Menu Utama

Mukhriz bawa Suraya dan Aminuddin Menghadap Tunku Temenggung Kedah?

Tunku_TemenggongMenteri Besar Kedah yang bakal tersingkir, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, dilaporkan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebentar tadi bagi menyembah maklumat terkini mengenai krisis politik negeri Kedah.

Mukhriz dilaporkan menghadap Tunku Temenggong bersama dua EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob (Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat), dan Datuk Aminuddin Omar (EXCO Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan).

Selain menyembahkan keadaan terkini politik negeri Kedah, Mukhriz juga memohon agar jawatan Menteri Besar yang disandang beliau dikekalkan kerana tiada sokongan sebulat suara dari ADUN-ADUN BN Kedah untuk menyingkirkannya.

Kehadiran Suraya dan Aminuddin dikatakan sebagai saksi bahawa cadangan penukaran Menteri Besar Kedah tidak mendapat sokongan sebulat suara Adun-Adun BN Kedah seperti yang dilaporkan pagi tadi oleh Mykmu.net.

Bagaimanapun sumber kami mengesahkan bahawa semua ADUN BN Kedah termasuk Aminuddin dan Suraya telah menandatangani surat akuan bersumpah bersetuju pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu mengikut budi bicara Pengerusi Barisan Nasional.

Adun terakhir yang menandatangan akuan bersumpah pagi tadi ialah Datuk Abu Hassan Shariff (DUN Kota Seputeh).






4 Komen to Mukhriz bawa Suraya dan Aminuddin Menghadap Tunku Temenggung Kedah?

  1. semangat dato' haron says:

    Mamak kutty ingat dia bole terlepas slps apa yg dia dh buat pd najib

  2. ahli umno says:

    Tak elok hina berdasarkan ras/kaum. Tuhan tak jadikan kita sehebat malaikat.

  3. Memang Terok says:

    Sumbang dan tak kena jika Mukhriz terus berada diKedah sebagai MB. Dia tidak menyukai Najib kerana bapaknya berdendam dengan Najib. Walau dia dikatakan boleh tahan rapat dengan Najib tetapi Najib jugak sedar Mukhriz jenis gunting dalam lipatan, walau mereka ber2 kini berada di Langkawi, berjalan bergandingan.

    Mukhriz seharusnya sedar bahawa setelah berlagu ikut irama bapaknya, dia seharusnya dengan sukarela nyahkan diri dari terus bekerja bersama Najib.Itu bukan undang2 bertulis tetapi itulah aturannya yang betul.

    Kita tahu betapa Madey mengharapkan anaknya itu terus berada dipersada politik negara demi menerus kesinambongan kerjaya nya bagi beri laluan untuk anaknya itu jadi PM bila tiba masa nya. Malangnya percaturan mereka selama ini adalah salah.

    Kita tidak boleh menentang sesaorang secara berterangan dan dalam masa sama mengharapkan ihsan dari orang itu. Itulah salahnya.

  4. Pemerhati says:

    ahli umno says:
    January 25th, 2016 at 9:16 PM

    “Tak elok hina berdasarkan ras/kaum. Tuhan tak jadikan kita sehebat malaikat.”

    yang kelakarnya ada segelintir ‘ahli UMNO’ boleh percaya apa mamak kutty itu kata bagaikan malaikat membawa wahyu semuanya harus betul & benar tentang tuduhan2 mamak kutty itu terhadap Najib…tak elok jadi ‘ahli UMNO’ bangang sebegitu rupa kerana taksub sangat pada mamak kutty itu

Leave a Reply

Threesome