Menu Utama

Pas yakin dengan kemantapan operasi Tabung Haji – Takiyuddin

Pas amat yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus yang baik diamalkan oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) biarpun pelbagai dakwaan dilemparkan oleh pihak tertentu ekoran daripada surat yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pengurusan tertinggi Tabung Haji mengenai prestasi kewangan institusi tersebut.

“Tabung Haji bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai institusi kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksimum berbanding dengan pulangan kepada pendeposit

“Pas berpuas hati dengan penjelasan oleh Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen semalam) serta pengurusan tertinggi lembaga itu yang mengesahkan prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira nilai aset keseluruhan portfolio pelaburan.

“Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa bonus pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. UTUSAN

Utusan






Satu Komen to Pas yakin dengan kemantapan operasi Tabung Haji – Takiyuddin

  1. sman says:

    Pas kenalah backing TH,sebab ramai org dia yg berurusan dgn TH berkaitan dgn urusan Haji dan Umrah.Pekerja TH pun mejoritinya org dia.Cuma Pas mahu di tendang ialah Pengerusi TH ,kerana beliau dari Umno.

Leave a Reply