Menu Utama

Kenyataan Media Tabung Haji Mengenai Pembayaran Bonus

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Berikut ialah kenyataan media Tabung Haji mengenai pembayaran bonus para pendeposit oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang dikeluarkan di sini hari ini.

SIMPANAN DI TABUNG HAJI SELAMAT

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para pendeposit-nya bahawa simpanan mereka di TH adalah selamat.

TH telah menjadi sasaran pelbagai spekulasi di dalam laman-laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM).

Seperti yang telah dinyatakan oleh TH, tarikh pengumuman dan pembayaran Bonus TH adalah kebiasaannya pada suku pertama setiap tahun (Jan-Mac). TH ingin memberi jaminan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada para pendeposit. Sebelum pengumuman dibuat, TH perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa, memastikan semua proses auditan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi sebagai sebahagian daripada proses urus tadbir yang baik.

Tahun 2015 adalah mencabar dan hasil daripada Strategi Alokasi Aset dan Pengurusan Risikonya ia telah dapat menjana pulangan pendapatan yang baik. Walaubagaimanapun TH juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut. Oleh yang demikian dalam menetapkan kadar bonus, TH mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran mata wang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik disokong oleh aset-asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi. Contohnya aset tunai sahaja pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM10.7 bilion.

Di samping itu, pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka di TH dijamin oleh Kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji. TH juga tidak pernah lari daripada tujuan asal penubuhannya dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam ke-5.

Merujuk kepada surat BNM yang menyatakan nilai aset TH lebih rendah daripada liabiliti, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang mencabar dan kelembapan pasaran saham. Untuk mengukuhkan kedudukan TH, BNM memberi cadangan agar mengkaji semula polisi rizab TH.

Sebagai sebuah institusi kewangan Islam berkaitan kerajaan, TH sentiasa bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan langkah dan keperluan risiko dipatuhi. TH mengambil maklum saranan BNM untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan.

Untuk makluman pendeposit, nilai Aset TH mestilah mengambil kira keseluruhan nilai saksama portfolio pelaburan TH. Ini adalah kerana nilai aset yang dinyatakan tidak mengambil kira portfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki TH.

Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset TH adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti TH, di mana ia mengambil kira kesemua nilai saksama portfolio pelaburan TH.

Ingin saya sarankan agar para pendeposit lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu berita yang disebarkan melalui media sosial. Oleh yang demikian saya ingin menegaskan bahawa TH tidak menghadapi masalah kewangan.

Tabung Haji juga tidak pernah lupa objektif penubuhannya dalam membantu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji. Prestasi cemerlang TH serta pemberian subsidi haji dan bonus kepada pendeposit saban tahun membuktikan kedudukan Kewangan TH adalah kukuh.

Insya-Allah, TH akan mengumumkan bonus pada awal bulan Februari 2016 setelah melalui proses-proses dalaman dan auditan interim seperti lazimnya setiap tahun.

— BERNAMA






7 Komen to Kenyataan Media Tabung Haji Mengenai Pembayaran Bonus

  1. sman says:

    Tak ramai yg benar-benar faham bagaimana TH beroperasi,mengurus dan mengakaun dananya.Dana yg di urus oleh TH haji termasuklah tabungan dari para penabung yg dikira sebagai liablities kepada TH bukan harta TH dan TH berkewajipan mengembalikan setiap ringgit yg di tabung oleh penabung tersebut,malah ianya di jamin oleh kerajaan.Jadi apa yg perlu dibimbangkan?.Tabungan di TH jauh lebih selamat dan lebih menguntungkan berbanding dengan jika di tabung dimana-mana bank.

  2. azmi says:

    Bilamana tabung haji “dijamin oleh kerajaan” maknanya wang rakyat juga akan digunakan menggantikan wang yang “hilang” dikebas oleh penyamun2 bertauliah diatas sana..sama la pinjaman bank yang dibuat oleh 1MDB yang penjaminnya adalah “kerajaan malaysia” bilamana pinjaman tak dibayar oleh 1MDB maka “penjamin” la akan membayar…

