Menu Utama

Pembangkang sudah bergolak, biar mereka bergolak lagi- Ku Nan

Oleh NUR ASLINDA NASIR

10 JAN: Pembangkang memang sudah bergolak dan biarkan mereka bergolak lagi.

Demikian kenyataan tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila diminta mengulas tindakan PAS yang isytihar perang habis-habisan di Selangor untuk bertanding 25 kerusi DUN dalam pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha PAS negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam ucapan pada majlis Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor.

Ini kerana PAS sebelum ini hanya bertanding sebanyak 20 kerusi DUN dan bertindak untuk menambah lima lagi kerusi.

“Itu saya serahkan kepada PAS, kita tak nak komen tentang parti lain.

“Tapi bila sebut tentang pembangkang ni, macam saya sebut tadi mereka seperti lalang, tak ada pendirian kerana yang hanya ada pendirian hanyalah UMNO BN sahaja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan ibu pejabat Kongras India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Yayasan kemajuan YAKIN di perkarangan Medan Seri Bunus, Masjid India.

Terdahulu, Iskandar dalam ucapannya berkata parti itu kini sedang mengintai sekurang-kurangnya lima kerusi DUN, namun enggan mengumumkan kawasan yang mahu ditandingi.

“Kita sedang dalam kembangkan selain 20 kerusi yang kita tandingi dalam PRU. Kita akan tanding 5 kerusi.

“Kalau orang kacau kampung kita, kita pun boleh kacau. Kalau org kacau kerusi kita, kita pun boleh buat yang sama,” kata Iskandar.

Kenyataan Naib Presiden PAS itu merujuk kepada kerusi wakil AMANAH yang dahulunya dimenangi atas tiket PAS iaitu DUN Morib Hasnul Baharudin dan DUN Hulu kelang, Saari Sungib.

Sumber: https://www.bnbbc.my/






Satu Komen to Pembangkang sudah bergolak, biar mereka bergolak lagi- Ku Nan

  1. semangat dato' haron says:

    UMNO juga harus kukuhkan saf bersama dan rapatkan semula barisan. Mungkin kem Mamak Kutty akan terus sabotaj namun lambat laun momentum mereka akan berkurangan dan demi kpntgn jangka panjang saya pasti mamak kutty pasti terpaksa membuat perjanjian damai dgn Najib demi kpntgn legasi politik dan perniagaannya.

Leave a Reply