Menu Utama

TH Minta Jangan Buat Spekulasi Tarikh Umum Bonus

Tabung Haji (TH) meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikh pengumuman bonus bagi pendepositnya bagi tahun 2015.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata pada kelazimannya TH akan mengumumkan bonus pendepositnya pada suku pertama (Jan-Mac) tahun semasa.

Kenyataan itu menyebut TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta TH memberi penjelasan sama ada mendapat keuntungan mencukupi pada 2015 untuk membayar dividen kepada kira-kira sembilan juta penabung tahun ini.

Mujahid dilapor berkata dividen TH sepatutnya diisytiharkan pada 22 Jan seperti tahun lepas namun sehingga kini TH tidak melakukannya.

Kenyataan itu menambah TH perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.

“TH percaya hasil strategi alokasi asetnya akan dapat membantu pulangan pendapatan, walaupun 2015 dilihat sebagai tahun yang mencabar.

“Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa-apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan,” katanya.

Konsep itu katanya tiada beza dengan konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain.

— BERNAMA






2 Komen to TH Minta Jangan Buat Spekulasi Tarikh Umum Bonus

  1. Gengrembau says:

    Kesian org miskin yang simpan duit
    Habis duit ditajinyer

    Mykmu tak nak keluarkan ke cerita viral tabung haji nak muflis ni?
    Hehehehe
    Makan dedak
    Sure komen ni kene block lagi
    Biasalah
    Makan la dedak sampi senak
    Dalam kubur sendiri mau ingat la

  2. viro says:

    Maa sya Allah. Astargfirullah..
    mudahnya org percaya pada cerita viral.
    seronok org yg reka cerita tak terkata.

Leave a Reply

Threesome