Menu Utama

Muslihat Disebalik Billboard Mahu Bebaskan Penjenayah Dari Penjara…

pandan

Sejak akhir-akhir ini, semakin melampau pula gerakan pihak tertentu yang bersungguh-sungguh mahu membebaskan seorang banduan yang dipenjara atas satu kesalahan jenayah yang telah disahkan mahkamah tertinggi negara.

Bagaikan tidak puas dengan tempoh perbicaraan yang ‘membebaskan’ penjenayah tersebut selama 7 tahun sebelum disumbat ke penjara, kali ini lebih meriah pula apabila mereka selamba menaikkan ‘billboard’ kempen yang mahu banduan itu dibebaskan.

Terkini, dikatakan sudah ada 3 billboard sedemikian rupa. Dua billboard di Selangor dan satu lagi di Pulau Pinang. Walaupun satu billboard difahamkan telah diturunkan oleh pihak yang tidak diketahui, naik dua lagi billboard memualkan tekak itu di Pandan dan Kajang.

Penulis tidak tahu di mana letaknya harga sistem perundangan dan keadilan di negara kita. Apa yang penulis belajar dulu, undang-undang di negara kita mengamalkan prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan benar-benar bersalah’. Prinsip yang bertentangan dengan sistem perundangan Perancis.

Namun kes banduan itu telah dibicarakan seadil-adilnya selama 7 tahun setelah ditunda beratus kali oleh peguam yang mewakili banduan berkenaan.

Malah dari Mahkamah Tinggi, kes banduan itu diheret ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan atau turut dikenali sebagai Mahkamah Agung di istana kehakiman negara.

Difahamkan bahawa individu yang menjadi mangsa banduan itu juga hidup tertekan selama lebih 7 tahun dan dikhabarkan imejnya tercemar ekoran kes berprofil tinggi itu menjadi bahan kutukan pada mereka yang menyokong banduan tersebut.

Namun ternyata undang-undang tetap undang-undang. Ia tidak memilih bulu, darjat atau parti. Siapa yang dibuktikan bersalah dengan bukti-bukti kukuh dan ‘beyond reasonable doubt’, maka tiada tempat yang lebih sesuai bagi mereka di Malaysia melainkan penjara.

Namun mengapa budaya membela banduan ini cuba dicetus pihak terbabit? Apakah mereka tidak hormat pada kedaulatan undang-undang? Di mana agaknya kepatuhan mereka-mereka ini kepada prinsip RUKUNEGARA yang menjadi kunci keharmonian negara selama ini?

Jika ditiru sikap buruk pihak tersebut, penulis yakin bahawa setiap keluarga banduan yang mampu untuk membiayai kos untuk membuat sebarang bentuk banner, sepanduk, bunting, billboard atau poster, pasti akan mengikut jejak langkah yang serupa.

Malah sekiranya banduan tersebut ‘terlepas dari kandang’ yang menghukum jenayahnya, adalah tidak adil sekiranya banduan-banduan lain tidak dibebaskan dari terus menjalani hukuman atas jenayah yang mereka lakukan.

Pada pandangan penulis, pihak yang berkempen di billboard itu sebenarnya sedar bahawa dengan memasang 1,000 atau 1 juta billboard sekalipun, banduan tersebut tidak akan dilepaskan dari hukuman yang dia jalani. Mereka sedar…

Namun mengapa mereka terus berkempen dan memasang billboard?

Pada penulis, mereka mungkin sebenarnya sengaja berbuat demikian untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan. Dengan meletakkan muka penjenayah itu besar-besar di khalayak umum, maka senanglah mereka menduduh kerajaan konon bersikap zalim terhadapnya.

Malah mungkin juga dengan cara itulah mereka mahu rakyat ingat pada penjenayah tersebut. Dengan cara itu, maka penjenayah itu akan segar dalam ingatan rakyat. Tapi mungkin mereka tidak sedar bahawa apabila terpandang wajah banduan itu ada yang secara spontan menutup punggung mereka dengan tangan. Bukan apa, takut bolos!






3 Komen to Muslihat Disebalik Billboard Mahu Bebaskan Penjenayah Dari Penjara…

  1. Memang Terok says:

    Anak isteri dan konco anwar akan berbuat apa saja , jika boleh, untuk membebaskan Anwar. Mereka bayangkan mahu menubuhkan satu skuad udara dengan helikopter terbang rendah ditengah2 penjara, campak tali dan anwar bergantung ikut tali lalu berjaya dibawak keluar. Saperti mana yang mereka tonton dalam filem

    Tapi cara ini memerlukan satu kumpulan banduan dari penjara itu untuk bergabung tenaga dalam misi melarikan diri. maknanya bukan anwar seorang tapi ramai banduan yang akan dibawak lari. Mula2 warden perlu ditewaskan setelah berjaya membuka pintu besi kamar masing2. Kemudian mengawal banduan lain supaya bertahan dan tidak lolos sama.

    Tapi mereka tahu cara ini memang mustahil kerana untuk kumpul banduan jadi pro anwar memang susah. Ini kerana semua banduan tahu anwar kaki liwat. Mereka ngeri membayangkan air mani anwar yang tertinggal dalam badan saiful sedangkan dia sekeras2 menafi perbuatan dosanya itu.

    Atas kesukaran ini tidak mustahil bagi anak2nya sedang mengkaji cara lain melalui buku rujukan atau internet bagi prosidur banduan dibebaskan.

  2. burrpp.. says:

    Boleh tak kita bayangkan jenis undang-undang apa yg mereka gunakan apabila ditakdirkan mereka berkuasa nanti? Adakah rakyat biasa boleh berbuat seperti apa yg mereka lakukan. Oh kebebasan jenis apakah ini? Mereka menatijahkan kebebasan hanya milik mereka, tetapi tidak terhadap orang lain yg tidak sehaluan dengan mereka

  3. Pemerhati says:

    daripada berbelanja beribu ringgit buat billboard itu kan baik sedekah pada orang susah di kawasan undi presiden parti…dapat derma berjuta ringgit dari yahudi takkan tak boleh beri sedikit derma pada orang susah, pahala apa boleh dapat dirikan billboard minta seorang penjenayah dibebaskan dengan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan yang tidak ada kena-mengena dengan keputusan mahkamah mendapati suaminya bersalah kerana meliwat orang?

Leave a Reply

Threesome