Menu Utama

PENDAKI WANITA NEGARA CEDERA TERJATUH DI GUNUNG ACONCAGUA 

Pendaki Wanita Negara, Siti Hanisah Sharuddin, 26, yang kini dalam misinya melengkapkan pendakian ke 7 Puncak tertinggi dunia di Gunung Aconcagua, Argentina, mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak gunung itu semalam.

Menurut Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, Siti Hanisah terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter untuk dibawa turun ke kaki gunung dan dibawa ke hospital.

“Saya belum mendapat maklumat secara terperinci lagi mengenai keadaan beliau tetapi saya difahamkan Anis mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika dalam pendakian menuju ke puncak Aconcagua semalam”.

Tambah Qobin, keadaan kecederaan Anis hanya akan diketahui esok selepas menjalani x-ray di hospital.

“Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Anis kerana beliau membawa misi untuk menaikkan nama negara di mata dunia dengan mencipta rekod sebagai wanita Malaysia pertama berjaya mendaki di tujuh puncak gunung tertinggi di tujuh benua dunia”.

Sementara itu, seorang lagi pendaki dari Johor iaitu Mohd Khafiz Bachok yang mengiringi pendakian Anis, berjaya sampai ke puncak Aconcagua iaitu puncak tertinggi di Benua Amerika Selatan dengan ketinggian 6,962 meter.

Pendakian Anis di bawah kelolaan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan turut mendapat sokongan tajaan daripada IM4U.

Beliau sebelum ini mencatat nama dengan memegang rekod sebagai pendaki Everest Malaysia Termuda menawan puncak tertinggi di dunia itu pada tahun 2013 pada usia 23 tahun.

Anis kini dalam misi dinamakan KE7B Srikandi 7 Benua iaitu misi untuk menjadi pendaki wanita Malaysia pertama mencapai puncak 7 gunung tertinggi di 7 benua. 

Beliau sebelum ini telah berjaya menawan puncak tertinggi di benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro, Puncak Elbrus di Benua Eropah, Puncak Kosciuzco di Benua Australia selain Gunung Everest di Benua Asia.






2 Komen to PENDAKI WANITA NEGARA CEDERA TERJATUH DI GUNUNG ACONCAGUA 

  1. jebon says:

    Apa pandangan dan fatwa JAKIM utk aktiviti2 begini?

    Apa yg mahu dibuktikan oleh seorang wanita Melayu Islam ini?

    Apa faedah, tujuan, objektif pendakian ini dari sudut pandangan agama Islam?

  2. anoi says:

    monghabiskan bo’esh jo.

Leave a Reply

Threesome