Menu Utama

Minyak tidak sampai, penumpang AirAsia berang

Kira-kira 170 penumpang berang selepas ‘terperangkap’ selama hampir tiga jam dalam sebuah pesawat AirAsia dan tidak dibenarkan keluar dari kapal terbang itu di klia2, di sini hari ini.

Pesawat AirAsia AK6442 menuju ke Kota Bharu, Kelantan tersebut dijadual berlepas pada pukul 8.30 malam ini.

Bagaimanapun, juruterbang mengumumkan penerbangan tergendala seketika dengan alasan perlu menunggu dokumen pelepasan serta mengisi minyak pesawat.

Selepas sejam, penumpang mula resah apabila pesawat berkenaan masih tergendala.

Mereka berang dan menuntut penjelasan daripada pramugari yang bertugas.

Kira-kira pukul 10.30 malam, juruterbang pesawat terbabit membuat pengumuman memberitahu, penerbangan tersebut akan diteruskan oleh juruterbang lain.

“Setakat ini, kita masih menunggu dokumen pelepasan dan minyak juga belum sampai.

“Untuk makluman penumpang, saya tidak akan meneruskan penerbangan ini dan juruterbang lain sedang dalam perjalanan. Harap maaf,” katanya.

Penumpang turut berang apabila syarikat penerbangan tersebut tidak menyediakan makanan atau minuman biarpun ‘terperangkap’ dalam tempoh yang lama.

UTUSAN






2 Komen to Minyak tidak sampai, penumpang AirAsia berang

  1. itsme says:

    Nyaya giler…
    apadahh punya service, hancuss

  2. Pemerhati says:

    minyak dah turun, takkan AA menghadapi masalah nak bayar kos minyak kepada operator pembekal…minyak lambat sampai ni mesti sebab pembekal terpaksa lambat2kan mengisi minyak pada pesawat sebab AA selalu lambat bayar ataupun selalu bayar tak pernah penuh(asyik tertunggak bayaran2 lama)

Leave a Reply

Threesome