Menu Utama

Kenyataan media Datuk Seri Mukhriz Mahathir

imageKENYATAAN AKHBAR

Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Alor Setar
20 Januari 2016






13 Komen to Kenyataan media Datuk Seri Mukhriz Mahathir

  1. dkds says:

    baru kau nak sedar diri ke mukhriz ? selama ini kau jadi napolean kecil nak buat pemberontakan dalaman , last sekali askar kau belot. apa rasa bila SU poplitik dan pegawai khas kau pun sama tak percaya kepimpinan kau?

  2. Memang Terok says:

    Kekadang orang bijak boleh jadi bodoh. Kalau orang bodoh terus dengan kerja bodoh, ini senang difahami. tetapi kalau orang bijak jadi bodoh dalam sekelip mata, ini kita heran dan tak boleh terima.

    Dia tahu bapaknya buat kerja serong. Bapaknya bertekad untuk jatuhkan ketua dia sendiri . Dia tahu itu kerja salah. Apa yang dibuat bapaknya tak pernah dibuat orang lain dinegara ini. Tapi dia sebagai anak , ingin terus jadi anak pada bapaknya.

    Dia ada hak untuk terus jadi anak bapak dan masok dalam kem bapaknya.. tak ada siapa yang larang. Tapi dia sepatut buat begitu selepas dia keluar dari kem yang diteraju oleh ketuanya.

    Dia tak boleh bekerja dengan PM dan dalam masa sama minta PM berundur. Ini hal yang anih sekali untuk berlaku. Sebab itu kita panggil orang bijak macam Mukhriz boleh bertukar jadi bodoh sekelip mata.

  3. burrpp.. says:

    Aku letih dengan politiking yg tak berkesudahan di dalam UMNO, sedang rakyat menilai prestasi UMNO dengan isu-isu semasa yg berpanjangan, pergaduhan umum ini tidak memberi sebarang manfaat. Kita mempunyai masa yg semakin suntuk, kita mempunyai banyak isu rakyat yg harus diselesaikan, jika tidak bersetuju dengan Mukhriz sekalipun, jika kerajaan berjaya menyambung pemerintahannya pada ketika itulah masa yg sesuai utk menukar MB

  4. itsme says:

    dlm kekecohan psl isu kenaikkan hidup yg tinggi… UMNO dgn selambanya membahan sesiapa jua yg didlm parti yg tidak sependapat atau tdk sehaluan dgn PM. Ini adalah petanda yg UMNO masih merasakan yg UMNO masih kuat dan hal2 seb3gini tdk langsung akan merugikan parti. Org melayu masih tercari2 parti yg boleh mengantikan umno namun umno tahu benar bhw pihak sebelah sana amat2 sukar utk menang berbanding BN. Ini semua krn tiada parti yg boleh mengantikan umno setakat hari ini. Rakyat perlu bijak dlm memilih dan menbentuk kerajaan dan kehancuran dan kerosakkan mana yg lbh besar berbanding 2 seteru BN vs PH.

    Mungkin jika PAS membentuk pasukan dgn sokongan mana2 parti kaumnchina selain DAP beserta mana2 parti kaum India, mrk akan mendapat sokongan yg lbh besar pd masa akan dtg. PAS perlu memikirkannya jika mahu mengantikan UMNO.

    Anyway.. buat masa ini UMNO + BN masih lagi disana dan mrk yg tak suka ngan umno perlu keeja lbh kuat.

    Kpd umno yg menjadi darah daging ramai melayu… beringatlah… hidup tdk selalunya diatas namun org melayu khususnya harus jugak BIJAK dlm memilih, jika tdk…… parah jadinya nanti.

  5. ayam says:

    Sabar je la Datuk Seri…melayu skrg takde tempat utk bakal negarawan2…kalau nak kekal kena jadi politician cari makan…kena pandai belit.

  6. system baru says:

    Ayam pergi Jadi gay dengan paderi2 yg diupah oleh yahudi boleh gaykan kau itu.

    Mukhriz gagal menyatu padukan parti ketika tun m menyerang kepinpinan umno, dia kena asing kepentingan keluarga dengan parti. Cepat naik cepat jatuh. Mukhriz gagal menyekat orang meburukan kepinpinan ada, dia angap lemah sepatut dia memecat orang menburuk parti bukan simpan orang burukan parti.

    Cuba berfikir orang umno kedah nak dia pecat datang umno Kedah bukan datang Dari umno pusat. Kena ingat mejoriti ahli umno Kedah setuju dia meletakkan jawatan.

    Aku sendiri yakin tun m pasti berdendam dengan najib Dan menjadi alasan sebagai pemecatan anak untuk menyerang kepinpinan ada kena ingat Malaysia bukan Singapore kroni Dan suadara Mara untuk berkuasa.kalau muka tak tahu malu pengasut itu pergi jadi ahli dap itu. Umno bukan milik tun m walau pun tun m banyak jasa dia. Umno lebih penting perpaduan Dari jasa yg dia buat

  7. ayam says:

    Kepala kote la system baru…analisis TPPA kau jugak yg galakkan perkahwinan sejenis diamalkan di amerika utk kurangkan populasi disamping malaysia eksport ubat aids lepas TPPA. Patut kau buktikan kan la dulu dgn menjadi gay kat sana.

