Menu Utama

Laporan Indeks Syariah dibentang 28 Mac ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan laporan penuh indeks syariah bagi mengukur tahap pelaksanaan agenda Islam di Malaysia pada 28 Mac ini.

Beliau berkata, indeks syariah yang dilancarkan Februari tahun lalu merupakan usaha untuk melihat sejauh mana kerajaan dapat mengisi agenda memartabatkan Islam.

“Indeks syariah sangat pen­ting dan dekat di hati saya. Sebagai Perdana Menteri, saya ingin tahu komitmen saya dan kerajaan dalammemartabatkan Islam.

“Kita tidak boleh membuat ke­simpulan semata-mata dengan pan­­dangan umum, kadang-kadang pandangan kita diwarnai dari sudut pengalaman peribadi atau mungkin juga pertimbangan politik menyebabkan tafsiran atau kesimpulan tertentu tak menepati hakikat sebenar,” katanya ketika berucap dalam majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 2015 di Seri Perdana di sini hari ini.

Menurutnya, indeks syariah juga akan menentukan sama ada dasar-dasar yang dijalankan kerajaan berdasarkan syariat Islam atau sebaliknya.

Laporan Indeks Syariah Malaysia akan dibentangkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari pada 28 Mac ini.

Najib berkata, laporan indeks yang akan dibentangkan itu boleh memberi gambaran tepat berhubung polemik negara Islam yang melanda masyarakat pada masa ini.

“Apatah lagi saya sebagai Perdana Menteri, saya mesti tahu kalau masih ada lagi kekurangan dan penambahbaikan mahupun pembetulan maka saya perlu melakukan yang terbaik untuk meninggikan matlamat Islam,” katanya.

Beliau percaya pada prinsip jika sesuatu itu boleh diukur, maka sesuatu itu boleh dilakukan penambahbaikan dan usaha tersebut adalah tepat pada masanya.

Utusan






4 Komen to Laporan Indeks Syariah dibentang 28 Mac ini

  1. Pemerhati says:

    indeks syariah di 2 negeri pembangkang sudah terlebih dahulu mencapai tahap yang boleh dikata cemerlang & membanggakan, pakatan haram tak kecoh & tak mendabik dada pun fasal ini seperti Najib & kerajaan pusat yang baru mula buat

  2. bajak says:

    negeri mne yg dimaksudkn tu???selangor ngan penang ke????nk gelak la

  3. Pemerhati says:

    komen aku itu berbentuk sindiran, ‘bajak’ jangan teragak-agak kalau nak gelak ya

    hehehehe

  4. bajak says:

    hoho…aku paham..tajam sindiran tu..

Leave a Reply

Threesome