Menu Utama

Penipuan Kes ‘Culik’: Pembangkang Patut Bertanggungjawab

2 (1)

PADA tahun 2008, negara dikejutkan dengan cubaan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya dengan rancangan 16 September.  Lebih 30 Ahli Parlimen BN dikata akan menyebarang parti dan dengan itu Anwar sebagai ketua pembangkang pada ketika itu akan dilantik menjadi Perdana Menteri.

Boleh dikatakan 100% penyokong pembangkang percaya dan beria-ia dengan rancangan tersebut, hanya untuk mengetahui rancangan itu sebenarnya satu penipuan yang besar oleh Anwar.

Disember 2014, kita dikejutkan dengan dakwaan orang tua umur 90 tahun (iras-iras pembangkang jugaklah) bahawa sejumlah besar wang, RM 42 billion ‘duit rakyat’ telah hilang melalui 1MDB dan kerana itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta meletak jawatan – hujung-hujung baru kita tahu bahawa si tua ini tidak ada bukti dan hanya bersandar kepada ‘asumption’ semata-mata.

Pada hari terakhir 2015, 1MDB menyelesaikan pelan rasionalisasi hutang syarikat tersebut melibatkan transaksi keseluruhan sebanyak RM 46 billion – maksudnya aset dan hutang syarikat tersebut memang wujud dan ‘telah’ dibayar – kalau boleh diumpamakan begitu (proses yang sebenarnya masih berjalan), bukan hilang seperti didakwa si nyanyuk tadi.

Nak dimudahkan, kalau bohong besar-besar ni mesti pembangkang dan sekutunya terlibat.  Kebetulan, pembangkang memang jadikan pembohongan dan penipuan sebagai asas berpolitik.  Minyak murah barang murah untuk dapat undi sebagai contoh yang satu lagi, bohonglah semua tu.

Maka tak hairanlah bila hari ini kita ‘terkejut’ lagi dengan keupayaan budak seawal usia 14 tahun menipu sebahagian besar pengguna media sosial negara ini dengan dakwaan diculik oleh kumpulan Van Putih.  Dah banyak dah kita dengar cerita Van putih ni tapi satu benda pun tak terbukti sehinggalah ‘penculikan’ ini menjadi viral.

Stigma Van Putih ni macam penampakan hantulah, dari 100, 100 orang juga tak pernah nampak hantu, tapi yakin penampakan itu benar.

Hampir semua yang percaya pakat-pakat salahkan polis dan kerajaan kerana gagal mengambil tindakan awal – hanya untuk mengetahui rupa-rupanya semua mereka kena kelentong oleh budak ini yang dikatakan cicir persekolahan.  Mungkinlah pada 2008 budak itu baru nak masuk tadika tapi dengan carian di Google, teknik membohong macam itu bukan susah sangat nak dipelajari.

Begitulah jadinya bila sensasi mengatasi realiti.  Zaman dah berubah, teknologi dah berubah tapi cara berfikir sebilangan kita tak jauh beza dengan orang yang hidup di zaman Hang Tuah pun.

Mulut diganti jari, kedai kopi dan surat layang diganti dengan komputer atau telefon pintar – tapi sebenarnya semua pun samalah, tak berubah walau sedikit.  Malulah mereka bila budak tak sekolah, orang tua nyanyuk dan pesalah seksual mudah menipu dan dari kajian penulis, golongan sama yang percaya penipuan seumpama ini adalah jenis suka cakap buruk pasal kerajaan dan menyebarkan pembohongan pembangkang.

Ini sebenarnya penyakit masyarakat, selagi corak pemikiran kita tak berubah, selama itulah perkara macam ini akan berlanjutan.  Penulis tak hairan kalau di masa hadapan, budak umur 9 tahun pun boleh kelentong dengan teknik yang sama juga.

Dalam masa yang sama, tahniahlah kepada pihak polis kerana berjaya selesaikan kes ini dalam masa yang cukup singkat.






3 Komen to Penipuan Kes ‘Culik’: Pembangkang Patut Bertanggungjawab

  1. Memang Terok says:

    Politik merupakan satu benda yang terlalu kotor tetapi perlu. Politik lebih kotor dari tandas. Tapi sekotor2 tandas sebenarnya bersih kerana tandas terutama dirumah , dijaga kebersihan ketahap wangi baunya.

    Politik tidak pernah berbau wangi. Sepanjang hayat politik busuk baunya tidak pernah wangi. Ambil contoh mudah, dulu jika ditanya AnwarIbrahim .. siapakah manusia yang paling dibenci dalam dunia ini, dia akan beri jawapan yang sama bakal diberi oleh Azmin Ali, jika Azmin diaju soalan yang sama.

    Mereka merujuk pada individu yang sama dengan meluahkan rasa benci didegree paling tinggi. Walaupun kedua manusia itu pernah memuja individu berkenaan lebih dari segala2nya dalam satu masa kerana individu itu merupakan permulaan bagi mereka berdua. Individu itulah yang memberi kerjaya pertama pada mereka berdua dan juga bertanggong jawab memberi tapak mula sebelum mereka memanjat tangga ketahap mana mereka selepas itu.

    Sekarang keadaan itu berubah lagi mengikut rasmi jam yang terus bergerak ala circle. Kini pada mereka Madey adalah cahaya yang memberi sinar baru. Kerana Madey telah bertukar pada tahap asal dia dulu yeini tidak sedar diri.

  2. Memang Terok says:

    Wamannuammir hununakkis hi fil hakki… ayat 64 surah yassin sudah katakan begitu. Bahawasanya jika aku lanjutkan usia sesaorang itu , dia akan kembali kepada keadaan asalnya.

    Demikianlah seorang mantan ini…. yang dilanjutkan usianya dan sudah pun mula berperangai saperti asal kejadianyan iaini kanak2. Kini otak Madey diumur 90 tahun perlahan2 tanpa dia sedar akan kembali pada kanak2 semula.

  3. rockers says:

    kata demokrasi…kt perak tu ape cite…

Leave a Reply

Threesome