Menu Utama

KPKT Akan Bersihkan Kawasan Yang Terjejas Dengan Bauksit

Putrajaya – YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak di dalam mesyuarat Kabinet pada pagi ini telah mengarahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.

2. YAB Perdana Menteri mengambil maklum keluhan dan aduan yang diterima daripada penduduk tempatan yang terjejas akibat aktiviti perlombongan bauksit ini. Oleh yang demikian, YAB Perdana Menteri mahu Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Alam Flora Sdn. Bhd untuk segerakan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan kawasan yang terjejas untuk pulih seperti sediakala.

3. Kerja-kerja pembersihan ini akan bermula pada esok, 14 Januari 2016.

4. Seramai 21 anggota bomba dari empat balai dan tujuh jentera berkuasa besar (empat unit fire rescue tander dan tiga unit water tanker) akan terlibat dalam kerja-kerja pembersihan papan tanda, papan tunjuk arah, tiang lampu, dan pencucian permukaan jalan terutama di jalan yang terjejas teruk; seperti di Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul.

5. Alam Flora Sdn Bhd, syarikat konsesi bagi kerja pembersihan sisa pepejal juga akan turun padang dengan kekuatan 14 jentera (road sweeper, open tipper, catch basin vacall) dan 40 anggota Alam Flora.

6. Tempoh masa perlaksanaan kerja-kerja pembersihan ini dijangka selesai dalam masa satu (1) bulan dari tarikh perlaksanaan. Agensi-agensi lain juga akan turut terlibat bagi mempercepatkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.


DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN,
PUTRAJAYA






3 Komen to KPKT Akan Bersihkan Kawasan Yang Terjejas Dengan Bauksit

  1. musanghitam says:

    Bersih kawasan satu hal , kuatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas itu yang penting , jangan hingga jadi isu baru nak bertindak

  2. dkds says:

    Kes balak kelantan bila nak siasat ?

  3. sino says:

    Pihak yg kaya raya dg hasil bauksit tu bagaimana?
    Apa peranan n tanggungjawab mereka?

Leave a Reply

Threesome