Menu Utama

Pengganti Mukhriz diumum masa terdekat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tetap akan diganti dalam masa terdekat.

Ini berikutan perkembangan terbaharu apabila Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah telah memperkenankan nama-nama calon bagi menggantikan Mukhriz yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Istana Darul Aman Kedah, Bukit Persekutuan, di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini, Najib turut menafikan laporan media yang mengatakan nama-nama itu telah ditolak dan menjelaskan segala perkembangan mengenai krisis politik di Kedah akan diberitahu kemudian.

‘‘Nanti saya akan maklumkan. Akan dimaklumkan kemudian itu tidak betul (laporan cadangan nama ditolak,’’ katanya.

Krisis politik di Kedah tercetus apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah bersama kepemimpinan UMNO negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar semakin jelas akan berakhir apabila hari ini beliau tidak diundang menghadiri mesyuarat MT sekali gus memberi isyarat ADUN Ayer Hitam itu akan digantikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bashah terus disebut-sebut sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.

Turut disenaraikan ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid.

‘‘Keputusan sudah ada. Kita hanya menanti pengumuman sahaja. Insya-Allah dalam masa terdekat siapa yang menggantikan Mukhriz akan diumumkan. Apa yang pasti kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar tetap diganti,’’ kata satu sumber kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu juga menegaskan, ketika ini apa yang diharapkan oleh semua pihak ialah kemelut politik Kedah diselesaikan segera bagi mengelakkan ia berpanjangan.

‘‘Jika semakin lama isu itu dibiarkan berlarutan, ia akan menimbulkan pelbagai fitnah dan spekulasi lain sehinggakan pihak istana pun akan diseret sama oleh pihak-pihak tertentu,’’ kata sumber itu.

Utusan






2 Komen to Pengganti Mukhriz diumum masa terdekat

  1. Memang Terok says:

    Ego,tamak haloba, gila kuasa dan nama merupakan sifat yang ada dan dikekalkan dalam diri kebanyakan manusia.

    Kalau kita ambik Mahathir sebagai satu contoh benar, jelas lagi dekat dan terang. Dalam masa 22 tahun dia jadi PM dia sudah capai segala2 untuk diri dia, anak2 dan keluarga dia serta semua kroni dia. Anak dia di-istihar salah seorang terkaya dinegara. Dipercayai kaya nya seorang dari mereka menyamai yang lain juga. Maknanya bukan setakat Mokhzani saja kaya kerana dia ada pengintirafan begitu tetapi Mukhriz. Mirzan dan Marina pun dikatakan sama kaya dengan Mokhzani.

    Apa yang ingin semua manusia capai ialah kekayaan dunia. Akhirat akan datang selepas kekayaan dunia dicapai. Setidak2nya itulah ungkapan yang sering kita dengar dari kebanyakan mulut termasok dari separuh ulamak sendiri.

    Mereka kata kita cari duit banyak2. Dengan duit kita boleh ke Mekah sekerap mungkin. Boleh bersedekah banyak2, buat amal jariah, bina masjid dan berwakaf. Pendek kata hidup manusia lengkap dengan banyak duit. Hidup senang lenang untuk diri dan keluarga lalu beramal jariah untuk masyarakat/ummah.

    Justeru jika diambik itu semua sebagai ukuruan, patutkan Mukhzani menjadi terlalu kecewa jika tidak memilki sebarang jawatan politik. Patutkah Mahathir menjadi terlalu kecewa atas kegagalan memastikan Najib diganti ?

    Malangnya tidak, kerana mereka manusia dan memiliki semua sifat sapertimana dalam perenggan paling atas yang penulis tulis.

  2. daud says:

    Dalam erti kata lain kita perlu tukar pemimpin supaya semua pemimpin yg kita sokong berpeluang untuk gunakan kesempatan untuk menjadi kaya raya….memang datuk basah belum cukup kaya lagi…maka kita perlu beri peluang kepada mereka pula….hahaha..kepala hotak mykmu makin hari makin melalut 🙂

Leave a Reply