Menu Utama

Majoriti Cerita Beban Kos Sara Hidup Di FB Adalah Palsu

IMG-20160103-WA0007

BILA buka sekolah saja, macam-macam ceritalah begentayangan di media sosial, nak nak di Facebook.  Tukang karut makin kreatif dengan cerita-cerita macam ni, peliknya semua dengar cerita orang, bukan dia sendiri pun yang terlibat dalam kisah itu.

Ada sedikit yang dakwa dia terlibat (macam posting) di atas, tapi boleh dipertikai kesahihannya.  Macam posting di atas, menurut siasatan, akaun itu pun dah ditutup (atau ditukar nama) dan posting berkenaan dah dibuang, tapi ada juga yang percaya sungguh-sungguh kisah itu benar.  Ambik screenshot dan sebar merata, hujung pangkal cerita, entah.

Semalam budak 14 tahun dah kantoi menipu, yang ini, sakit jiwa mana pulak yang cuba menipu.

Motif penceritaan macam ini seperti biasa, nak cari salah kerajaan.  Semua benda pun kerajaan kena tengok, yang susah dan tahu akan kesusahan itu, tak tahu pulak nak mencari bantuan dimana, itu yang pelik.

Bukan nak mengatakan tidak ada orang susah langsung di Malaysia ni tapi itulah gunanya bidup bermasyarakat.  Jangan tengok apa peranan kerajaan semata-mata, tengok apa peranan masyarakat setempat dulu.  Kalau bukan jiran-jiran, keluarga dan sebagainya.  Tanya yang ini dulu dah bergerak ke belum, bukan terus maki kerajaan.

ADUN dan wakil rakyat itulah gunanya.

Kalau berdondon-dondon ke pusat membeli belah atau melancong ke luar negara tu kang, tak pulak cerita pasal kerajaan?  Hidup senang kerajaan tak terkait, bila susah, semua kerajaan punya pasal, apa gila pemahaman macam ini?

Ada jugak yang marah bila kesesakan di pusat membeli belah ni dijadikan contoh rakyat sebenarnya hidup selesa, memanglah itu ukuran paling mudah, yang persoal tu ada bukti ke berdondon-dondon orang hidup melarat?

Penulis tahu banyak ruang untuk orang yang tidak berkemampuan mendapatkan bantuan – dalam hal bukak sekolah ni saja ada banyak, zakat dan sebagainya. Kerajaan pun ada bagi bantuan persekolahan khusus untuk keluarga berpendapatan rendah RM 100 seorang anak.  Sekolah sendiri boleh main peranan, bukan cerita baru ada mak bapak tanggunh bayar yuran, zaman berzaman pun perkara ini berlaku.

Jadi janganlah cerita macam semua peluang tertutup sangat.






5 Komen to Majoriti Cerita Beban Kos Sara Hidup Di FB Adalah Palsu

  1. marhaen redha says:

    Soal ini tak ramai nak komen. Saya juga berfikiran semua orang di Malaysia tidak susah, masih mampu hidup hibgga hari ini. Malaysiaku aman sejahtera.

    Yang saya tak dapat fahami adalah, bagaimana mereka meneruskan kehidupan hingga hari ini,kerana rakyat macam saya tetap nak bandingkan dengan cukai di negara orang yang lebih tinggi dari kita, tapi harga barang keperluan terkawal.

    Ha4ga bahan bakar yang rendah di negara pengeluar tapi di Malaysia subsidi masih bagus walau dikurangkan dari dahulu. Kenapa negara pengeluar lain tak tarik subsidi mereka? Di saat gaji penjawat awam rendah dan elaun dah lama tak kemaskini, harga barang dan keperluan sentiasa maju ke hadapan.

    Kerajaan perlu lebihkan kempen jatidiri dan pembaikan persepsi agar kami warva marhaen berasa seeonok dengan membayar tol yang tinggi, harga barang yang menaik dan gst yang amat membantu Malaysia. Perlu lebih memasukkan unsur kami terhutang budi kepada kerajaan yang menjamin kemakmuran, dan terapkan unsur setia kepada pimpinan kami walau kami perlu lebih berhati hati berbelanja.

    Saya juga mencadangkan pakar konsultasi imej untuk menteri kerajaan agar setiap komen kepada masalah marhaen macam saya l3bih menusuk sanubari, bukan menggelikan penderitaan kami.

    Alhamdulillah…Malaysiaku masih aman,dan kami sanggup sengsara demi keamanan ini.

    HIDUP D.S. Najib!

  2. maula says:

    Kalau palsu xda la sampai nak buat jk khas perinkat tertinggi mykmu aii

  3. moo says:

    Palsu??? Iti kenyataan atau maslahah umum.

    Patut lah rakyat dah tak sokong umno. Detached from reality..

  4. antihero says:

    Nak tanya apa list yg kena bayar sampai rm200 tu?untuk darjah 1 adalah duit tambahan nak kena bayar dalam rm30 + duit buku x sampai rm50 pun + lencana + tie x sampai seratus pun.mana datang sampai 200 tu saya baru daftar anak darjah 1 + 3 +5 x sampai rm150 habis pun untuk buku,tie,lencana dan yuran pendaftaran darjah 1 .lain lah untuk kafa atau sekolah agama rakyat mmg sampai rm200 tapi sekolah kebangsaan agak menipu jugak lah

  5. azlan aini says:

    Bab ttangguh bayaran persekolahqn n)h… Cerita lama.. Memang ada ibu bapa mtk tngguh dlu.. Dn beli yg paling utama shj.. Duit nih selalu x ckup..

Leave a Reply

Threesome