Menu Utama

Najib jumpa pemimpin UMNO Kedah hari ini

Satu pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua UMNO bahagian, wakil rakyat serta exco Kedah dijangka diadakan di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur esok.

Menurut sumber, perjumpaan berkenaan dikatakan akan berlangsung pukul 4 petang sebagai susulan sidang akhbar UMNO Kedah yang melahirkan rasa hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semalam.

“Tujuan pertemuan itu tidak dinyatakan namun dipercayai susulan sidang akhbar oleh Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah itu,’’ katanya di sini hari ini.

Akhbar hari ini menyiarkan majoriti kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri ini menyuarakan pendirian hilang kepercayaan ter­hadap Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri dan Menteri Besar.

Dalam sidang akhbar diketuai oleh Ahmad Bashah itu, beliau yang mewakili semua pemimpin berkenaan merayu agar Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

Katanya, seluruh kepemimpinan negeri kini hilang kepercayaan kepada Menteri Besar ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau memimpin parti dan mentadbir negeri ini.

Utusan






3 Komen to Najib jumpa pemimpin UMNO Kedah hari ini

  1. rockers says:

    bodek jgn x bodek2

  2. ayam says:

    Hahahaha…contoh anjing dia pakai…selama ini aku ingat contoh ayam la paling sesuai sebab suka makan dedak

Leave a Reply