Menu Utama

Peluang Muhkriz Lepaskan Sengsara Diri dan Kembali ke Pusat

Berundurlah cara terhormat Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir! Dalam lingkungan politik Kedah, Kedah Civil Service dan Istana sudah mengetahui tabiat Mukhriz yang berulang alik Kedah-Kuala Lumpur hampir beberapa kali setiap minggu.

Malah ada yang kata selalu hampir setiap hari Mukhriz tidur di Kuala Lumpur dan datang ke Alor Setar setiap pagi menggunakan Fire fly. Kadang-kadang guna jet peribadi kawan-kawan. Ini kerana keluarga beliau menetap di Kuala Lumpur.

Menjadi Menteri Besar memerlukan komitmen tinggi bekerja tanpa mengira waktu pejabat. Ia tidak seperti jawatan kerajaan biasa, Menteri atau CEO sesebuah syarikat seperti yang pernah Mukhriz lalui sebelum ini.

Justeru Mukhriz harus melihat ini merupakan satu laluan beliau membebaskan beban diri kerana terpaksa membahagikan masa memenuhi komitmen negeri dan keluarga yang berjauhan.

Malah jika Mukhriz berundur cara terhormat bagi memenuhi kehendak UMNO Negeri yang sudah bosan dengan kegagalan beliau membawa pembaharuan dan menyusun strategi jentera parti untuk pilihan raya akan datang, tidak mustahil beliau akan dilantik kembali ke Pusat sebagai Menteri dalam perubahan akan datang.

Pada pilihan raya Negeri Sarawak nanti akan ada Menteri yang mengosongkan jawatan dan pasti nama Mukhriz akan dipertimbangkan sekiranya perubahan ini dilakukan secara beradab dan terhormat.

Selain itu, jawatan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga akan kosong jika Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar. Ini mmeberi peluang untuk Mukhriz kembali ke arus perdana politik negara.

Soalnya, apakah percaturan Mukhriz? Jika beliau ikhlas dan jujur, beliau akan melihat penolakan ini satu peluang kembali ke Kuala Lumpur bersama keluarganya. Jangan buang masa atas sesuatu jawatan yang kita tidak minat semata-mata mahu memegang jawatan.

Berundurlah dengan terhormat sebelum banyak cerita-cerita mengarut terkeluar demi menjustifikasikan pemecatan beliau.






9 Komen to Peluang Muhkriz Lepaskan Sengsara Diri dan Kembali ke Pusat

  1. system baru says:

    Muhkriz keluarga di kL kenapa mereka tak berpindah di kedah itu, masalah dia hadapi. Bini dia tak sungup berkorban kot. Kalau penting keluarga lebih baik muhkriz berhenti jadi mb. Kalau tiap2 minggu balik ke K.L merugikan duit Rakyat. Cuba berfikir keluarga cikgu sangup berkorban berjauh bertahun2 semata2 mahu anak didik jadi pandai. Baru berapa penggal dah buat hal balik tiap2 K.L…

  2. arul belanda says:

    Mukhriz kena ikut cakap bapak nya….

  3. nyok_rebuih says:

    itu small matter la..mukhriz lu kalau cerdik xyah dok kl la smua org tau lu ada bisnes tp at least dia tak la teruk sngat mcm ahmad bashah n de gang tuh, depa tu dah la kategori dinosaur separa pupus apa qheja pun tak jalan dok pikiaq politik 24jam langsung takdak program faedah untuk negeri kedah, kalau ya pun mb melingkup p kl hangpa kan ada jawatan masing2 dlm parti jalan la qheja hangpa dulu, ini dak qheja dok cari jalan sapa nak nek atas dulu.. UMNO kedah ni dah mcm sarkis la, badut2 plak smuanya tahap pencen dah..

  4. ayam says:

    Kena bezakan la alasan nak disingkirkan tu dgn mutu perkhidmatan….skrg rakyat Kedah mahu Mukhriz. Apa yg banyak songeh sgt ketua2 bahagian kat situ daaa…biar saja la beliau bekerja. Tak nak duduk bawah Mukhriz letak jawatan la mcm kata najib kat TSMY…sampai masa PRU boleh pilih nak dia lagi ke tak…kecuali kalau Mukhriz samun rm2.6 billion…atau pergi luar negeri bermewah-mewahan naik private jet baru…main golf masa rakyat susah banjir ke…atau anak buat filem XX-rated ke…atau mengata org melayu bangsat atau haram jadah org felda. Kalau ada dlm senarai tu sapa2 pun tak suka. Jgn bangsatkan UMNO dgn cara menjaja cerita bodo2 semata2 kerana dedak…kepala kote la mykmu ni.

  5. Burn says:

    Dia punya pasallah nak berulang dari kl ke kedah ke..
    Ada orng yang berulang duduk melaka tapi kerja kl
    selagi tanggung jawab dia laksanakan apa ada kisah

  6. coboi says:

    ini fenomena biasa dlm kancah politik .. kemelut pasti timbul jika …1] wujud kelompok yg didapati tidak compatible / serasi dgn doktrin kepimpinan … khususnya doktrin-3P walaupun doktrin ini bertentangan dgn Quran(14:3) … 2] wujud penyerapan Virus-EoT Evaporation of Trust dlm ekosistem organisasi … ini dah berlaku dlm banyak negara anggota OIC khususnya di land of arabism, pakistan, afghanistan .. Fenomena ini petanda iklim politik dlm negara amat tidak sihat … puak Khazar Globalist New World Order sedang perhati dgn penuh minat sambil makan pop=corn …

  7. Harry says:

    Berulang alik kedah-kl tiap2 hari pun tp klu kerja semua beres kau peduli apa

  8. hadi wahab says:

    aku nak tanya,yb2 siapa yg undi kamu.betul rakyat yg berkuasa sepenuhnya.jadi kpd yb yg mungkin ingat dia bagus sgt tapi isu rakyat buat tak peduli aje.aku syorkan letak jawatan jelah.beri peluang kpd mereka yg masih muda bertenaga jiwa berbakti kpd rakyat.setakat nak coverline bos anda,lupakanlah.rakyat skrg melihat mana2 pemimpin yg suka bodek.cantas kawan,ampu sgt,pru 14 nanti muka2 ni akan dilubang jambankan.datuk seri mukhriz,rakyat kedah bersama yb.teruskan usaha2 murni yb.kipidap yb.

  9. rockers says:

    ni semua macai najib je yg kecoh. psl x puas ati dgn tun m. mukhriz jd mangsa

Leave a Reply