Menu Utama

Kenyataan Guan Eng tidak sopan, angkuh

Parti Gerakan negeri melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam isu berkenaan penganjuran sambutan perayaan masyarakat Cina di kawasan Chew Jetty di sini.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak sopan, Setiausahanya, Oh Tong Keong berkata, tindakan Guan Eng yang menyentuh mengenai pemilikan tanah dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut juga memperlihatkan sikap angkuh Ketua Menteri berkenaan.

Menurut beliau, kenyataan itu juga seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri mahu memusuhi rakyat di negeri ini khususnya penduduk di Chew Jetty.

“Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan untuk dilakukan pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sebelum pilihan raya mereka bersungguh-sungguh menyatakan mahu menubuhkan kerajaan rakyat.

“Tetapi setelah berkuasa, mereka langsung tidak mengendahkan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan yang tersebar secara meluas di laman sosial berhubung kenyataan Guan Eng dalam reaksi terhadap bantahan penduduk Chew Jetty yang membantah hasrat Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu menganjurkan Festival Kebudayaan dan Warisan di kawasan mereka.

Dalam reaksi itu, Guan Eng dilaporkan berkata: “Ini bukan tanah bapa kamu” selepas penduduk Jetty Chew tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri tersebut kerana bertembung dengan sambutan tahunan Thni Kong Seh iaitu hari ulang tahun kelahiran Maharaja Jade yang dianjurkan penduduk tempatan.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya penduduk di Chew Jetty yang turut mengingatkan Guan Eng yang mana tanah-tanah di negeri ini juga bukan milik beliau atau bapanya, Lim Kit Siang.

Dalam pada itu, Toh Keong berkata, kenyataan Guan Eng tersebut sekiranya benar seperti dilaporkan, adalah sesuatu yang kasar dan tidak sepatutnya diucapkan khususnya dalam masyarakat Hokkien.

Menurut beliau, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng sepatutnya mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan sebarang pertikaian bersama rakyat, bukannya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu menakut-nakutkan rakyat.

“Sepatutnya dalam menyambut apa juga perayaan, kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri mestilah bersama dengan rakyat, bukannya terus bermain politik kerana yang terkesan adalah rakyat sendiri,” katanya.

Utusan






5 Komen to Kenyataan Guan Eng tidak sopan, angkuh

  1. dkds says:

    Baru mereka dapat rasakan keangkuhan tokong pujaan Pas

  2. semangat dato' haron says:

    Isu utama yg melibatkan DAP kebanyakan pemimpin mereka adalah Christian Evangelical spt Guan Eng, Hannah Yeoh dll. Dan mereka ini Ada kecenderungan superiority complex berbanding cina traditional yg mengamalkan ajaran Buddha atau Taoisme. Jika diimbas sejarah cina sekitar 1800-1900 kebanyakan pemberontakan spt Taiping and Boxer rebellion dikaitkan dgn gerakan evangelical Kristian. Jd isunya di sini Guan Eng langsung x sensitif dgn keperluan masyarakat cina traditional kerana beliau bukanlah cina yg mengamalkan ajaran Buddha @ Taoisme. Jd adalah suatu yg hipokrit bg beliau dan DAP terus menerus memperalat masyarakat cina demi kepentingan politik mereka. Jika Maharaja Jed pun beliau x hormat, apatah lg dgn sambutan maulidur rasul yg dihalang perarakan.

  3. system baru says:

    Dap suruh sembah maharaja lim Dan dewa gay Dari rom empayar si anwar itu tak akan korang tak tahu, Cuba tengok gerak dap semua disokong dengan puak yahudi Dan puak liberal amerika demokasi ala ROM itu yg amalkan sex LGBT itu, dap mana tahu hormati Maharaja Jed,

  4. Pemerhati says:

    sepatutnya bukan ‘evangelical christian’ tapi ‘evilgelical christian’ kerana kumpulan kristian seperti ini telah mengikut kehendak syaitan yang menjadi ‘pujaan’ yahudi berkefahaman zionist…mereka menghalalkan, menggalakkan & mengembangbiak golongan LGBT, perbuatan homoseks & perkahwinan sejenis sebab itu evilgelical christian seperti lim guan eng, hannah yeoh dll tak kisah pun berketuakan apatah lagi sokong PUNAI untuk jadi PM…banyak lagi perkara haram(dinyatakan mengikut ajaran & larangan sebenar dari Jesus) dilakukan oleh orang cina yang menganut evilgelical christian ini

    cina evelgelical christian ini tentulah suka pada ‘melayu liberal’ seperti marina mahathir, mahathir mohamad(terkini masuk dalam senarai), kassim ahmad, mujahid yusuf rawa, biskop khalid samad, noor farida, zaid ibrahim, anwar ibrahim, nurul izzah dll…mereka ini semua dianggap bukan melayu kolot oleh cina evilgelical christian

  5. WTF says:

    Teringat aku dulu, sambutan Maulidur Rasul pun Lim Guan Eng tak benarkan di Pulau Pinang, Nampak sangat yg Lim Guan Eng adalah seorang yg ANTI AGAMA selain daripada agama Kristian.

    Pemimpin beginikah yang rakyat Malaysia mahu???

Leave a Reply

Threesome