Menu Utama

Macam Inikah Pemimpin ‘Pelapis’ Didikan Mat Sabu?

Muhammad Syafiq Azmi

Penulis tidak tahu siapa Muhammad Syafiq Azmi. Namun menerusi pencarian di internet, dia adalah merupakan presiden sebuah NGO, Aspirasi Rakyat Marhean. Tidak tahulah NGO itu berdaftar atau tidak, ia tidak penting.

Namun apa yang penulis jelas, dia berkemungkinan besar penyokong kuat atau ahli Parti Amanah Negara (Amanah).

Siang tadi, dia mengeluarkan kenyataan kepada media pro-pembangkang. Dia menyelar dan menyuruh pemimpin UMNO yang merujuk kepada Datuk Irmohizam supaya ‘jaga tepi kain sendiri’ dan tidak mengganggu urusan ‘parti lain’.

‘Parti lain’ yang dimaksudkan Syafiq itu pada penulis pemahaman penulis dirujuk Syafiq sebagai parti-parti pembangkang di dalam blok Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan Amanah. Ia adalah kerana kenyataannya adalah membalas kenyataan Irmo yang menjangkakan Pakatan Harapan tidak akan bertahan lama.

Melihat pada kenyataan Syafiq itu, terlintas di fikiran penulis tentang ‘usah masuk campur permasalahan parti lain’. Penulis hendak bertanya, Syafiq dari parti mana? Parti PAS? Amanah? PKR? UMNO? DAP? Atau DAP?

ARM

Sekiranya Syafiq tidak mahu orang lain keluarkan pandangan atau kenyataan terhadap partinya, kenapa pula NGO yang dia ketuai itu campur tangan dan bercakap tentang parti lain? Jika NGO, buatlah cara NGO, kan?

Kenapa NGO yang dipimpin Syafiq menyibuk soal permasalahan yang berlaku di dalam PAS? Cuba jelaskan? Jika Syafiq berada di dalam Amanah sekali pun, mengapa pula menyibuk soal dalaman PAS dan melabelkan pemimpinnya begitu dan begini?

Berapa lama Syafiq ceburkan diri dalam dunia politik? Pernahkah anak muda itu belajar perjalanan dan realiti sejarah politik di negara ini atau negara luar?

Adalah menjadi sesuatu yang biasa sekiranya pemimpin parti itu ditanya pandangannya oleh media tentang parti-parti lain. Sebagai contoh, pemimpin Republican juga ditanya media tentang pandangannya terhadap parti Democrate di Amerika Syarikat, dan begitu juga sebaliknya.

Begitu juga di Malaysia, ada kalanya media bertanya pada PAS tentang Amanah, Amanah ditanya tentang UMNO, UMNO ditanya tentang DAP, DAP ditanya tentang PBB dan PBB pula ditanya pandangan mereka tentang PKR. Itu satu amalan biasa dan tidak timbul tentang isu ‘jaga tepi kain orang’, faham?

Pada pandangan penulis, jika baru setahun jagung masuk ke dunia politik tanahair, belajarlah menghormati pandangan orang lain jika mahu pandangan kamu dihormati orang. Belajarlah seni politik tanahair dan tidak perlulah ‘serbu tak pakai helmet’…

Jika merujuk pada kenyataan Syafiq yang kononnya rakyat ‘sengsara’ kerana kenaikan kos sara hidup, penulis rasa dangkal. Cuba Syafiq luangkan masa ke Sogo, IKEA, Pavilion dan Jalan TAR, lengangkah kawasan itu dari orang ramai yang membeli belah? Cuba tanya mereka rakyat negara mana. Penulis yakin mereka akan mengaku warganegara Malaysia seperti Syafiq.

Pada pandangan penulis, belum ada lagi laporan yang mengatakan ada di kalangan rakyat di negara ini yang dilaporkan mati akibat kebuluran seperti yang dialami rakyat Afrika. Keadaan rakyat Afrika itu barulah layak dikatakan sengsara tak cukup makan.

Jika rakyat Malaysia rata-ratanya masih mampu memakai barang emas, ada gajet telefon pintar di tangan sambil menghembus asap rokok, merempit siang malam, melaram pagi petang siang malam, dan menyerbu pusat membeli belah dan pasar malam, itu bukan sengsara namanya.

Itu belum lagi disebut tentang pawagam yang diserbu akibat ‘demam’ Star Wars dan Dilwale, kan?

