Menu Utama

Muhyiddin Sendiri Akur Keperluan Ganti Mukhriz?

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak membantah cadangan pengguguran Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam.

Menurut seorang Ahli MT, mesyuarat semalam menerima keputusan untuk menggantikan Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah tanpa bantahan.

“Timbalan Presiden juga tidak membantah walaupun diketahui beliau dan Mukhriz dalam satu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri.”

Ahli MT ini juga mengesahkan Mukhriz tidak dijemput ke Mesyuarat kerana salah satu agenda mesyuarat ialah membincangkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Seorang lagi sekutu rapat Mukhriz, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal tidak hadir dalam mesyuarat semalam.

Sementara itu, tindakan Muhyiddin dan Shafie ini boleh dilihat sebagai satu perubahan dalaman UMNO yang mengukuhkan kedudukan Najib Razak dan melemahkan kem Mahathir Mohamad.

Namun terdapat maklumat bahawa Muhyidddin akur kerana beliau sendiri mengetahui masalah dalam pentadbiran negeri kedah dan UMNO Kedah di bawah Mukhriz.-MYKMU.NET






8 Komen to Muhyiddin Sendiri Akur Keperluan Ganti Mukhriz?

  1. Memang Terok says:

    Kita tak rasa Midin akan terus menerus mengeluar kenyataan kesalnya apabila berdepan dengan keputusan yang PM buat. Tentunya dia akan tiba kesatu tahap akur dan redha kerana dia boleh nampak dan faham apa yang sedang berlaku.

    Midin akan kata kesemua itu termasok dia dan Fie dipaku dengan pakuan terakhir dikeranda masing2. PM terpaksa bawak tukul ditangan kanan dan paku ditangan kiri menuju kekeranda yang tersedia ada.

    PM tidak tercari2 keranda itu tetapi keranda terus muncul. Kini kita percaya jumlahnya semakin kurang walau tidak terhapus sepenuhnya.

  2. dkds says:

    Team Mahathir dah semakin hilang arah ! Isu derma yang ingin mereka belitkan sebagai wang 1 mdb tdk berjaya , dah jelas ianya sumbangan dari keluarga diraja saudi

  3. cyst says:

    org melayu mmg suka jaga kain. susah sangat tanyala TSMY untuk bagi komen. ini kene repot ape yang org lain rasa pasal sorang lagi dalam satu mesyuarat. lawak la mykmu nie!,,

  4. Memang Terok says:

    Kita yakin Umno kedah miliki strategi mereka sendiri selepas tindakan ouster Mukhriz. Tentunya penyokong Mukhriz akan terus berjuang pertahan boss mereka.

    Salah sorang dari mereka menuntut satu hal yang dikira lojik jika dilihat dari satu sudut, tidak lojik dari sudut yang lain . Yeini 9 ahli di T/Kemang digantong keahlian kerana menyertai komplot ouster PM. Mereka menuntut perkara sama diambil tindakan keatas semua yang terlibat ouster Mukhriz sebagai langkah berlaku adil.

    Namun apa yang berlaku, Mukhriz dikira tersingkir selepas gerakan ouster terhadapnya. Sebaliknya PM maseh berada disitu selepas berbagai cara dilakukan sekian lama untuk ouster beliau. Jadi jika PM maseh disitu dia tentunya memiliki kuasa mutlak untuk ambil tindakan keatas ahli yang tidak lagi setia padanya . Semua ini atas prerogative seorang PM untuk memilih atau melucut. Dalam politik kesetiaan pada party dan ketua adalah supreme.

  5. daud says:

    Memang bagi pengampu cap umno Tun kelihatan kehilangan `touch’. Tapi bag I akar umbi Umno , akar umbi PAS, 70% marhein yg tiada apa apa kepentingan sedang sumpah seranah kamu kamu semua….bagaimana kamu boleh gembira bila hati kecil kamu sendiri tahu apa yg sebenarnya bermain di fikiran majoriti ramai terutamanya bakal pengundi MUDA….kamu hanya memujuk hati sendiri. Najib terpaksa akur dengan pengaruh TUN juga untuk memenangi hati rakyat kembali. Malangnya pengaruh Najib hanya terhad pada go long an seperti kamu yg bilangannya tk sampai pun 20-30% darii pengundi. Malam datuk basah buat sidang tidak percaya tu…kel am kabut dia call mintak hantar budak untuk cover rumah dia. 2 orang sepupu aku pergi rumah dia dengan kawan 3 orang. Total tk sampai 10 orang pun sedangkan Depan bangunan Umno berapa ramai yg datang nk jengok Mukhriz. Betapa hinanya dan menyampahnya orang tempatan dengan Basah ni. Hatinya takut tapi diberanikan jugak buat press conference tu sebab apa.? Mestilah ada restu dari pusat.

  6. Zan says:

    Org utara ckp…dengar boleh percaya jangan..

  7. shaw says:

    Pendapat penuls mungkin tidak tepat kerana itu adalah satu andaian sahaja,Dalam politik apa yang dilihat tak serupa dengan fakta sebenarnya. HABIS LAH KEDAH JIKA MUKHRIZ DIGANTI, FIKIRKAN JANJI PM KEPADA RAKYAT KEDAH DALAM GE 13 BAHAWA JIKA BN MENANG, MUKHRIZ AKAN MENJADI MB, KALAU MUNGKIZ DIKELUARKAN TENGAH JALAN, RAKYAT AKAN HILANG PERCAYA KEPADA JANJI-JANJI BN, INI AKAN DIGEMBAR GEMBURKAN OLEH PEMBANGKANG. 14 ORANG KETUA NAK JATUHKAN MUKHRIZ TAK BIJAK KERANA MEREKA MENGUNAKAN PRESS CONFERENCE, SEPATUTNYA TELAH MEMBAWA KEPADA MT UNTUK DIBINCANG.

    MUKHRIZ SEPATUTNYA DIBENARKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM MT KERANA JIKA MEMBINCANGKAN ISU MUKHRIZ, BELIAU PERLU DIBERI PELUANG UNTUK MENJAWAB KEBIMBANGAN-KEBIMBANGAN MT, JADI SEB ARANG KEPUTUSAN TANPA KEHADIRAN BELIAU DAN TANPA MENDENGAR PENJELASAN BELIAU, SEBARANG KEPUTUSAN MT TIDAK BIJAK

  8. kedahan says:

    Sudah lah hangpa…tajuk besar muhyiddin xmembantah…

    Ada surat khabar tulis meayuarat xsentuh langsung pasal isu kedah..

    Dah mesyuarat xsentuh, xkan Muhyiddin nak bangkit bantah dalam keadaan dia dilabel sekutu Mukhriz…?

    Dah buat tu tanggung la…xyah nak kait2 muhyiddin pulak

Leave a Reply

Threesome