Menu Utama

Najib Tidak Perlu Alasan Kalau Nak Singkir Mukhriz

8faa

APA yang berlaku semalam ialah ketua-ketua bahagian UMNO di Kedah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan hilang kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Menteri Besar, Mukhriz Mahathir di negeri itu.  Apa kena mengena dengan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sehingga beliau nak disalahkan pulak?

Najib tidak perlu sebab pun kalau nak singkir Mukhriz, asal dapat perkenan Istana, siapa pun di kalangan ADUN-ADUN BN di Kedah sedia ada, boleh dilantik menjadi Menteri Besar, itu  preogratif beliau sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.  Ini bukan amalan baru, semua zaman pun macam itu.

Rakyat Kedah memilih ADUN, ia adalah Perdana Menteri dan kemudiannya Istana yang menentukan siapa Menteri Besar.  Prinsip asasnya, kolektif (rakyat) dan preogratif (Perdana Menteri, Istana).  Oleh yang demikian, untuk apa Najib berkonspirasi menggantikan Mukhriz seperti dituduh?  Tak perlu pun.

Dalam sejarah negara ini dah banyak kali keadaan seperti ini berlaku.  Tak lama selepas PRU13 dan kerajaan negeri telah dibentuk, berlaku perubahan jawatan Menteri Besar, antaranya di Terengganu dan Selangor, sekarang (kalau tidak ada aral), Kedah.  Sarawak pun ada tapi pilihanraya negeri itu diadakan berasingan.

Yang ramai orang tak tahu, sebelum semua kerajaan negeri dibentuk selepas PRU13 dulu pun, sepatutnya ada beberapa Menteri Besar lagi bertukar selain Melaka, Johor dan Perlis tapi atas sebab tertentu ia tidak berlaku.  Tak kecoh sebab prinsip asas tadi, RAKYAT TIDAK PILIH MENTERI BESAR.

Pendek kata pertukaran Menteri Besar ini bukan cerita baru, bukan cerita luar biasa, ia berlaku baik di peringkat kerajaan mahu pun pembangkang.

Tapi aneh kenapa setiap kali berlaku keadaan macam ini berlaku, ada yang bercakap seolah-olah rakyatlah yang memilih Menteri Besar/Ketua Menteri, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Hal ini patut diserah kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Istana Kedah untuk membuat keputusan.  Hilang kepercayaan dari ketua bahagian, bukan syarat wajib untuk seorang Menteri Besar automatik lepas jawatan, sekalipun ia petunjuk kuat untuk yang berkenaan berundur.

Kalau ada yang percaya desakan 8 ketua cawangan cukup untuk Perdana Menteri berhenti, kenapa 14 ketua bahagian UMNO dari negeri yang sama tidak boleh dijadikan alasan untuk Menteri Besar berhenti?  Pasal dah kena batang hidung sendiri?






20 Komen to Najib Tidak Perlu Alasan Kalau Nak Singkir Mukhriz

  1. azmi says:

    Najib sorok 2.6bilion umno beri kepercayaan penuh kat dia.
    Mukhriz tak ambil sesen pun umno hilang kepercayaan kat dia.
    Dalam kumpulan penyamum,
    Sesiapa dapat curi duit banyak, dia diangkat jadi ketua.
    Sesipa yg gagal curi duit pula, dia ditendang keluar.
    Habiskan duit rakyat 250juta bagi lembu tinggal dalam condo diangkat jadi ketua wanita.
    Rakyat nilai lah sendiri…HE HE HE

  2. anoi says:

    duit hang ka nak kepoh sgt tu. takda modal ayak liok lagi ka? apasai sampai la ni depa tak saman2. pasai takda bukti bukan pun duit rakyat…. dia dpt hang dok sebok ngapa..phd hang ni.

  3. azmi says:

    Ohhh bukan duit aku ya?
    1MDB pinjam 42 billion penjaminnya Kementerian Kewangan..
    Dapat duit pinjam bagi-bagi dengan geng-geng sendiri…
    Pas tu 1MDB tak dapat bayar hutang sapa akan bayar??
    Kementerian Kewangan bayarla..
    Apa cara bayar…amik duit dari rakyat..
    Apa cara amik???…
    GST LA…

  4. bajak says:

    bodo nye azmi…mudah nye tuduh gst mcm tu…

  5. system baru says:

    Fitnah 1mbd tak boleh pakai itu perkatan haram jadah gay ada faham azmi

  6. system baru says:

    Itu lah ‘nak jatuhkan orang lagi askar sendiri belot, kesihan Mukhriz ini

  7. itsme says:

    dlm senario politik dan ekonomi skrg, rasanya DSN adalah org yg paling perlu utk bagi banyak alasan jika beliau ingin seseorg itu keluar dr pentadbirannya. Rakyat bukan suka pun dengan segala mcm skandal yg melanda DSN tetapi skandal demi skandal keluar saban hari membuatkan rakyat berkata “bila nak selesai kalu lagu ni??”…

    Terbaru.. SReport mengatakan SRC bagi DSN atau yg berkaitan dgnnya kredit kad yg dibelanjakan dgn sejumlah wang yg byk di europe.. itu belum lagi kisah RM42j yg dikatakan oleh mrk sebelumnya, jd dlm hal ini rasanya ADAMYAN salah membuat rumusan.

    dlm dunia canggih cyber masakini, semua cerita cepat merebak dan apa yg kebanyakkan rakyat tdk mahu ialah cerita perihal pemimpin2 melayu dan islam dijadikan bahan2 utama, kalau yg baik2 tu oklah tapi la ni… yg buruk2 shj. Betul rakyat kena fikir dua tiga kali atau bersandar pd maklumat2 yg sohih ttp jika saban hari disogok begini, rasanya yg “terkorban” bukan DSN seorg bahkan seluruh umat ISLAM diMsia. Adakah ini yg kita mahukan??

