Menu Utama

MB Kedah: “Mukhriz Akui Sudah Tewas”

mukhriz-jerlunJerlun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir malam ini memberi isyarat jelas bahawa beliau bakal meninggalkan jawatan Menteri Besar tersebut dalam krisis politik kedah kali ini setelah hanya dua orang ADUN masih menyokong beliau.

Berucap di hadapan kira-kira 200 orang penyokong beliau dekat sini, Mukhriz menyatakan memberi tahu isterinya bahawa beliau sudah “mengemas” semua barang-barang dan bersedia berpindah bila-bila masa sekiranya digugurkan.

Mukhriz juga mengucapkan terima kasih kepada Adun Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sharif dan ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar kerana setia kepada beliau sehingga saat akhir.

“In sha Allah kedua-dua mereka akan saya bawa sekiranya saya naik ke atas suatu ketika nanti.”

Mukhriz juga menyindir media yang menyatakan BN Kedah sudah mendapat perkenan Sultan untuk menggantikan Menteri Besar tapi sehingga kini belum melakukan apa-apa.

“Kata sudah dapat perkenan, tapi sampai sekarang tidak angkat sumpah lagi.. sampai kata sudah susun kerusi, jadi saya minta rakan-rakan dari media agar janganlah buat macam tu… taktik tu kita dah faham.”






4 Komen to MB Kedah: “Mukhriz Akui Sudah Tewas”

  1. Aan says:

    Berilah kerusi MB ni kepada orang yg lebih berwibawa dan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan kepada rakyat Kedah. Semuga bertambah baik.

  2. azre says:

    It wont aan. Good luck be end… good luck

  3. azmi says:

    YA MENGIKUT ARTIKEL MYKMU SPTMANA DIBAWAH HARI INI ADALAH HARI ANGKAT SUMPAH MB KEDAH YANG BARU…

    Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 24 January 2016| Kategori: Utama | 20 Comments »

    Kemelut MB Kedah Selesai, Angkat Sumpah Selewat-lewatnya Rabu ini

    Kedah akan mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

    KITA TUNGGU DAN LIHAT….

  4. Coming PRU says:

    Happy hour for two years those WR and business as usual unless New MB proof Kedah Maju better then MM time. Or for sure BN will lost next coming PRU.Rakyat Kedah is smart enough to judge.

Leave a Reply