Menu Utama

Larang Ahli Sertai Program DAP, Amanah? Program PasMa, Bersih 2.0 Bagaimana?

phahrol pasma

Kecoh dilaporkan hari ini tentang pekeliling PAS yang memutuskan untuk melarang semua ahlinya menghadirkan diri atau mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.

Malah katanya pekeliling itu turut menuntut mana-mana ahlinya supaya membuat permohonan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sekiranya berhasrat melakukan pekara-perkara yang dilarang PAS itu.

Pada pandangan penulis, apa yang digariskan PAS itu mungkin akan dipandang sinis oleh ahli-ahli atau para pemimpinnya yang sebelum ini dikenalpasti atau disyaki sebagai ‘musang berbulu ayam’. Rasanya tidak perlu disebut nama dan boleh kenal yang mana satu, bukan?

Bukan saja penulis, malah ramai ahli PAS yang tahu tentang saki baki ‘syaitan dalam jemaah’ yang masih ‘tertinggal’ di dalam PAS walaupun ramai yang keluar dan melompat parti selepas tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).

Persoalan yang timbul, terkesankah mereka dengan pekeliling PAS itu?

Pada pandangan penulis, ‘musang-musang’ tersebut sebelum ini memang sangat akrab dan sering menyertai pelbagai program dengan rakan-rakan mereka yang kini bersama Amanah, DAP dan PKR.

Namun, sedarkah PAS bahawa program-program yang mereka sertai itu bukan merupakan anjuran DAP mahupun Amanah? Hakikatnya, program dan majlis-majlis yang disertai ‘musang-musang’ itu sebetulnya banyak dianjurkan oleh NGO-NGO, bukan parti.

Sebagai contoh, PasMa dan Bersih 2.0 merupakan NGO yang begitu sinonim dengan Amanah dan DAP. Jadi, sekiranya berhajat untuk bersama Amanah atau DAP, maka ‘musang-musang’ itu boleh hadirkan diri ke majlis-majlis berkenaan, bukan? Tiada bezanya, bukan?

Bersih_4_rally_20150829_pollies_620_413_100

Jika PAS pecat atau ambil tindakan terhadap ahli atau pemimpin mereka yang hadir ke program atau majlis NGO yang pro-Amanah atau pro-DAP, sudah tentulah PAS akan disalahkan. Masuk mana-mana mahkamah pun PAS boleh kalah, kan?

Jadi siapa yang sakit hati sekarang? Penat buat pekeliling, heboh satu negara, tapi kemudian ditertawakan? Siapa yang malu? PAS juga, bukan?

Penulis menyarankan kepada PAS supaya meminda atau memperbetulkan klausa-klausa di dalam pekeliling yang dikeluarkan itu. Buatlah pekeliling yang menyeluruh, berkesan dan menepati tujuan keputusan yang dicapai. Jadi, tidaklah nanti PAS diketawakan orang, kan?

Bukanlah penulis hendak ‘mengajar’ PAS. Namun selaku sebuah parti yang bertaraf ‘otai’, perlulah parti itu bersifat jaamiq dan maaniq serta menjaga maruah intelektual yang ada pada pimpinannya. Penulis tak mahu dengar orang kata ‘ulama PAS tak tahu buat kerja’, itu saja. Harap maklum.






Satu Komen to Larang Ahli Sertai Program DAP, Amanah? Program PasMa, Bersih 2.0 Bagaimana?

  1. semangat dato' haron says:

    Pecat Tuan Ibrahim Tuan Man. Saki baki Anwarinas yg tinggal dlm saf kepimpinan PAS

Leave a Reply

Threesome