    Kita tdk mahu peristiwa spt pru2008 dulu… rakyat tak sokong BN… bkn krn rakyat suka sgt pembangkang tp rakyat geram dgn KJ, krn cerita2 perihal KJ yg dijaja sana sini. Skrg ni DSN pulak, bkn kecik org.. PM tuu… KJ dulu apalah sgt ya tak??

    So secara amnya… akhirnya RAKYAT mahukan apa?? duit? kuasa politik?? atau memejamkan mata.. hehe

    DSN seharusnya menyekat segala bentuk ancaman sebelum kemusnahan yg bakal berlaku jika BN tumbang ditangan petualang2 DAP & konco2nya.

    PAS perlu pandai melihat isu semasa dgn lebih dekat lagi… jika benar perjuangan mrk berpaksikan ISLAM maka PAS ketika ini seharusnya sudah pun ada sekutu2 dr kaum china india dsbgnya kecuali PH.

    PAS perlu mengepalai angkatan bangsa Msia yg baru. Angkatam itu juga perlu disokong oleh bangsa2 lain diMsia. Ini tdk PAS asyiklah dgn kisah lampau mrk… asyik2 DAP & AMANAH…. mcm tak de cara lain!!! sengal jugak.

    Kpd UMNO… berhati2 dijalanan… ramai diluar sana teremosi dgn isu2 semasa. Jd saranan sy agar UMNO lbh bijak dlm membaca isi hati rakyat. Wallahuaklam.

  8. ayam says:

    Byk sangat kepala2 kote dlm UMNO skrg…bawah najib menjadi syarat wajib kepala kena kecit tapi setia kena tahap gaban…maka jadi la negara space cop gaban. Sikit2 kasi tendang…tangkap..jel. Nasib baik la ada internet kt malaysia…kalau mcm kat korea utara tu silap2 org ingat najib tu dewa. Kalau la aku najib…nak sgt tau pasal duit aku…dah lama aku buat RCI…kasi check semua termasuk dalam wallet aku..siap dgn bil2 kredit card…expanses…semua sekali audit. Biar semua org puas hati tapi lepas tu mmg kaw2 la aku saman sapa2 yg fitnah aku…elok2 aku takde duit terus jadi jutawan. Tapi kalau aku ada pekung…hehehe…sapa2 tanya aku kasi tendang ler. Betul tak mykmu?

  9. ayam says:

    Oh ya…apa jadi kat kes saman najib kat Tun Liong Sik?

  10. bajak says:

    ayam oh ayam…ko xbace paper ke??

    Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah Datuk Seri Najib Razak terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap perdana menteri, diselesaikan melalui proses mediasi.

    Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib, memberitahu pemberita Hakim Datuk John Louis O’hara membuat cadangan itu selepas kes berkenaan disebut dalam kamarnya hari ini.
    _____________________________________________________________________________
    malaysianinsider 11/01/2016

  11. ayam says:

    Rugi la camtu…saman aja la sebab boleh dapat duit byk sebab najib mesti menang punya. Apasal loyar najib nak mediasi pulak…ni kira melayu vs cina..malu la melayu. Kira hakim bias la nie…tak nak kasi najib saman…hehehe

  12. bajak says:

    Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah Datuk Seri Najib Razak terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap perdana menteri, diselesaikan melalui proses mediasi.
    __________________________________________________________________________
    ko ni reti bace kex????bile plak loyar najib yg cadang nk mediasi…

  13. Bensa says:

    duit kutipan gst yang Najib kumpul tu mana? bayar hutang ka ? haram lah kau makan duit gst yang aku bayar ,aku tak halal kan

  14. Anak_Nogori says:

    Jika 14 ketua bahagian dari 15 ketua hilang kepercayaan terhadap mbnya terhadap ketua perhubungnya bermakna jatuhlah kemaluannya jika dia masih berkeras bergayut juga pada jawatannya..tak terasa malu yg amat sgt ke?..kalau saya…hari ni saya letak jawatan dah..krn bagaimana seorang mb nak berkerja terkontang konteng tanpa bantuan dari 14 bahagian tersebut.

  15. anoi says:

    mukhriz anak bapak….dah tentu team bapaknye…

  16. ayam says:

    maksud aku apasal loyar najib terima saranan hakim penyelesaian luar mahkamah..? lawan aje la kalau boleh menang…kasi hentam liong sik. Nampak mcm beriya2 liong sik mau lawan tapi najib mcm tak bersungguh as always and as expected.

  17. ayam says:

    anoi kepala kote

  18. anoi says:

    najib still full swing, hang siapa dok komen merata, pi la mabok,

  19. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2016/01/najib-tidak-perlu-alasan-kalau-nak-singkir-mukhriz/ […]

Leave a Reply