Menu Utama

Pengeboman Jakarta: Bukti Ganti ISA Dgn SOSMA Bukan Keputusan Silap

013719000_1452757295-20160114-Evakuasi-Korban-Pengeboman-Sarinah-Jakarta-AY2

KITA mengucapkan takziah kepada rakyat dan kerajaan Indonesia atas kejadian pengeboman yang berlaku di ibu kota negara itu semalam.  Tak dapat dibayangkan bagaimana hari yang sepatutnya berjalan normal. bertukar jadi huru hara akibat tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Apa pun, dalam kedukaan itu, kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana masih dilindungi dari kejadian yang sebegitu.  Seperti yang kita tahu sel-sel pengganas dari kumpulan sama yang membuat huru hara di Jakarta semalam, turut mempunyai agenda yang lebih kurang serupa di negara ini tapi berjaya ditangani pihak polis dan kerajaan melalui pengenalan undang-undang pencegahan khas seperti SOSMA.

Sebelum ini pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dan menggagalkan usaha kumpulan pengganas untuk menganggu gugat keselamatan negara kita.  Oleh yang demikian, adalah masa untuk rakyat kita merapu dan membuat cerita yang bukan-bukan seperti ‘beribu-ribu’ mahasiswa lapar (tapi satu pun tak boleh tunjuk bukti) dan sebagainya sebab bab keamanan ini dah diuruskan dengan baik oleh pihak polis dan kerajaan.

Orang yang hidup di negara bergolak, tidak ada masa nak merapu, masing-masing fikir nak jaga nyawa masing-masing saja.

Ramai di kalangan macainya pembangkang, memandang sinis tindakan polis dalam mengengkang keganasan dan memperolok-olokkan keamanan negara kita, tapi yakinlah kalau berlaku sesuatu, tak sempat subuh semua sudah jadi salah kerajaan, salah Najib – bodoh betul mereka ini.

Dalam masa yang sama, membuktikan dakwaan, tuduhan, persepsi dan ‘headline’ konon penghapusan ISA oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak unntuk digantikan dengan SOSMA akan mendedahkan negara ini kepada tindakan keganasan, adalah tidak tepat.

Hakikatnya, banyak tindakan pihak berkuasa keselamatan dibawah beberapa akta baru yang diperkenalkan pentadbiran Najib setakat ini, berjaya memastikan keamanan di negara kita terus berkekalan.  Malah dikatakan pihak polis kita juga telah memberikan amaran awal kepada pihak polis Indonesia sebelum kejadian semalam berlaku tapi entah apa yang terjadi sehingga yang tak dingini ini berlaku juga.

Syukur pada Allah swt, terima kasih kepada kerajaan, polis dan agensi berkaitan.






Leave a Reply