Menu Utama

Menjawab Kadir Jasin: Derma Dipulang Kerana Tidak Digunakan

najibkingabdullah

KITA boleh faham peminat Tun Mahathir kecewa, seorang dua yang penulis tahu secara peribadi, sampai datang gila meroyan bila Peguam Negara buat keputusan untuk tidak mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan dana RM 2.6 billion yang dikatakan rasuah serta salah guna duit rakyat, rupanya ialah derma dari keluarga diraja Arab Saudi untuk bantu BN menang dalam PRU13.

Dah dibagi jawapan, ditanya lagi banyak soalan. Dalam ‘undang-undang berdebat’, bila sampai tahap jawapan dibalas dengan lebih banyak soalan, kebanyakan orang akan move forward, tak guna layan dah pasal jelas kat situ orang tak berminat dengan jawapan, dia hanya nak cari salah.

Itu pandangan penulis bila baca ‘ulasan’ Kadir Jasin pasal keputusan kelmarin.

Kalau dia minat dengan jawapan, sudah tentu dia tahu persoalan kenapa wang itu dipulang, sudah ada disitu – wang itu derma untuk BN menang PRU13, bila wang itu tidak habis digunakan, ia dipulang semula kerana pilihanraya sudah selesai dan BN pun sudah menang.

Boleh, Najib boleh ‘rembat’ semua duit itu kalau beliau mahu, tapi Najib bukan penyangak, derma masuk untuk PRU13, bila PRU13 selesai dan duit itu tidak habis digunakan, ia dipulangkan semula kepada keluarga diraja Arab Saudi yang berkenaan.

Mulia hati Najib tu.  Kadir jangan samakan Najib dengan orang lain, memang orang lain akan sapu kalau dapat peluang macam itu, dah masuk akaun kan, gila ka pulang balik, bukan sikit pulak tu, lebih RM 2 billion!!

Berapa syarikat penerbitan boleh diselamatkan dari bankrap dengan duit banyak tu kan?  Tapi itulah kita sebut tadi, Najib jujur orangnya, beliau tahu derma itu untuk kegunaan apa dan bila kegunaan itu selesai dan wang tidak habis digunakan, ia dipulangkan kembali kepada tuannya, apa yang susah sangat nak rungkai?

Oh ya, betul Almarhum Raja Abdullah meninggal dunia pada 2015 tapi ketika wang itu dipulangkan pada Ogos 2013, baginda masih hidup lagi.

Selain petik kenyataan bersumberkan Nasdaq mendakwa kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri tidak menahu tentang sumbangan itu, rujuk jugalah kenyataan BBC mengenai perkara yang sama, dua-dua pakai sumber juga, tapi kenapa hanya pilih satu untuk percaya, kenapa tak pilih satu lagi?

Adillah bila berbicara.



« (Previous News)



14 Komen to Menjawab Kadir Jasin: Derma Dipulang Kerana Tidak Digunakan

  1. rakyat smart says:

    Benda derma ni sensitif sebab agenda politik antarabangsa. Hanya orang yang otak pandai boleh faham. Selagi tak ada penafian rasmi daripada kerajaan Arab Saudi, selagi itulah tak boleh cakap berita itu tak betul. Setakat pegawai cabuk memang mungkin dia tak tahu menahu.

  2. dkds says:

    Kadie jasin kecewa . Ada permintaannya yang tdk ditunai oleh PM.

  3. burrpp.. says:

    Sekurang-kurangnya kita tahu duit datang dari mana. Dulu sibuk tuduh duit haram, duit rasuah, duit rakyat. Tapi bila dah sah duit tu datang dari sumber yg benar, masih tak mahu percaya juga. Korang ni nak apa sebenarnya setan?!

  4. Gengrembau says:

    Hehehehehe
    Macam mykmu amik bbc nyer aje
    Bicara biar la adil
    Hehehehehehee
    Dedak nyer pasal .. Hentam sajalah
    Hehehehehe

    Oh yer soh system baru baca yang nasdaq nyer jugak….
    Kalu tak mengarut aje dier
    Kater kiter semua sama…
    Ape punye org la ni….

    Pemakan dedak aje yang sama
    Heheehehhee

  5. rakyat smart says:

    Kamu bodoh ke apa Gengrembau ooi. Asyik sebut dedak je. Mau makan dedak ke?
    Kamu dah kalah. Boleh cuba lagi untuk jatuhkan UMNO.

  6. Gengrembau says:

    Saper makan dedak rase la dedak nye
    Ag lupa dier bukan hakim lagi
    Apsal dier jatuh hukum plak?

    Tapi tak pe lah… Janji elaun dan gaji ahli lembaga pengarah masuk dlam account
    Ape ade hal

  7. rakyat smart says:

    Haha. Buat fitnah kat aku cakap aku terima duit ke? Alhamdulillah. Bertambah dosa ko. Aku tak ampun ko sampai mati. Lantak ko.

  8. kakak says:

    Kalau kita menderma pun, lebih afdal kalau tidak dihebahkan. Itu yang mungkin diminta oleh Almarhum Raja Abdullah semasa menghulurkan derma tersebut.

    Usahlah kit berburuk sangka.

  9. sayang negara says:

    Tulah lumrah dunia ikan bilis dengan jerung nasib tak sama..

  10. sayang negara says:

    Rakyat biasa dikenakan tindakan dan hukuman… pemimpin ????

  11. Gengrembau says:

    Rakyat smart. Biler aku tuduh macam tu? Buktikan la.. Sekarang kau fitnah aku ni
    So camner lak kira ni…
    Blom lagi kes maki maki lagi…

    Agak agak kau sapa kene mintak maaf?
    Sape kene lntak?

    Saper makan cili memang dier rase pedas lah…

    Kes 2.6 bilion pun susah ….
    Ini kes dosa….
    Makan aje la dedak…

  12. Ku Seman says:

    “rupanya ialah derma dari keluarga diraja Arab Saudi untuk bantu BN menang dalam PRU13.”

    Saya tertarik dengan ayat ini yang membawa maksud duit derma RM2.6 bilion itu digunakan untuk membantu BN menang dalam pilihan raya umum 13. Soalan saya, duit ini digunakan untuk apa? Adakah duit ini digunakan oleh Najib untuk ditaburkan kepada pengundi? Kalau benar Najib taburkan duit kepada pengundi supaya memilih BN, adakah tindakan ini suatu yang bermoral?

    Soalan kedua, sehingga kini tidak ada bukti misalnya penyata kewangan UMNO atau BN yang mengesahkan aliran keluar duit itu. Adakah penggunaan derma ini diaudit oleh mana-mana pihak? Kalau tidak ada penyata aliran keluar, ini bermakna duit ini digunakan untuk membeli undi dengan merasuah pengundi supaya memilih BN.

    Soalan ketiga, sekiranya tidak diburaikan oleh The Wall Street Journal selepas tiga tahun menerima derma itu, bukanlah itu suatu yang tidak jujur? Tambahan pula semasa awal-awal skandal ini terburai, tidak ada yang mengaku duit itu digunakan untuk merasuah pengundi. Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden pun tidak tahu. Hanya Najib sahaja yang tahu. Jadi, bolehkah kita terima alasan duit itu dipulangkan? Adakah ini hanya cakap Najib untuk melepaskan diri?

  13. Hantu Gigi Jarang says:

    Bila PRU 13 selesai? Bila derma dipulangkan?

  14. rockers says:

    tu bukan derma yg sebenarnye. tu duit yg dirembat dr 1mdb.

Leave a Reply

Threesome