    Org kedah mahu mukhriz kekal…ramai yg tak puas hati. Suruh aja la umno kedah pi tanya orang kedah mahu mukhriz ke tak. Ini sok sek sok sek diam2 pakat ramai2 suruh turun semata2 mukhriz mahu najib bagitau mana rm2.6 billion. Mukhriz wakil rakyat…dia cuma menyampaikan apa yg rakyat tanya. Kalau la rakyat boleh jupa najib kat kedai kopi mana2 sah2 org akan tanya mana duit tu…tak pun org mintak hulur2 la sikit.

  8. system baru says:

    Lupa cakap ayam sebab apa obama menbenarkan perkahwinan sejenis satu sebabnya . Aku bercakap berdasarkan fakta bukan cakap kosong. Obama Menbenarkan perkahwinan sejenis untuk keuntungkan syarikat farmasutikal amerika jadi apa salah kita ambil kesempatan itu
    Cuba tengok di amerika gay tertinggi terkena penyakit HIV Dan aids ada data nya
    http://www.cdc.gov/hiv/group/msm/

  9. itsme says:

    Sebelum apa2 berlaku (kita mtk dijauhkan) ada baiknya umno berusaha utk mengembalikan kuasa raja2 melayu yg dulunya sedikit hilang ditangan tun, dgn cara ini masih ada harapan utk msia kembali ketangan org melayu JIKA umno kecundang.

    Rakyat khususnya melayu tahu benar jika BN tumbang maka sukar utk ISLAM dan MELAYU itu segar dibumi Msia. Rakyat juga sedar PH bukanlah sandaran kpd semua… namun pengundi2 muda ketika ini paling sukar dijangka.. apatah lagi dgn sikap bangsa kita yg mudah terbuai dgn lakonan DAP dan konco2nya.. jd ada bagusnya jika umno bergerak utk memartabatkan institusi raja2 kearas yg lbh menjamin babgsa asal msia ini yg dulunya dikenali juga sebagai semenanjung emas, tanah melayu dan selepas itu malaya.

    Ya Allah kepadaMU jualah kami berserah!!.

  10. juana says:

    Senang jek. Tunggu dan lihat jekle. Melayu kalu x kena x sedar. Cuba pandai mengutuk bagi komen negative sesama sendiri. Tiada langsung nak bersama2 memajukan negara. Masing2 tunjuk pandai. Tunggu jekle kalu negara bukan ditadbir oleh “mim” time tu baru nak sedar? Alamat ludah diri sendiri jekle.

  11. cucu mat kilau says:

    Pas akan menang dlm pru14
    fakta:
    separuh lebih ahli umno berdaftar akan mengundi pas
    contoh paling dekat…sejak kecil lagi sy lihat arwah tok wan,arwah abah juga sy menyokong umno….tp bagi sy cukup sampai pru13…dulu tsunami cina…sket lg lu sendili mau ingat..

  12. sman says:

    Diantara rungutan dan alasan di beri mengapa Mukhriz perlu berundur,diantaranya ialah beliau jarang berada di Kedah,mesyuarat perhubungan Umno pun selalu di adakan di KL sehingga ada masanya hanya mampu dihadhiri oleh 3 org Ketua Bahgian saja.Kalau rungutan ini benar Mukhriz memang tak layak jadi MB,baik teruskan saja hidup sebagai peniaga.Jadi kalau Mukhriz tak mahu undur,beliau kena buktikan rungutan berkenaan adalah bohong.Kalau nak buktikan senang je,tunjukan butiran setiap mesyuarat yg di adalkan.Dan kalau mengikut standard yg di gunapakai oleh ayahnda beliau,tertuduh bersalah selagi tidak membuktikan tuduhan berkenaan tidak benar.

    Sepintas lalu saya cenderung utk mempercayai dakwaan berkenaan,sehinggalah Mukhriz membuktikan sebaliknya.

  13. org melayu says:

    Sangat menghairankan melihat org2 kita berkelahi dan menikam sesama sendiri tanpa kira masa dan tempat.Wahal banyak benda lain yg berfaedah dan perlu sangat diaambil kira dan diberi perhatian segera. Wei Melayu..kemana arah kamu,wei Melayu ..adakah cetusan polimik ini yg hanya kamu nampak sedangkan hidupmu semakin sempit tidak dihiraukan, keadaan anakmuda kamu yang ramai kebelakang berbanding dengan penduduk malaysia lain tidakkah ianya yg sepatutnya menjadi agenda utama kamu ;tidakkah kamu mahu mencari jalan dan mengubahnya. Hei Melayu.. Sampai bila kamu mahu mengulangi sejarah silam ; bergaduh sesama sendiri,bertikam sesama sendiri. Hoi Melayu.. Apakah ini balasan dari Tuhanmu.. ada akal tidak digunakan ,walaupun aku berkata2 ,tapi kamu tidak mahu mendengari tentang isu2 lain yang lebih penting dan utama yang melanda umat Melayu.Wahai Melayu…akan sampai masanya kamu akan menangis dek ‘kebodohan’, ketamaka, dan sikap keji kamu sendiri.. yang mana ketika itu kamu baru tahu merasa rugi dan kehilangan segalanya..
    Sedarilah wahai Melayu..

Leave a Reply

Threesome