Menu Utama

PAS Buktikan UMNO Bukan Macam “Bekas Rakan-Rakan” Mereka…

image

Episod mengenai desas-desus yang mengatakan PAS akan bergabung bersama UMNO di dalam Barisan Nasional (BN) akhirnya terjawab baru-baru ini apabila PAS menyanggah dakwaan tersebut dalam satu kenyataan media.

Namun dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura PAS itu, jelas mengatakan bahawa parti itu tiada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan dan maslahat rakyat di negara ini, terutama melibatkan umat Islam.

Dalam ertikata lagi, merujuk kepada asal-usul kenyataan itu dibuat maka bolehlah disimpulkan bahawa PAS sedia bekerjasama dengan UMNO walaupun parti itu tidak menyertai gabungan parti di dalam BN.

Pada pandangan penulis, keputusan dari kenyataan PAS itu sekaligus membuktikan bahawa UMNO atau BN adalah tidak zalim, tidak ‘toghuut’, tidak kejam malah diiktiraf PAS sebagai sahabat yang bukan musuh.

Sekiranya UMNO itu kejam dan zalim, manakan mungkin PAS akan bekerjasama dengan UMNO, bukan?

Malah dari satu sudut, kerjasama di antara PAS dan UMNO itu juga melambangkan bahawa UMNO dan BN itu sebenarnya tidak memusuhi atau bersifat anti-Islam. Mungkin perkara tersebut baru disedari PAS setelah Presiden UMNO di zaman ini sedia bekerjasama dalam usaha merealisasikan hukum Hudud.

Ia adala berbeza dengan dua parti yang merupakan ‘bekas sahabat’ PAS sebelum ini. Mungkin dulu PAS fikir mereka boleh tarbiyah ‘bekas rakan-rakannya’ itu untuk menerima hudud. Namun jangkaan mereka meleset…

Malah lebih mengejutkan PAS, ‘kerjasama’ mereka dengan dua parti berkenaan telah membuat parti mereka berpecah belah dan hampir ‘karam’ akibat ‘ditebuk lubang dari dalam’. Mujurlah ‘jebon-jebon’ itu telah ‘terjun kapal’ setelah ‘dihalau’ dalam muktamar PAS, kan?

Sebaliknya, UMNO pula yang berbeza pendekatannya dengan Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu. Draf hudud PAS walau tidak lengkap atau menyeluruh, tetap disambut baik dan disediakan platform untuk diteliti, diperbincang dan diperhalusi bersama.

hadi najib

Malah huluran silaturrahim yang bersambut antara kedua parti itu dilihat ramai pihak sebagai ‘sudah sampai masa’nya dan mencetus ‘kekalutan’ di kalangan pihak tertentu yang gusar sekiranya umat Melayu Muslim bersatu di negara ini.

Mungkin itulah hikmah di sebalik apa yang berlaku di dalam UMNO dan PAS sejak kebelakangan ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Masing-masing memperkukuhkan parti masing-masing, kekal sebagai kerajaan dan pembangkang, namun keduanya makin sihat dan mesra.

Namun kita jangan lupa bahawa di luar sana ada yang tidak senang, iri hati dengan apa yang berlaku. Sudah tentulah pelbagai tuduhan, fitnah dan strategi akan dilancarkan bagi memecahkan bibit-bibit kerjasama yang terjalin. Biasalah, perkara yang sama juga berlaku di zaman Rasulullah SAW dulu, bukan?

Umno-Pas

Cuma secara peribadi, penulis hanya mampu mendoakan agar jalinan antara UMNO dan PAS ini kekal selamanya atau mungkin suatu hari nanti akan bertaut bersama di dalam satu ikatan yang lebih murni lagi demi masa depan negara yang lebih baik. Kita hanya mampu berdoa, bukan?

Harap-harapnya begitulah. Ingatlah bahawa hidup kita di dunia ini bukanlah untuk terus menongkat langit dan taksub pada pandangan politik semata-mata. Kita akan ke kubur jua dan bakal dipersoalkan di akhirat nanti, kan? Sebelum itu, apa kata jika satukan umat Islam yang terpisah di negara kita ini? Dapat juga pahala, kan?






2 Komen to PAS Buktikan UMNO Bukan Macam “Bekas Rakan-Rakan” Mereka…

  1. semangat dato' haron says:

    Aku mmg x setuju bergabung. Biar PAS bertanding di kerusi campuran memecahkan undi pembangkang di Selangor. Walaupun x bergabung x semestinya hubungan baik dan mesra x bole terjalin.

  2. kumbang says:

    Najib razak perlu hidupkan kembali kementerian keusahawanan dan koperasi sebagai buktimemperkukoh kuasa ekonomi melayu/islam.

Leave a Reply

Threesome