Menu Utama

Mukhriz bergegas tinggalkan majlis

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bergegas meninggalkan majlis dihadirinya di Kampung Berjaya, di sini, sebentar tadi sejurus menerima maklumat berhubung sidang media khas diadakan kepimpinan UMNO Kedah, yang menyatakan hilang percaya terhadap kepemimpinan beliau.

Tindakan Mukhriz itu menyebabkan wartawan yang membuat liputan sempena majlis anjuran Giant Eden Sdn Bhd itu, terpinga-pinga apatah lagi rata-rata mereka memang menunggu untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai pengumuman tergempar ketika sidang akhbar terbabit.

Berdasarkan maklumat, Mukhriz dikatakan bergegas ke pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini dan kini satu mesyuarat sedang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu terbabit.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam sidang media bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri, menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.






2 Komen to Mukhriz bergegas tinggalkan majlis

  1. itsme says:

    tiada maaf bagimu.. mungkin itulah yg ds najib cakap.. tp apalah pulak yg bakal mukriz akan cakap?? Mungkin kena tunggu esok..

  2. Memang Terok says:

    Jika Mukhriz tetap menunjukan kecenderongan nya pada usaha bapak nya , maka semestilah Mukhriz di petisejokan sebagaimana apa yang kena pada bekas TPM. Dia tidak suka pilot, tentunya dia tidak perlu terus menjadi krew.

    Pada bapak Mukhriz yang bernick name mamak kerala, umpama dia sedang terbang dalam satu pesawat penerbangan. Dia tidak sukakan pilot kerana mendakwa pilot itu tidak dapat kendali pesawat dengan betul. Dan dia berazam untuk mencampak pilot itu keluar semasa pesawat sedang terbang. Dalam bahasa Inggeris dipanggil jettison yang bermakna membuang keluar. Jettison kerap digunakan pada barang muatan dalam kapal laut yang terpaksa dicampak kedalam laut untuk menyelamatkan kapal yang sedang terumbang ambing dilautan bergelora. Dalam situasi begitu sebahagian muatan perlu di jettison untuk kurangkan berat kapal mengelak dari terus tenggelam.

    Tapi jettison itu untuk kapal laut dan apa yang dicampak tidak perlu dicari ganti. Yang harus dibuat ialah pemilik barangan lain dalam kapal yang sama perlu istihar general average bagi tujuan tuntutan insuran. Dalam hal mamak kerala, dia ingin jettisonkan PM dan tentunya selepas dijettison tempat PM perlu diganti. Tapi apabila ditanya siapa yang bakal ganti , dia jawap sesiapa saja boleh ganti. Alangkan gilanya bunyi jawapan mamak kerala. SEdangkan dia tahu yang boleh ganti PM hanya timbalan PM. Timbalan PM kebetulan bukan pak anggok dia . Bekas TPM memang tak boleh jadi PM kerana dia bukan orang yang dsukai oleh semua yang ada dalam kabinet. Dia sendiri tak boleh, anak dia lagi tak layak.

    Gila sungguh mamak kerana yang tetap berniat untuk jettisonkan PM walau dia tahu dia kehabisan modal.

Leave a Reply

Threesome