Menu Utama

Mukhriz Hilang Sokongan BN, Ahmad Bashah Dijangka Angkat Sumpah MB Baru Esok

Kenyataan Akhbar Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir petang tadi merupakan antara usaha terkahir beliau untuk mengubah pendirian majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional agar menyokong beliau.

Seramai 19 ADUN BN telah menandatangani akuan bersumpah menyokong pengguguran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Walaupun ada dua Adun yang mendakwa dalam ucapan dan media sosial bahawa mereka “terpaksa” menandatangani akuan bersumpah tersebut, namun tiada siapa antara mereka membuat keputusan menarik balik akuan sumpah terbabit.

Sementara itu, kenyataan akhbar petang tadi yang bertujuan mahu menyelamtkan kedudukan Mukhriz akhir mendedahkan sesuatu yang sangat kritikal dan penting dalam penyingkiran Mukhriz. Iaitu Mukhriz telah hilang sokongan dan kawalan ke atas Jentera Kerajaan Negeri dan UMNO Negeri serta masalah komunikasi dengan Istana.

Menurut penganalisis politik, Ab Jalil Backer, “Apabila seorang Menteri Besar memberitahu umum bahawa 6 daripada 9 EXCO tidak hadir mesyuarat yang beliau panggil, itu bermakna beliau sudah hilang kawalan dalam pentadbiran negeri.

“Apabila seorang Menteri Besar menulis beliau mendapat khabar, mendapat maklum bahawa Jemaah Pemangku Sultan…, bukannya dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan secara langsung; ini bermakna beliau telah hilang pengaruh dengan Istana.”

“Apabila seorang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri memberitahu 14 daripada 15 Ketua Bahagian tidak lagi menyokong beliau, itu bermakna beliau telah hilang kawalan dalam parti.”

“Apabila sudah hilang pengaruh dalam kerajaan, Istana dan parti, jalan terbaik ialah meletak jawatan.”

Perjumpaan Biasa atau Angkat Sumpah?

Esok Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan mengadakan perjumpaan dengan semua ADUN Barisan Nasional pada jam 2 petang. Tidak dipastikan sama ada perjumpaan ini merupakan perjumpaan mendapatkan maklum balas mengenai kedudukan Menteri Besar Kedah atau Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar yang baharu.

Mukhriz Mahathir memberitahu wartawan Suara.tv bahawa beliau tidak akan dalam Majlis tersebut sekaligus memberi gambaran Mukhriz telah mengetahui nasib beliau.

Sementara itu, Jemaah Pemangku Sultan dijangka mengumumkan ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar baharu esok menggantikan Mukhriz Mahathir selepas perjumpaan dengan ADUN-ADUN BN tersebut.

Sehingga kini tidak jelas sama ada Majlis Angkat Sumpah akan berlaku esok atau pada hari Selasa.-MYKMU.NET






6 Komen to Mukhriz Hilang Sokongan BN, Ahmad Bashah Dijangka Angkat Sumpah MB Baru Esok

  1. Memang Terok says:

    Madey berharap dia akan terus ‘menerajui’ pemerintahan negera selepas bersara. Sebab itu dia mahu Pak Lah angguk apabila dia angguk dan sekarang dia mahu Najib duduk apabila dia suruh Najid duduk.

    Dia terus berharap walau selepas dia mati dia akan masih ada suara ditempat yang sama. Dia berharap Mukhriz akan menyambong harapan ini kerana Mukhriz satu2 anak dia dalam politik. Mirzan dan Mokhzani sebok dengan bisnis mereka dan tak minat untuk berpolitik. Marina pulak bagai anjing kurap betina yang duduk menyalak diluar tanpa pernah menyatakan apa yang dia hendak. Walau pun begitu Marina terlalu sebok menukar laki, lepas satu, satu. Semua lakinya orang luar, bukan orang Malaysia.

