Menu Utama

Mukhriz Sengaja Mahu Cetus Kekecohan, Ku Nan Sudah Maklumkan Tidak Perlu Hadir

Datuk Seri Mukhriz Mahatir sengaja mahu mencetuskan kekecohan apabila hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini biarpun tidak dijemput.

Beliau diminta meninggalkan mesyuarat MT petang tadi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Malah sumber pejabat Setiausaha Agung UMNO menyatakan Mukhriz tekah dimaklumkan terlebih awal supaya tidak hadir kerana mesyuarat MT kali ini tidak memerlukan kehadiran beliau.

Sementara itu, penganalisis politik, Ab Jalil Backer menulis dalam akaun Facebooknya bahawa jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bukanlah secara otomatik ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Mereka yang kalah atau tidak dilantik sebagai ahli MT hanya dijemput hadir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO apabila diperlukan.”

“Sekiranya tiada jemputan, maka tiada sebab untuk beliau turut hadir dalam mesyuarat terbabit. Sekiranya dimaklumkan tidak perlu hadir maka tiada asas peraturan untuk beliau tetap hadir.”

“Malah kehadiran Pengerusi Negeri hanya sebagai “turut hadir” dan tidak boleh memberi pandangan kecuali diminta.”

“Maka tiada sebab untuk Datuk Paduka Mukhriz Mahathir hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini kecuali beliau mahu menjadikan ini sebagai propaganda politik dan menagih simpati.”

Untuk rekod Mukhriz tidak dilantik sebagai Ahli MT selepas beliau kalah Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu. Selalunya beliau hanya dijemput turut hadir sebagai pemerhati mesyuarat sahaja.






4 Komen to Mukhriz Sengaja Mahu Cetus Kekecohan, Ku Nan Sudah Maklumkan Tidak Perlu Hadir

  1. rakyat smart says:

    Belajar drp bapak dia.

  2. Nadim says:

    https://www.facebook.com/ILOVETUNM/

    Jap mykmu… bila kita terima sesuatu berita kita perlu selidik dulu berita yg kita terima… Bukan apa… Al-Quran yg yg suruh kita buat lagu tu…. tak lah nanti kita tersilap jadi agen memanjangkan fitnah dalam dunia yg penuh dgn fitnah skrg ni.

    So… masing2 pikir lah sendiri.

  3. harimau malaya says:

    don’t worry tau. mukhriz mahathir tidak akan pergi mengadap pemangku sultan kedah di istana untuk membubarkan dewan negeri kedah.. walaupun punyalah ramai yang cadang mukhriz bubarlah dun.. rasa-rasa apa yang menyebabkan mukhriz tak ikut cadangan tu.. sebaliknya mukhriz biarkan saja najib atur langkah pergi mengadap pemangku sultan kedah, tunjuk tiga nama calon mb kedah.. buat sidang media dengan rasa membongak..

    let say dun kedah dibubarkan dalam bulan februari.. pilihan raya negeri kedah akan diadakan.. adakah mukhriz akan bertanding dalam snap election tu? jika ya, bertanding guna lambang dacing ke bebas?? bebas tu macam-macam lambang random ada. barisan nasional pun dah ready nak letak calon?? adakah barisan nasional nak letakkan wakil rakyat yang dah menang jadi calon sekali lagi ataupun nak ubah calon takut kerusi tu kalah kepada pas/pkr/amanah/dap?? parti-parti pembangkang pulak dah ready nak letak calon?? so far kemungkinan untu ada snap election ni tipis.. mukhriz akan diganti oleh salah seorang daripada tiga calon mb.. mukhriz pun redha je tak jadi mb kedah, bisnes bilion-bilion kan ada.. anak beranak mahathir ni businessman. mukhriz pun tak guna kuasanya sebagai mb untuk bubar dun.. camtu lah yang terjadi di selangor, terengganu, perak.. tiada snap election dilakukan untuk ganti menteri besar.. semua mindset kata pilihan raya negeri di semenanjung patut serentak dengan pilihan raya umum parlimen.. yang peliknya sabah sarawak boleh je asing pilihan raya negeri dulu.. kelantan pun pernah sekali tahun 1978 pilihan raya negeri asing daripada pru.. terpulanglah kepada mb kedah nak cipta sejarah ke.

  4. Hantu Gigi Jarang says:

    And do not mix the truth with falsehood or conceal the truth while you know”. Tuhan yang kato tu..bukan den. Ekau tak takut Tuhan? Atau tuhan ekau tak kato macam tu..

Leave a Reply

Threesome