADA TABUNG HAJI

Dengan andaian bahawa isu kebocoran surat dari BNM kepada Tabung Haji adalah benar, berikut adalah beberapa fakta mengenainya :

1. BNM memandang berat terhadap aset TH pada September 2015 yang rendah berbanding nilai liabiliti (bermaksud deposit daripada pendeposit) disebabkan oleh kelemahan prestasi pasaran saham.

Surat berkenaan adalah untuk menyatakan kebimbangan BNM terhadap TH dan keperluan kepada TH untuk meningkatkan rizab mereka serta memperkasakan pengurusan risiko mereka.

Ia bukanlah surat yang bertujuan untuk menghukum TH.

2) BNM percaya bahawa jumlah aset TH pada tarikh berkenaan hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap RM 1 yang didepositkan. Ini bermakna bahawa aset mereka hanyalah sebanyak RM 56.72 bilion manakala nilai deposit yang perlu ditampung ialah RM57.9 bilion – menunjukkan terdapatnya kekurangan sebanyak RM1.158 bilion pada September 2015.

3) BNM menyatakan bahawa punca bagi kekurangan ini adalah kerana di antara tahun 2012 hingga 2014, Tabung Haji telah menghabiskan margin rizab mereka dengan membayar dividen dan bonus lebih tinggi daripada keuntungan bagi tahun tersebut – iaitu membayar RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan mereka.

Ini tidak bermakna bahawa wang rizab telah hilang namun sebaliknya ia telah digunakan untuk membayar balik pendeposit dengan nilai yang tinggi.

4) Besar kemungkinan nilai aset pada September 2015 yang digunakan oleh BNM tidak termasuk dalam penilaian semula akaun aset hartanah dan juga kadar pertukaran – terutamanya hartanah asing.

Menurut peraturannya, TH melabur sebanyak 50% dalam ekuiti (pasaran saham), 20% dalam pendapatan tetap, 20% dalam hartanah, dan lebihan 10% lagi dalam pasaran wang.

Sejak tahun 2013, walaupun dikritik hebat namun TH tetap membuat pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah di luar negara.

Dengan kenaikan nilai dalam hartanah asing dan kelemahan Ringgit, baru-baru ini TH mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membuat pulangan sebanyak 200% ke atas pelaburan hartanah di UK.

TH sedang memperolehi keuntungan dengan nilai yang berpotensi besar yang perlu diiktiraf pada akhir Disember 2015.

Indeks Bursa pada akhir September adalah sebanyak 1600 mata namun pada akhir tahun 2015, ia ditutup sedikit rendah daripada 1700 mata – ini bermakna bahawa penilaian ekuiti pelaburan TH pada akhir tahun kewangan 2015 mungkin akan menjadi lebih tinggi.

Pada tahun 2014, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 8% berjumlah RM3.2 bilion – yang tertinggi direkodkan dalam tempoh 14 tahun.

Oleh itu, untuk membayar dividen sebanyak 8% dan bonus pada kadar yang sama serta menampung kejatuhan nilai pada bulan September, TH perlu meningkatkan nilainya dari bulan September-Disember 2015 pada nilai sekitar RM4.6 bilion – atau kira-kira 8% peningkatan dari aset pada bulan September yang bernilai RM56. 72 bilion – dimana ianya adalah tidak mustahil.

Walau bagaimanapun, deposit TH dilindungi oleh kerajaan supaya pendeposit tidak mengalami kerugian.

Tetapi, berdasarkan situasi keseluruhan ekonomi yang lemah pada tahun 2015, untuk menjangkakan nilai dividen sebanyak 8% dilihat sangat optimis.

Sebagai contoh, pada tahun-tahun kemelesetan yang lepas iaitu pada tahun 2008-2009, nilai dividen hanya 5% manakala pada tahun 2001 hingga 2004, jumlah dividen hanya di antara 3.25% hingga 4.3% sahaja.

Bagaimanapun, Pengerusi TH telah mengeluarkan kenyataan bahawa TH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperolehi keuntungan dan membayar dividen untuk tahun lepas serta mereka sedang menunggu pengumuman dividen rasmi – jadi, mari kita tunggu.

Diterjemah oleh : JASA






5 Komen to PENJELASAN ISU SURAT YANG KONONNYA DARI ZETI KEPADA TABUNG HAJI

  1. Gengrembau says:

    Amacam cakap belit belit
    Index saham 1600 september dan ujung taun 1700
    So bagus la tu
    Tapi dividen tak leh bagi 8 percent
    Padahal ikut indek saham dah bagus tu naik

    Belit la selagi boleh belit
    Makan la dedak selagi boleh

    Satu lagi betul la surat bnm tu
    TH sekarang dah tenat
    Sama macam 1mdb

    Sayang tabung haji ni islam nyer tabung
    Tapi cakap belit belit
    Ape punya Islam la tu

  2. system baru says:

    kerja ayam dap gay .berfikir tentang pengurusan th itu pun Ketika naik kena beringat jangan belanja bermewah2 .jadi apa salah th simpan rizab dia untuk beringat. Ingat tak pnb penah bagi dividen 10% ASB sebelum krisis ekonomi terjadi. Jika dia simpana dividend rizab ketika itu kita tak perlu menhabiskan rizab negara ada Dan pinjam dari jepun ada faham. Ingat tak kata2 rafizi kita akan kenakan cukai pada saham Tampa dia berfikir saham asb akan dikenakan cukai, mana warga pencan tak ada pencan kerajaan akan tungung beban sebab terpaksa banyar cukai saham itu untuk mengantikan cukai gst. Itu tak fikir rafizi. Kita tahu ramai orang bergantung pada dividen asb terutama golongan pencin swstar. Berapa sen warga tua akan dapat jika rafizi kenakan cukai saham untuk menggantikan cukai get itu.
    Itu salah satu kebodohan rafizi menguruskan ekonomi pada warga tua tak ada pencin itu
    Orang macam itu me kau ikut ayam dap gay

  3. sman says:

    Masalah reserve tu sambil pejam mata je boleh TH haji atasi.Lakukan saja penilaian semula semua asset hartanah TH,ladang dll hartanahnya dalam dan luar negara.Walaubagaimana pun TH memang mengalami kerugian dalam sektor pelaburan sahamnya, misalnya pelaburan TH dalam syarikat O&G THHE( Ramunia)mengalami nilai saham yg merudum teruk.Rasanya TH tidak mengalami masalah aliran tunai,tapi ketidaan reseved yg tidak membenarkan nya mengistiharkan pemberian dividen kepada pendiposit.Dalam sektor pelaburan saham,TH memang kena mengubah strategi mereka,sebelum ini TH kelihatan terlalu agresiff dalam cubaannya utk menyelamatkan pelaburan nya yg menghadapi masalah seperti pelaburan dalam THHE tersebut.

  4. ayam says:

    merapu la gay…kt sini laku la komen kau sebab dah tau siap2 ada geng mengiyakan apa saja

  5. James Wong says:

    Nampaknya media sosial telah menjadi alat kepada pembangkang untuk meneruskan propaganda yang cuba diwujudkan mereka sendiri. Bermula dengan isu Me’nate, amat jelas permainan yang cuba dimainkan oleh pihak pembangkang. Mereka sanggup menyebarkan fitnah semata-mata untuk kepentingan parti sendiri.

Leave a Reply

Threesome