    Kini Mukhriz tersingkir sebelum sempat jadi president party. Bila terkeluar agak sukar untuk menapak semula walau sejarah peribadi dia diwarisi oleh anaknya sekarang.

    Yang kita kesal bagaimana seorang yang menggoncang perahu masih berharap dia akan terus dibenar berkolek dalam perahu yang sama untuk sampai ketepian. Tentunya jurugan cadangkan untuk dia jettison/ terjun dipertengahan laluan oleh kerana perbuatan menggoncang perahu itu.

  2. dkds says:

    Biar Jasa jadi kenangan

  3. semangat dato' haron says:

    Tahniah ahmad bashah. Bg mereka yg mengikuti politik kedah tahu yg bekerja keras merampas semula kedah adalah anda bknnya Mukhriz.

  4. Codename47 says:

    Jadi jadilah tun oi . . . Orang lain pun kaya juge . . .

  5. mukhriz bersandiwara says:

    aihh lama sungguh tunggu hari apa nak ada majlis angkat sumpah menteri besar kedah yang baru.. haritu kata rabu 27 januari. tunggu punya tunggu dah masuk 1 februari. mukhriz mana mau letak jawatan.. selagi boleh teruskan, tidak akan mukhriz berpatah arang.. sekali perahu sudah dilayarkan, pantang pahlawan bugis berpatah balik.. ehh itu mana hala ucapan retorik entah.. mm kita boleh nampak bila mukhriz memang betul-betul sudah tidak bergelar yang amat berhormat menteri besar kedah, kita pun perlu juga menerima hakikat bahawa akan tiba jua masa dato seri najib tun razak tidak lagi bergelar yang amat berhormat mamanda perdana menteri malaysia dan diganti pula oleh ahli parlimen yang lain mengepalai kerajaan persekutuan malaysia. cuma bezanya.. mukhriz perjalanannya masih panjang.. umur baru 52 tahun.. mukhriz dan isterinya norzieta ada share yang tak terhitung bilionnya dalam business.. mukhriz masih boleh jadi pembuat keputusan untuk business-business dia.. kosmo tech, opcom holdings.. mukhriz boleh dijemput jadi pengerusi apa-apa persatuan sekalipun memandangkan namanya ada aura kan.. mukhriz boleh lagi menjadi pengerusi apa-apa glc, syarikat berbekalkan dengan ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan.. boleh jadi mukhriz berminat untuk sambung masters dan phd dan bergelar dr. mukhriz.. so next time kita akan refer dia dr. mukhriz dr. mahathir. style kan? so masa depan mukhriz tu ada cerahnya sama saja seperti apa yang dilalui oleh ahli-ahli parlimen lain dan ahli-ahli politik lain yang bukan wakil rakyat di parlimen dan dun.. cuma bezanya yang merunsingkan kita ialah dato seri najib tun razak.. bila dah bergelar mantan perdana menteri malaysia pastilah akan dikurniakan darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran tun kan. next agong sultan kelantan kan.. isterinya yang dikasihi pun akan dianugerahkan gelaran tun.. tun najib dan tun rosmah nak buat apa lepas tu.. nak jadi penaung apa-apa pertubuhan?? nak buat buku memoir?? nak jelajah dunia?? nak jaga cucu tu cliche sebab yang basuh lampin baby tu orang lain bukannya najib dan rosmah. tengok cucu membesar la kot. mm tak perlu hairan. kita tengoklah lifestyle mantan perdana menteri, mantan timbalan perdana menteri, mantan ahli parlimen, mantan adun.. mantan-mantan isteri masing-masing jawatan tu.. anak-anak dan segala kaum kerabat mantan-mantan ni.. mm ok jeerrr.. just wait and see.

  6. jebon says:

    Kahkahkah.

    Cubalah buat.
    Episod baru hidup Najib n the gang bakal bermula.

    Tak perlu tunggu PAU dan PRU14.

    Najib n the gang, menempah tiket batu bara rakyat.

Leave a Reply