  3. Pemerhati says:

    anak2 sundal seperti blogger’s ‘outsyed the box’, ‘zionistkini’ & sama waktu dengannya cuba hendak mengajak rakyat mencipta polemik terbaru dengan mengeluarkan/mendedahkan surat bocor itu yang kononnya dari BNM berkata rezab TH berada dalam bentuk negatif yang kononnya juga boleh menjejaskan bayaran bonus/dividen kepada para penabung & pemegang saham(dalam anak2 syarikat TH)…

    mereka tidak kisah jika TH lambat sedikit atau lambat sangat umumkan tentang pembayaran bonus/dividen itu, apa yang penting bagi mereka cerita yang dijaja kononnya rezab TH berada dalam bentuk negatif(berkurangan) itu harus terus dimanipulasi & disensasikan supaya persepsi rakyat(sebut ‘rakyat yang tersedia bodoh’) terus menganggap ianya benar walaupun tidak benar(akhirnya, setelah diperjelaskan lagi nanti oleh TH) bahawa rezab TH berada dalam bentuk negatif(berkurangan) yang teruk sangat

    dalam masa yang sama juga kenapa mereka mengeluarkan cerita tentang AG(TSAA) pernah menjadi antara ahli lembaga pengarah dalam TH?

    1. apakah ini satu tindakan ‘preemptive’ mahu menjejaskan kredibiliti AG(TSAA) setelah mereka merasa yakin AG(TSAA) akan mengeluarkan kenyataan membersihkan nama Najib bahawa Najib tidak melakukan apa2 kesalahan jenayah berhubung siasatan derma RM2.6 billion & SRC?

    2. apakah anak2 sundal itu semua mahu menjejaskan kredibiliti TSAA yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah TH yang harus dipersalahkan kerana menyebabkan rezab TH berada dalam bentuk negatif(berkurangan)?

    3. apakah anak2 sundal itu semua mahu memberitahu pada rakyat bahawa berlaku penyelewengan dalam TH dimana TSAA harus juga dikait/terkait sama melakukan penyelewengan yang menyebabkan rezab TH berada dalam bentuk negatif(berkurangan) kerana beliau merupakan antara ahli lembaga pengarah dalam TH?

    4. apakah anak2 sundal itu semua mahu memberi gambaran kepada rakyat(sebut ‘rakyat tersedia bodoh’) bahawa AG(TSAA) membuat kenyataan membersihkan nama Najib berhubung siasatan SPRM mengenai derma RM2.6 billion & SRC itu merupakan kenyataan yang boleh menyelamatkan AG(TSAA) dari dikenakan sebarang bentuk siasatan/tindakan/kebertanggungjawapan oleh Najib berhubung rezab TH dikatakan(kononnya) berada dalam bentuk negatif(berkurangan) kerana berlaku penyelewengan?

    5. apakah anak2 sundal itu semua termasuk juga si tua musibat itu?

    TH sedang membuat siasatan sama ada surat dari BNM(mengenai kewangan TH) itu tulen atau palsu, tidak mustahil surat dari BNM itu tulen tetapi telah ‘dimanipulasi’…sama dengan dokumen2 yang mereka dapat(dengan cara menipu) dari Xavier Justo & mengaitkannya dengan isu/kes 1MDB dimana mereka membuat manipulasi kepada dokumen2 itu supaya dapat diperlihatkan ‘berlaku sesuatu yang tidak betul’

  4. Su says:

    Mereka mula memfitnah Tabung Haji pulak. TH perlu bersedia menjawab tohmahan dengan segera. Pemfitnah2 tu agaknya bala tentera dajal. Jika perlu terus je saman mereka2 yg terlibat memfitnah.

  5. Meriam Buluh says:

    “Simpanan di Tabung Haji dijamin oleh Kerajaan.”

    azmi, kalau jaminan kerajaan pun nak diputar belitkan, cuba ko bagi jaminan lain yang lebih baik. Nak tahu apa alternatif ko boleh bagi.

  6. anak selangor says:

    Kalau bulih….dijamin sekali oleh penderma yang baik hati dari tanah arab….
    Baru selamat dunia akhirat….

  7. sman says:

    Apasalahnya kerajaan memberi ‘jaminan’ dalam soal TH ni,LUTH hak kerajaan,hak rakayat ,dan jaminan pun utk rakyat,bukan utk ahli korporat keroni.Tamabah pula sejak di tubuhkan sehingga kehari ini belum satu sen pun kerajaan terpaksa mengganti duit rakyat yg di jaminnya berkaitan dgn TH.Selama TH beroperasi,banyak keuntungan telah di jana melalui syarikat-syarikanya,berpa banyak pula mereka sudah membayar cukai keuntungan dan zakat kepada kerajaan?.Begitu juga dengan peluang pekerjaan yg sudah di ujudkan hasil usaha TH,berapa besar menefaat yg sudah di raih oleh rakyat dan negara oleh pengurusan TH?.Bandingkanlah dgn jasa orang seperti Azmi,yg sentisa tidak berpuas hati.

Leave a Reply