Menu Utama

Kompas Dedahkan Rakaman Rakan Subahat Pengebom

Media terkemuka Indonesia, Kompas mendedahkan gambar salah seorang pengganas yang terbabit dalam aksi pengeboman dan tembak-menembak di Jakarta pagi tadi.

Rakaman jurufoto Xinhua, Veri Sanovri dan juga Kompas jelas menunjukkan terdapat pengganas yang masih berada di tempat kejadian selepas letupan dan mula menembak ke aras Polis dan orang ramai.

Lelaki berpakaian hitam dengan topi hitam dan menyandang beg warna merah itu terlihat memegang pistol mula menembak ke arah Polis.

sarinah4
sarinah1sarinah2sarinah3

Polis Jakarta menembak mati empat suspek penjenayah berhubung kejadian pengeboman dan serangan tembakan di ibu negara ini, Indonesia pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian berbalas tembakan berlaku antara penyerang dan polis di sebuah panggung wayang yang berada di bangunan sama kafe Starbuck yang menjadi sasaran serangan.

Setakat ini dilaporkan 17 orang terkorban termasuk pengganas, polis dan orang awam.

Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia memaklumkan tiada rakyat Malaysia terlibat dengan kejadian letupan di Jakarta yang berlaku pada hari ini.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, situasi di Indonesia sedang dipantau rapi oleh Kedutaan Besar Malaysia di negara tersebut.

“Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Jakarta dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,”






Satu Komen to Kompas Dedahkan Rakaman Rakan Subahat Pengebom

  1. musanghitam says:

    Bila dah terpengaruh dengan dakyah yang memesongkan inilah yang terjadi

Leave a Reply

Threesome