Menu Utama

Lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan ditahan di LRT Jelatek

Polis bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan Daesh di ibu negara pada Jumaat.

Lelaki itu ditahan di Stesen LRT Jelatek, Ampang bersama senjata dan dokumen berkaitan Daesh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu melalui akaun twitternya.

Sementara itu seorang pegawai kanan polis memaklumkan kepada Astro AWANI satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung penangkapan itu dalam masa terdekat.

Khalid dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan PDRM telah meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi.

Langkah-langkah keselamatan sudah dilaksanakan di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah dan tarikan pelancong susulan serangan penganas di Jakarta, Khamis lalu.

“Langkah berjaga-jaga tambahan juga akan dilaksanakan di kawasan sempadan untuk menghalang kemungkinan penyusupan elemen-elemen keganasan,” katanya.

Beliau turut menegaskan mereka yang berada dalam pemantauan polis kerana dicurigai berkaitan aktiviti pengganas juga akan dipantau dengan teliti.

Menurutnya polis mahu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua anggota polis di seluruh negara berada dalam kewaspadaan dari semasa ke semasa.

Sumber Awani






Leave a Reply

Threesome