Penulis akui berlaku kenaikan kos sara hidup. Namun ia tidaklah sehingga ke tahap ‘sengsara’ sebagaimana yang terbit dari Syafiq. Tidak perlu ‘lebih-lebih’ atau ditokok tambah jika ia sebenarnya tidak sampai ke tahap itu. Nanti ramai yang hilang hormat pada Syafiq.

msabu

Selaku ‘pucuk muda’ dari parti pembangkang, penulis harap Syafiq dapat jadi seorang pemimpin pembangkang yang ‘sihat’ suatu hari nanti. Jangan malukan diri meniru cara ‘pemimpin yang khianat pada parti sendiri’. Dalam dunia politik ini banyak pantang larangnya, jadi belajarlah lagi ya…






8 Komen to Macam Inikah Pemimpin ‘Pelapis’ Didikan Mat Sabu?

  1. burrpp.. says:

    Budak awal 20an memang macam tu. Nak tunjuk pandai tak kena tempat, janji boleh berlagak macam hero. Ibarat pengantin baru, malam pertama nak tunjuk hebat, tapi ‘game over’ selepas 3 minit.

  2. falsafah says:

    lain kali ada peluang join sidang media.. tengok macam mana wartawan bagi soalan.. kemudian wartawan lain pulak bagi soalan.. soalan itu soalan ini.. yang menjawab soalan tu pulak spontan je.. nasiblah kalau soalan tu dia dah boleh agak sebab trending, jadi bolehlah dia lontarkan jawapan yang dia pendam dalam hatinya dan kepala otaknya untuk didengar oleh wakil media sekalian.. then sesi soal jawab pun berakhir bila yang menjawab soalan tu rasa mm dah penat ataupun rasa baik tak tutup mulut untuk control situasi tegang ke apa ke. then wakil media pun mengadaplah balik sound recorder yang dirakam untuk cari point nak dibuat artikel berita.. then nak pilih pulak frasa mana yang sensasi untuk jadi headline berita.. untuk online media untuk dapat trafik yang tinggi.. untuk akhbar fizikal, tajuk muka depan tu nak bagi pembaca excited nak beli.. ada tak orang yang nak baca berita yang dia taknak dengar.. mesti dia belek lepas pandang camtu je… jadi press tahu macam mana nak buat berita yang orang nak dengar.. terpulanglah orang mana yang disasarkannya.. orang kaya ke.. orang yang kerja tertentu ke.. pesanan kepada pelapis-pelapis yang berminat untuk aktif dalam politik.. politik ni memang ada seninya.. ada permainannya.. politik ni memang suci murni dalam kepura-puraan, pedih tajam ngilu bila terkena tempiasnya.. provokasi untuk alih perhatian massa.. publisiti untuk dapat perhatian massa.. narcissm pulak puja-puji-sanjung menggunung-gunung bagai nak rak. korang yang dah baca reply panjang berjela ni, pandai-pandailah ambil point untuk direnung ye.

  3. Safar says:

    Budak ni kencing berdiri pun tak berapa lurus lagidah nak kencing berlari.

  4. Memang Terok says:

    Mereka2 itu akan terus mendidik dan melantik kader2 baru bagi meneruskan kesinambungan perjuangan mereka. Itu hak semua orang dan pada mereka, hak yang ada perlu dimenafaat sepenuhnya.

    Malang sekali kita belum jumpa seorang pun pejuang yang mampu ambik alih tempat Lee Lam Thye. Ini dia pejuang namanya. Berjuang dari sebuah parti pembangkang hingga terpaksa undur diri atas sebab prinsip diri dan kini tidak berparti. Namun tanpa parti khidmat beliau lebih berkesan dan berterusan.

  5. Meriam Buluh says:

    Budak mentah yang hanya punya kemahiran berfikir aras lutut macam syafiq ini akan dipergunakan sebagai lidah syaitan puak-puak laknatullah.

  6. sireh ke gagang says:

    NGO hantu. barangkali pertubuhan haram berstatus seperti along .

  7. sireh ke gagang says:

    rakyat ‘sengsara’ kerana kenaikan kos sara hidup = ini modal popular budak2 makan tahi dalam fb .aku tengok ,supermarket sentiasa penuh, setiap kali samsung,Apple,sony playstation keluarkan produk baru,mesti ramai peminat berbaris untuk membeli produk idaman mereka. itu belum lagi pembeli2 produk kecantikan ,kesihatan yg melambak dalam pasaran. sebut sahaja nama produk atau pengasasnya ,pasti pembelinya ada.

    LOGIKKAH KENYATAAN YG MENGATAKAN RAKYAT SENGSARA,KALAU KUASA BELI RAKYAT & PERMINTAAN PRODUK MASIH KEKAL BERJALAN BIASA ??

Leave a Reply

Threesome